Showing posts with label main masak-masak.... Show all posts
Showing posts with label main masak-masak.... Show all posts

Wednesday, 6 November 2013

resepi sup cendawan dan cendawan goreng berempah...

Bebaru ni aku melawat umah bekas anak buah aku di kampong… tgk usaha dia menanam cendawan atau mcm org kampong aku panggil, kulat..  walaupun bangsalnya tu tak besar tapi aku tumpang bangga gak ada anak buah yang boleh aplikasikan apa yang dia dapat sepanjang jadi pegawai kontrak di ofis lama dulu… bukan semua mampu buat walaupun nampak simple je kan.. dan yang paling bestnya, aku dapat kulat fresh!! Wan sedekah kat aku sekilo and then aku beli plak lagi sekilo.. bunyi mcm banyak tapi dalam 1 hari je boleh abis semua tu.. melantak tak ingat dunia.. hahaha..
 
 
Seperti yang aku janji dengan orang-orang tertentu tu, ni aku share resepi masakan yang menggunakan kulat.. aku masak 2 resepi ni je yang boleh abis 2 kg kulat dlm 1 hari… hehehe
Resepi 1 : sup kulat/cendawan pedas
 
 
 
1 inci halia (lebih pun ok)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam
2 bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 batang carrot
2 biji ubi kentang
2 biji tomato
Kulat – jumlah ikut suka
Minyak masak
Garam dan perasa
Cara memasak :
 
1.  Bahan yang ditumbuk tadi ditumis dengan sedikit
     minyak masak sampai kekuningan.  Masukkan
     bunga lawang dan kulit kayu manis.
 
2.  Masukkan ubi kentang dan carrot yang dipotong
     dadu / kasar. Setelah mendidih, masukkan
     tomato yang dipotong dadu kasar dan kulat
 
3. Masukkan garam dan bahan perasa. Setelah
    mendidih, siap dimasak.
    
*Tips – masukkan lebih banyak halia dan lada hitam untuk lebih ummphh..
 
Resepi 2 : kulat goreng tepung berempah
 
 
 
Bahan dikisar sehingga halus (jgn terlalu berair) : 
segenggam cili kering
sedikit belacan
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis – dikisar halus kering
tepung beras
garam
kunyit
sedikit lada hitam yang ditumbuk halus
kulat
sedikit air
minyak masak
 
 Cara memasak :
1.Bahan kisar (kuantiti ikut tahap kepedasan yang diingini) dicampurkan dengan semua bahan lain kecuali kulat. Diadun sehingga sebati dan adunan tidak terlalu cair. Kalo cair, tambah je tepung beras.
2. Panaskan minyak masak. Setelah betul2 panas, masukkan kulat yang telah disaluti adunan tadi. Angkat setelah garing. Siap
*tips – bahan kisar tadi boleh digunakan untuk dibuat rencah asam pedas tumis. Just tambah kunyit hidup je..
 
 
 

Thursday, 29 August 2013

rempah segera..

Sekarang ni musim makan… ada je jamuan hari raya.. kejap orang ni panggil, kejap kawan yg sorang tu plak jemput.. sampaikan kalo bulan puasa ari tu boleh turun 2kg, tapi lepas raya naik berganda-ganda!!!! Dan mula la penyakit M datang melanda… perut sendiri kenyang tapi tetap kena masak untuk family kan… rasa mcm berat je tangan ni nak pegang periuk belanga tapi disebabkan kesian kat si bapak dan 2 beradik tu, maka masuk gak le ke dapur.. hehehe.. tapi time mcm ni, aku banyak guna rempah instant je.. instant tapi sedap!!! Cuma kat 2 beradik tu je yang aku kena something yang tak pedas…



