Thursday, 8 November 2012

chauvinist...

Di Malaysia,dah ada Dasar Wanita Negara untuk beri panduan dan tuju hala dalam segala usaha perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan negara untuk pastikan kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai, baik sebagai sasaran mahupun sebagai agen-agen pembangunan masyarakat moden... sebab itu juga, ada sasaran pembabitan 30% tenaga kerja wanita dalam peringkat pembuatan keputusan.. tak kira la di sektor awam atau swasta... tapi sampai sekarang, memang sasaran tu belum tercapai lagi... sebab tak tercapai??? teori aku, sebab wanita lebih utamakan famili dari kerjaya.. tak kira la samada memang sukarela berhenti kerja untuk bagi tumpuan pada famili ataupun request dari para husband supaya wife diorang jadi full time housewife... lagi satu sebab ialah orang atasan sendiri yang still ada sikap chauvinist... masih utamakan pekerja lelaki daripada pekerja pompuan... masih ada yang tak berapa yakin dengan kebolehan pompuan... tak ke chauvinist tu??? tapi aku rasa di Malaysia, sikap chauvinist dalam bidang pekerjaan tu takde la kritikal sangat... masih boleh diterima lagi dalam beberapa keadaan tertentu... kena bersikap rasional dan realistik...

tapi iklan lama-lama di bawah ni memang hardcore chauvinist!!!! first time tengok iklan ni pun aku rasa mcm memang hampeh giler!!!! (http://fotozup.com)











tapi yang ni memang paling melampau....



budussss sungguh.... dah takde idea sangat ke?


untuk yang tak paham arahan...


notis yang pernah aku jumpa sendiri di satu construction site dulu...

gambar-gambar kat bawah ni, aku rasa kalo legal, kontraktor kat Malaysia mesti dah lama buat... hehehe.....




Wednesday, 7 November 2012

Peminat fanatik siti nurhaliza...


"Dato' K"



Nak tau sapa mamat ni? Ni la 'Dato' K' – 'suami' siti nurhaliza... jangan lak terkejut tengok Dato' K tetiba berubah rupa...hahaha... sebenarnya, aku pun dah tak ingat nama lelaki ni... tetiba terjumpa gambar dia masa mencari gambar si kenit tadi... aku jumpa lelaki ni masa buat siasatan permohonan bantuan rumah beberapa tahun lepas...

kisahnya, semasa turun padang buat siasatan permohonan program bantuan rumah dulu, aku dan staf telah pergi ke satu rumah ni untuk siasat permohonan dia.. semasa di rumah akak tu, dia minta tolong tengokkan rumah adik dia di sebelah... menurut akak ni, adik lelaki dia ni kurang betul skit sebab tu duduk asing... sebabnya bila angin dia datang, dia akan rosakkan rumah... abis dia tanggalkan dinding/lantai kayu, cermin.. bila tengok rumah kayu di sebelah tu dari luar, memang teruk pun... lantai berlubang, tingkap tak bercermin... bila driver pi ketuk pintu rumah, adik lelaki yang dikatakan kurang betul ni menjawab dan ajak masuk... memula memang cakap elok... dia minta tolong betulkan rumah dia la, cerita ada yang tak siapkan kerja betulkan rumah dia.. tapi semasa driver gi check kat dapur/bilik air dan tinggal aku dan 2 orang staf perempuan, angin dia mula datang... dia mula cerita yang dia sebenarnya suami Siti Nurhaliza, Dato' K... ala penyanyi terkenal tu la... jenuh dok tahan gelak bila dengar pengakuan dia tu... lepas tu bila dia makin merepek, kitorang pun slowly minta diri... sat gi kot jadi lain plak kan? Elok kitorang nak beredar, dia pun sibuk nak keluar rumah gak... katanya nak pi dating dengan wife dia – siti nurhaliza...

setiap kali teringatkan kisah ni atau lalu jalan ke kuala perlis, memang aku akan tersenyum sendiri... lawak bila teringatkan Dato' K kuala perlis tanpa misai tebal... hehehe...


keadaan rumah 'Dato K'







Happy birthday aqif...