Rempah ni ada 3 jenis je… rempah untuk pad ped, keng som dan keng kiao… tengok nama pun dah tau semuanya rempah untuk masakan Thai kan? Rempah pad ped ni sesuai untuk masakan seafood, ayam atau daging.. keng som plak memang sesuai untuk ikan je la dan keng kiao plak sesuai untuk masakan yang menggunakan ayam je.. satu pek ni boleh guna at least 3 kali  sebab rempahnya pedas dan memang 2 sudu besar rempah ni pun dah cukup power bila digunakan dalam masakan!!! Dan bila ditambah dengan condiments lain, memang dah cukup untuk 4 orang makan sekali masak.. first time masak guna rempah ni, memang aku tak reti nak agak sangat… so, aku masuk je 1 pek terus..  bila dah siap masak, amik ko.. penuh 1 belanga dan kepedasan plak tahap maksima sampai husband cakap dia rasa mcm rambut dia dah tercacak sebab pedas!!! tapi nasib baik dalam pedas masih sedap… hehehe..
Lupa nak bagitau yang rempah ni tak dijual di hypermarket (setakat ini).. Cuma boleh dapat di padang besar je… harga cukup murah dan berbaloi-baloi bagi orang yang pemalas mcm aku.. hehehe..
 
 

Monday, 22 July 2013

bulan puasa 2013...

Lama tak update citer kat blog yang tak seberapa ni.. sampai tak tau nak story yang mana dulu.. hahaha… walaupun sekarang ni bulan puasa, tak bermakna ofis tak buat sebarang aktiviti.. Ofis sini memang aktif… meeting pagi petang, dan tak lupa majlis berbuka puasa… sampai husband kata, majlis berbuka puasa yang lepas ni, aku gi sorang-sorang je la.. dia tak nak join dah.. sebabnya tak larat nak control 2 org kenit yang tak reti duduk diam.. sampai nak naik atas meja makan -  ingat stage gamaknya… hadeiiii...
 
Anyway, sepanjang bulan puasa ni, pegawai dibenarkan balik 4.30 petang… rahmat bulan puasa!!! Walaupun awal setengah jam je, tapi banyak membantu dalam memastikan aku dan staf yang duduk di seberang ni samapi awal di rumah.. kalo tak, azab gak le nak ngadap jam kat atas jambatan tu… sekarang ni, paling lewat pun, pukul 6.15 dah boleh sampai umah.. disebabkan ada masa untuk memasak makanan yang simple2, maka bulan puasa tahun ni, aku tak bercadang nak meneruskan tradisi tahun-tahun sebelum ni – menapau makanan di pasar ramadhan.. aktiviti tu cuma reserve untuk time balik lambat atau ketandusan idea nak memasak… adik aku kata sebab nak jimat duit… tu pun betul gak.. tapi yang penting, apa yang aku masak lebih kena dengan selera aku.. plus takde la letih nak berkejar ke sana sini.. maklum je la, nak cari parking kat pasar ramadhan tu pun mcm hape je kan.. tu tak kira berasak-asak dengan orang lagi.. boleh pening dibuatnya!!! 
 
Tapi untuk memasak dengan time yang limited ni, aku kena pakai strategi skit.. kalo lauk-pauk yang remeh skit, aku akan sediakan bahan2nya time sahur atau sebelum tido.. balik terus masak  je… unless kalo time tengah sediakan bahan tu, mr.hubby minta terus masak sebab dia nak makan time sahur.. aku rasa jiran-jiran aku pun dah lali terbau gulai, asam pedas dan kuah soto tengah2 malam.. atau bunyi blender pukul 4 pagi.. hehehe…
 
Petang ni, aku tak tau nak masak apa lagi… kalo meeting petang ni abis lambat, maybe aku buat sphagetti je dulu.. tengok le keadaan mcm mana nanti..
 
 popia sausage n cheese...


gulai udang, ikan kerapu steam, sayur n
sambal belacan...

Tuesday, 21 May 2013

resepi popia goreng seafood...

Sebab ada yg request, ni aku sharekan resepi popia goreng seafood… simple je… best kalo makan time panas pas tu cicah sos cili thai tu… nyummmm

Resepi popia goreng seafood
Bahan-bahan :
  • 1 peket isi ketam
  • Kulit popia – better guna yg saiz besar (senang nak gulung nanti)
  • 1 batang  timun – dihiris panjang halus
  • 1batang carrot – dihiris panjang halus
  • Daun bawang – dihiris panjang halus
  • Sedikit garam dan lada sulah
  • Sedikit tepung gandum yg dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara :
  • Gaulkan isi ketam dgn garam dan lada sulah.
  • Letakkan isi ketam, timun, carrot dan daun bawang atas kulit popia.
  • Sebelum gulungkan kulit popia tu, make sure sekeliling kulit popia tu disapu dengan air tepung tadi.
  • Gulung dan goreng dalam minyak panas. Siap.

Sorry, takde gambar sendiri.. sebab resepi ni diupload atas request.. kalo dalam masa terdekat ni aku buat popia ni, aku update la ye gambar sendiri..


lebih kurang gini le rupanya bila dah digoreng..

Monday, 20 May 2013

resepi pad ped seafood...

Aku ni bukannya jenis pandai masak… nak masak apa-apa pun, mostly kena cari resepi dulu.. kalo yang main campak-campak je tu, kira nasib le.. kekadang menjadi.. kekadang k.o.. je… nasib baik la mr.hubby bukan jenis kaki complaint.. makan je apa yang aku masak.. walaupun aku jarang sangat masak daging atau ayam… asyik seafood aje.. hehehe… macam tu gak bila gi makan luar, memang makanan yang berasaskan seafood je yg aku makan.. Pernah sekali tu, dia ajak aku gi makan kenduri di rumah kawan dia di chuping.. disebabkan semuanya lauk daging, maka tahan perut je la sementara tunggu dia abis makan… lps tu baru la dia bawa aku gi padang besar.. tau dah aku nak makan apa.. nasi pad ped seafood!!! pad ped ye kekawan.. bukan paprik.. perghhh.. bagi aku pad ped ni memang sedap…. Rasa kecur air liur bila teringatkan pad ped ni.. esp bila diletakkan daun selasih tu… heaven!!!
So,ari tu bila aku terjumpa pokok selasih yg dijual di nursery di sungai buloh tu, terus aku rembat… dulu pernah tgk tp tak tau nak masak mcm mana..  rasa rugi lak sebab dah naik harga.. dulu rm8.90 je tp sekarang dah rm12.90.. tapi disebabkan tauke tu salah letak tanda harga (still harga lama), maka hari tu aku dapat la diskaun skit – rm10.. tak kisah la asalkan aku dapat pokok tu.. dah angan-angan ni nak masak pad ped.. hehehe.. so, sini aku share resepi pad ped… boleh try kalo nak..
Pad ped seafood
Bahan-bahan
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 batang serai
  • 2 cm lengkuas
  • cili kering (10 tangkai) @ cili padi 5-7 biji (nak pedas boleh tambah lagi)
  • kacang panjang 3 batang
  • 2 helai daun limau purut
  • gula,garam
  • asam keping (jika nak rasa masam2 skit)
  • daun selasih (kalo xde pun xpe)
  • seafood of your choice (boeh ganti dengan ayam atau daging jika suka)
Cara-cara
  • bawang putih,bawang merah,serai,lengkuas,cili kering@cili padi diblend sampai halus
  • panaskan minyak. tumis bawang putih sampai naik bau. masukkan bahan yg diblen tadi
  • biar sampai naik minyak, masukkan seafood, gula,garam , asam keping (jika yg suka masam2) ikut citarasa masing2.
  • masak sampai kuah menjadi agak kering. masukkan kacang panjang yang dipotong (3@4cm pjg). biar skit layu.dan kuah sedikit kering
  • siap.. sedia utk dihidang bersama nasi putih.. bagi yang suka berkuah, boleh juga dimasak tidak terlalu kering
 
pad ped seafood....
 
 
 
 
ni la rupa pokok selasih...
 
 
 
daun selasih...
 
 
 

                hasil sampingan shopping pokok di sungai buloh
 

Sunday, 19 May 2013

resepi keowteow sup ikan bilis...