8.11.2012 – HAPPY 2sd BIRTHDAY to my little kenit, Muhammad Thaqif @ Aqif... semoga jadi anak yang soleh,sentiasa terang hati dan fikiran...






rasa jap je dah umo 2 tahun budak ribut ni... apsal aku panggil dia budak ribut?? sebabnya ialah dia ni semua nak cepat.. dah la tu, buat apa pun memang cepat... berlari, memanjat, memunggah, etc.. dari saat lahir sampai sekarang!! hehehe... dia nak cepat sangat jenguk dunia sampai lahir pun tak cukup bulan.. baru 34 minggu, dah selamat bersalinkan dia... plus sikap aku gak time tu yang sebabkan aku terbersalin awal...

kisahnya masa tu, perlis sedang dilanda banjir besar... walaupun dah hampir 7 bulan pregnant, aku still meredah banjir paras betis pergi ofis.. semata-mata sebab orang SIRIM dari KL tetap nak buat audit ISO di ofis aku walaupun dah dibagitau yang perlis sedang banjir.. pengarah aku minta aku gantikan dia untuk teman orang audit sebab dia kena uruskan rumah dia yang dah dimasuki air.. di ofis tu la kitorang tengok air semakin naik.. last-last, bila dah petang, aku minta balik gak coz takut lepas ni aku tak boleh lalu dah jalan nak balik rumah!! even nissan xtrail pun dah tak boleh masuk rumah aku coz by petang, air dah naik paras paha.. by esoknya, rumah aku dah jadi pulau walaupun air masuk gak skit kat dapur.. tapi aku ni jenis obses skit bab susun atur barang kat umah ni... aku cukup tak senang duduk kalo kedudukan perabot tak kemas.. korang bayangkan la, bila dapur dah masuk air, mesti la semua almari dan meja makan kena angkat masuk dalam kan.. orang yang ada sifat mcm aku ni akan jadi stress giler... susah ati tengok perabot berselerak... so, bila air dah surut skit, aku pun pulun la mencuci dapur dan mengemas balik barang-barang.. walaupun dah dilarang oleh mak, aku tetap ubah sendiri perabot bila orang lain berhenti berehat..bayangkan nearly 7 month pregnant and angkat/tarik almari dan meja makan ke dapur balik... mau tak terberanak awal!!!


plus, on the 4th day banjir, aku dan adik aku buat keja gila – drive keta gi alor star untuk cari stok makanan selepas dapat tau jalan a.star-kangar dah dibuka balik.. turn out, info driver aku tu tak berapa betul.. walaupun jalan dah dibuka, tapi keadaan still bahaya.. air deras masih separas separuh tayar kereta masih laju mengalir atas jalanraya... masa pergi still ok, tapi bila time balik, jalan dah ditutup balik.. jenuh mencari jalan nak balik kangar... last-last jumpa gak jalan kampung yang tak dinaiki air sebelum tembus ke jalan utama yang keadaan banjir tak begitu bahaya (but still air sama pasar dengan separuh tayar kereta duma tak deras je – nasib baik keta angah tayar 17”)... kalo tak, mau tido kat jalan la kitorang mlm tu.. huhuhu.. esoknya, tetiba je air ketuban aku pecah time bangun tido... nak g check kat klinik tapi semua tutup.. nak tak nak, kena gak gi hospital.. apa lagi, kena admit masuk hospital... 4 hari tido di hospital dan kena cucuk ubat untuk tahan dari bersalin awal coz masa admit tu masih belum cukup 34 minggu.. hari keempat di hospital tu baru cukup 34 minggu.. nasib baik time tu, mr.hubby dah dapat balik kampung... hari kelima, aku sepatutnya dah boleh balik tapi awal pagi dah ada contractions walaupun tak serius sangat.. masa nurse bawa aku untuk gi bilik scan tetiba dah ada tanda bersalin.. last-last, terus masuk labour room dan tak sampai sejam, lahir la Muhammad Thaqif.. mr.hubby pun tak tau aku bersalin dah sebab dia ingatkan aku still lagi kat bilik scan (dan nurse pun tak maklum kat dia)... tup-tup nurse panggil dan terus pegang anak je... hahaha.. ribut kan?

after 2 years, aqif sekarang dah makin bijak dan turn out to be very loving brother (walaupun sikap membuli adik tetap ada) to adik... kalo tido, mesti nak tido sebelah adik... sehari tak nampak adik pun dah susah ati... apa pun, semoga aqif sentiasa menjadi penawar hati kami sekeluarga... sentiasa ceria dan sihat... aminnnn


his first picture... umo 9 hari..



sebulan lebih je umo tapi tido style mcm orang tua..



his first toy... hahaha

punya seronok naik walker sampai nak tido pun dalam walker

budak gadget



his birthday gift dari bapak..
dia seronok sungguh dapat buku ni semalam






Tuesday, 6 November 2012

ayam masak merah my version...