Aku memang cukup suka makan makanan yang berkuah.. esp sup.. tapi sebenarnya aku suka masak sendiri berbanding makan di kedai sebab dah memang confirm takkan ada ayam atau daging dalam sup tu.. kalo di kedai tu, walaupun dah dibagitau jangan masukkan ayam/daging, mesti diorang masukkan gak.. last2, aku tolak ke tepi je sebab dah tak lalu makan.. tu tak kira bab berminyak lagi.. rugi je duit...
Masa di ofis lama dulu, kalo lepas balik dari outstation yang jejauh tu, aku kurang selera skit makan nasi.. so, mesti aku akan masak keowteow sup atau laksa.. bila dah makan tu baru rasa fresh skit sebab dapat makan benda yang simple dan berkuah.. no fastfood or greasy food anymore (hehehe.. ni la akibatnya kalo time outstation dok  hentam mkn fast food je)..  and plus abah pun suka gak mkn benda2 berkuah ni.. so, memang tak rugi masak.. tapi dengan abah, aku kena siapkan fishball, fish cake dan tofu yang digoreng dan dihiris halus sebagai condiments.. tak termasuk sambal, daun sup, tauge dan cili padi… tapi bila aku masak untuk aku dan yun je di sini, aku abaikan je segala condiments di atas tu.. memang buat yang betul2 simple but tastes good.. hehehe.. dasar pemalas!!!
Anyway, kat sini aku share resepi keowteow sup ikan bilis tu.. boleh cuba.. mana tau kena dengan selera kan…
Resepi Keowteow sup ikan bilis
Bahan-bahan :
1 bungkus keowteow (mee/bihun pun ok gak)
4 ulas bawang merah – ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
2cm halia (lebih pun ok) – ditumbuk
Segenggam Ikan bilis – blender kering hingga hancur
Serbuk Lada hitam
Sedikit Kulit kayu manis dan bunga lawang
Garam
2 biji ubi kentang – dipotong kasar
1 batang carrot - dipotong kasar
1 biji tomato - dipotong kasar
fishball
Daun sup
Sedikit Minyak masak
Air (kuantiti yang diingini – lebih kurang 2 liter)
*aku juga masukkan sedikit sos ikan – bagi extra rasa… hehehe…
Cara-cara;
  • celur keowtoew dan toskan.
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
  • Masukkan lada hitam dan ikan bilis yang telah diblender. Kacau hingga sebati.
  • Masukkan air, fishball, ubi kentang, carrot dan tomato. Jangan lupa masukkan juga kulit kayu manis dan bunga lawang.
  • Masukkan sedikit garam dan perasa. Biarkan hingga mendidih  sebelum masukkan daun sup. Siap.
  • Sedap dimakan bersama keowteow ketika masih panas.. lagi sedap kalo ada sambal kicap.. hehehe..
 
 

Sunday, 12 May 2013

soto... bila terlebih rajin....

weekend ni boring skit sebab mr.hubby and si abang kenit tak datang melawat kami 2 beranak di sini... mr.hubby sibuk dengan keja yang bertimbun dan motivasi tgh tinggi skit selepas dibasuh dek bos dia last week.. hehehe... even anak dia pun dia hantar balik kampung jap untuk mudahkan dia bertapa di ofis weekend ni..
 
so, untuk menghilangkan boring, ari sabtu tu aku buat rajin masak soto... adik aku kata terlebih rajin le plak akak dia ni... hahaha... everything from scratch... begedil, kuah dan sambal kicap semua aku buat sendiri... cuma nasi soto je yang instant... sebenarnya, buat soto ni senang je tapi leceh skit... lain le kalo korang beli begedil yang frozen tu.. tu memang senang.. tapi aku tak suka beli yang frozen sebab payah nak dapat begedil yang takde isi ayam atau daging.. so, that's why aku prefer buat sendiri je...lagipun aku anggap kerja melecek ubi kentang untuk dibuat tu sebagai sesi melepas stress keja... alangkah bestnya kalo aku boleh tenyeh keja2 di ofis tu mcm mana aku tenyeh ubi kentang tu sampai jadi mash potato.. hahaha...
 
anyway, adik aku memula tu dia ragu2 gak nak makan soto.. sebab selalunya kalo masakan aku yg ada ayam ni, mmg bab rasa tu kurang skit... tapi bila dah makan soto tu, dia kata ok.. lebih kurang dengan soto derma's corner yang di perlis tu (sape yang duduk di perlis tu tau la mana nak cari tempat ni)... malamnya plak, langkah kanan untuk bai dan husband... diorang datang nak main dengan si bambam... katanya makin bambam lagi si bambam ni... ye ke? mau taknya kalo kuat makan... apa yang orang besar makan, semua dia nak makan...
 
 
 
 
sini aku share resepi soto versi aku...
 
Soto
Bahan-bahan Kuah Soto;
  • ayam - kuantiti ikut citarasa masing2
  • 2 Sup Bunjut ADABI
  • 2 kiub ayam
  • bawang merah, bawang putih, halia - ditumis
  • sedikit garam dan serbuk lada hitam 
  • air - ikut kuantiti kuah yang diingini (1 atau 2 liter)
  • Nasi impit - rebus je yg plastik
  • Untuk hiasan - suhun(digoreng) bawang goreng, daun bawang, daun sup
Bahan-bahan Sambal Kicap;
  • 20 batang cili padi 
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap manis
Cara-cara;
  • Buka sup bunjut dan kisar/tumbuk isinya. Utk memberikan lebih rasa. Kalau tak suka tak payah le bukak tp nanti rase cam kuah sup ayam je.
  • Tumis b.merah, b.putih, halia dan sup bunjut yang telah dikisar tadi sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan le air, ayam dan kiub ayam. Masukkan sedikit garam, serbuk lada hitam. Masak hingga mendidih dan ayam betul2 masak.
  • Kuah soto siap. 
  • Bagi yang nak isi ayam untuk dimakan bersama soto, rebus ayam sebelum digoreng dgn sedikit gaulan kunyit/garam. Selepas goreng, carikkan ayam. Ayam carik siap.
  • Untuk kicap pula, goreng semua cili dan bawang putih selama 8 hingga 10 minit (jangan sampai le hangit plak). Pastikan tutup belanga dengan penutup periuk semasa menggoreng kalo tak mau rasa mcm mana pedihnya kena cili yang meletup ketika digoreng. Selepas sejuk, kisar semua cili dan bawang putih yang digoreng tadi bersama kicap. Siap.

Begedil
Bahan-bahan Begedil;
  • 5 biji kentang (saiz sederhana besar)
  • daun sup dicincang halus
  • 5 sudu besar bawang goreng
  • satu sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji telur (di pukul)
Cara-cara;
  • kentang dipotong dan direbus hingga empuk.
  • setelah empuk, tumbuk atau lenyekkan kentang hingga hancur.
  • setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
  • gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
  • akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng. Siap.
tadaa..... siap sudah soto

 
     

Monday, 14 January 2013

bila terlampau memilih..

Semua yang kenal aku, maklum sangat perangai aku yg kekadang memilih bab makanan ni... ayam dan daging memang bukan pilihan aku... boleh dikatakan aku ni termasuk dalam kategori pescatarian - those who abstain from eating all meat and animal flesh with the exception of fish... hehehe... tapi sebenarnya ikan pun tengok jenis dan saiz gak le.. kalo besar sangat tu, tekak ni pun takleh nak terima gak.. seafood pun tak semua aku makan.. sama gak dengan sayur.. dulu, bila orang tanya kenapa aku tak makan ayam dan daging, aku akan jawab alergik untuk tutup mulut/pertanyaan diorang... sekarang, aku just kata psikologi sebab tekak aku memang takleh nak terima makan ayam dan daging... nasib baik diorang tak banyak soal gak...

sebenarnya satu masalah gak bila jadi terlampau memilih ni... esp bila pi tempat kenduri atau majlis... selalunya kalo pi kenduri, aku cuma minum air je sebab lauk kenduri berasaskan ayam dan daging.. orang lain sedap je makan tapi aku cuma dapat tengok je.. lepas kenduri baru meround cari makanan untuk isi perut aku plak... dan bila memasak sendiri plak, aku cukup stress bila nak memasak ayam dan daging... first, sebab nak kena membersihkan ayam dan daging ni... second, bila masak tak dapat lak nak merasa lauk sendiri... tak tau sedap ke tak.. time ni selalu mr.hubby yang jadi tukang rasa.. kalo dia takde time aku masak, maka ikut jadi le apa rasa masakan aku tu... kalo sedap, takpe la.. kalo tak sedap, untung le kucing-kucing yang suka memunggah tong sampah aku...

masa bujang dulu, parents aku memang biarkan aku sendiri masak amenda yang aku nak makan... dan tak paksa aku masak ayam/daging... ayam/daging tu mak aku je yang masak (biasanya kalo mak buat sup daging, memang aku tak akan masuk dapur sebab tak tahan bau).. tapi bila dah kawin dan duduk rumah sendiri, sekali sekala mr.hubby request nak makan ayam/daging atau benda-benda yang aku tak pernah masak.. so nak tak nak, kena gak le buat.. cari resepi kat internet atau tanya mak.. hehehe.. macam bebaru ni, dia nak makan masak lemak cili padi siput sedut dan sambal petai.. 2 benda yang aku tak pernah makan atau masak.. kalo setakat masak lemak cili padi tu ok la, selalu buat walaupun tak pernah letak siput sedut... mr.hubby plak kena ajar yang muncung siput ni nak kena potong dulu skit dan bila dah masak, tunjuk plak cara makan (rasa macam manja le plak.. hehehe)... sambal petai tu, aku hentam ikut resepi yang dapat dari internet.. petai pun beli yang dah siap dikupas je.. nasib baik ok gak le walaupun 1 umah berbau petai... huhuhu..

lepas ni, apa plak benda yang aku nak kena masak??


Thursday, 20 December 2012

resepi potato salad

ari ni ada majlis potluck di ofis.. sebagaimana biasa, time potluck ni memang aku akan bawa pasta aje.. sampai ada yang dah tau perangai aku.. hehehe.. tapi kali ni, aku tambah sejenis lagi - potato salad.. bukannya apa, senang nak buat dan cepat.. dengan 2 orang kenit yang sentiasa cari peluang nak 'tolong' aku buat kerja umah tu, memang aku tak kuasa nak masak benda yang remeh dan time consuming dalam kuantiti yang banyak.. so, pasta are simple and easy too cook.. and fast!! tu yang penting ok...

anyway, tadi ada yang minta aku upload resepi potato salad tu... easy aje weh resepinya...

Resepi potato salad :

ubi kentang (kuantiti - ikut suka ati) -
mayonis - sesuaikan dengan kuantiti ubi kentang yang telah dipotong dadu
sedikit lada hitam
sedikit garam
sedikit cuka

Cara penyediaan :
  1. ubi kentang dipotong dadu (kasar) dan direbus sehingga empuk.
  2. bahan-bahan lain tersebut digaulkan bersama.
  3. apabila ubi kentang yang siap direbus telah sejuk, gaulkan bahan lain tadi
  4. simpan dalam peti sejuk (at least 1 hour).. sedap dimakan ketika sejuk..



Monday, 26 November 2012

baked pasta dan potato salad..

memang dah rutin aku setiap minggu untuk masak menu yang bukan nasi setiap jumaat... saja nak elak jemu makan nasi... ikut la apa yang teringin nak makan... kueteow, bihun, mee atau pasta... asalkan bukan nasi je.. Jumaat lepas, aku akan masak pasta untuk dinner... selalu pasta ni aku buat goreng atau berkuah skit.. tapi kali ni aku bakar plak... baked pasta... plus dengan potato salad... kalori aje tu tapi tekak teringin sangat nak makan.. so aku buat je la.. tu pun nasib baik bahan nak buat mushroom soup tak cukup.. kalo tak bertambah lagi lemak... hahaha...


resepi baked pasta

bahan-bahan :
½ paket pasta
1 tin sos pasta
1 tin kecil tomato puree
1 biji bawang besar – dipotong dadu
5 ulas bawang putih – dipotong dadu
1 batang carrot – dipotong dadu
2 biji tomato – dipotong dadu
1 biji lada benggala – dipotong dadu
1 tin cendawan butang – dihiris sederhana tebal
½ sudu mixed herbs
shredded mozarella cheese
sedikit garam dan serbuk lada hitam
¼ cawan air
daun bawang / parsley untuk hiasan


cara penyediaan :
  1. pasta dicelur sehingga lembut dan kemudian ditoskan
  2. tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
  3. masukkan semua carrot, cendawan, lada benggala, tomato, sos pasta dan tomato puree. Jika kuah terlampau pekat, baru masukkan air.
  4. masukkan mixed herbs, serbuk lada hitam dan garam. Masak sehingga mendidih dan untuk pastikan kepekatan yang betul, pastikan kuah tersebut lekat pada belakang senduk
  5. masukkan pasta yang telah ditoskan ke dalam loyang (atau casserol yang tahan oven). Padatkan pasta tersebut.
  6. Tuangkan kuah yang dibuat tadi ke atas pasta tersebut dan ratakan. Kemudian tabur shredded mozarella cheese dan hirisan daun bawang/parsley ke atas permukaan.
  7. Bakar pada suhu 190 C selama 30 minit atau sehingga cheese tersebut telah bertukar keperangan.
  8. Sedap dimakan ketika panas.
















resepi potato salad :

4 biji ubi kentang – dipotong empat dan direbus sehingga lembut
mayonis
sedikit daun bawang – dihiris halus
sedikit kobis – dihiris halus
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit cuka ( ¼ sudu teh)

cara penyediaan :
  1. gaulkan semua bahan tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit (lagi lama lagi baik). In my case, 3 jam..
  2. sedap dimakan ketika sejuk.

Tuesday, 13 November 2012

minestrone soup...


Masa di UK dulu, salah satu makanan fave aku ialah minestrone soup... memang sedap makan sup panas dengan nasi (orang makan dengan pasta, tapi aku tetap nak letak nasi gak) masa winter...heaven!!! tapi time tu, just beli yang instant je dari hypermarket macam Sainsburry, Tesco atau Asda... takde plak terpikir nak cari resepi untuk dimasak sendiri.. bila dah balik ke Malaysia, bila teringin sangat, aku akan cari minestrone soup yang dalam tin tapi tak senang nak dapat plak.. last resort, aku cari sendiri resepi dalam internet... ingatkan susah nak buat sup ni tapi rupanya teramat la senang... untuk sesuaikan dengan selera aku, aku ubah sedikit bahan-bahan dalam resepi ni... aku tak masukkan kekacang seperti yang biasa digunakan dalam minestrone soup yang original sebab aku tak suka sangat makan kacang.. instead, aku lebihkan ubi kentang, carrot, celery dan tomato.. plus, sedikit cuka untuk bagi rasa acidic/masam..


minestrone soup :

Bahan-bahan :
½ bungkus pasta (makaroni/penne/rigate) – dicelur dan ditoskan
½ tin besar tomatao puree
3 biji tomato – dipotong dadu
3 biji ubi kentang – dipotong dadu
4 batang celery – dipotong kasar
2 batang carrot – dipotong dadu
1 biji bawang besar – dipotong dadu
5 ulas bawang putih – dipotong dadu
1 kiub pati ayam (dibancuh dengan 1 cawan air)
1 liter air
1 helai bay leaf
1 sudu mixed herbs
½ sudu teh cuka
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa


cara penyediaan :
  1. tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan bay leaf.
  2. Masukkan semua ubi kentang, celery, carrot dan tomato. Masukkan air bancuhan kiub pati ayam dan air.
  3. Setelah mendidih, masukkan tomato puree, cuka, mixed herbs, lada hitam dan garam.
  4. Masak sehingga mendidih. Sedap dimakan dengan pasta ketika masih panas...