Menu kami sekeluarga during weekdays agak simple... biasanya 1 jenis lauk yang berkuah (gulai/sambal/masak lemak), sayur, ikan dan sambal belacan.. kekadang je rajin masak ayam/daging coz nak masak selalu rasa macam membazir je since mr.hubby je yang makan sorang.. selalu weekend je baru masak ayam/daging ni - at least, during weekend ni la baru boleh lunch and dinner semua kat umah.. kalo tetiap hari masak ayam/daging, alamatnya buang dalam tong sampah je la coz dinner je kat umah - tu pun tak makan banyak sangat pun.. dah la aku ni jenis tak reti nak masak ayam/daging dan tak reti masak dalam kuantiti yang sikit... huhuhu... nasib baik mr.hubby pun jenis tak kisah sangat pasal lauk ni... makan je apa yang aku masak... asalkan home made cooking dah... lauk tapau just reserve bila aku balik keja lambat atau tak sihat... atau bila penyakit M yang kritikal melanda.. hehehe...

tapi dua hari lepas, aku masak gak ayam masak merah untuk dia... coz aku tak tau dah nak masak apa.. dah boring plak rasanya nak buat gulai dan sambal je.. kalo aku sorang, makan roti dengan sup pun dah ok.. aku pakai hentam je resepi ayam masak merah tu but turn out ok la.. mr.hubby pun kata sedap... bahan-bahan simple sangat...

Ayam masak merah my version :

Bahan-bahan :
½ ekor ayam yang telah dipotong kasar – digoreng separuh masak terlebih dahulu
1 biji bawang besar
sedikit air perahan asam jawa
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak masak

Bahan-bahan untuk dikisar (pastikan bahan dikisar tersebut tidak menjadi terlampau cair):
1 inci halia
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
sedikit serbuk kunyit
4 sudu besar cili kering – yang telah dikisar bersama sedikit bawang dan belacan

Cara penyediaan :
  1. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sampai sedikit kering dan naik bau.
  2. Masukkan ayam dan sedikit air perahan asam jawa, bawang, garam dan gula secukup rasa.
  3. Untuk pastikan rempah tersebut tidak terlampau kering, masukkan sedikit air.
  4. Biarkan mendidih dan ayam masak sepenuhnya.
  5. Siap untuk dimakan.... hehehe...

siap untuk dimakan...


Sunday, 4 November 2012

main masak-masak...

Weekend yang lepas, kami sekeluarga tak balik kampung seperti minggu-minggu yang sudah... melepak or in my case, melepek kepenatan, di rumah je... hahaha... penat sih jadi housewife whole day walapun just di hujung minggu je... especially ada 2 orang budak kenit yang tersangat le aktif.. si abang suka 'mengemas' kabinet dan freezer... si adik plak dah pandai gi cari bakul sampah di dapur – dia seronok main tarik-tarik plastik sampah le plak dah!!! penat le si mak ni nak menarik tangan dan menghalang 2 beradik ni sambil memasak dan buat kerja umah yang lain... patut letak pagar kat pintu dapur ni – supaya diorang tak boleh masuk dapur!!!! si bapak plak leka baca buku/tengok tv/tertidur/layan si adik sampai anak sorang lagi terlepas gi dapur... hmmmmm...

sabtu lepas, my parents, mother-in-law and kawan mak datang melawat kami di rumah... sebelum diorang sampai memang penat le aku ni mengemaskan umah dan memasak.. kalo umah bersepah, malu plak kat mak mentua nanti kan.. kalo mak sendiri tu, dah tau sangat keadaan umah anak dia mcm mana, ada 2 orang tukang sepah kat umah ni... hehehe... kali ni, untuk lunch aku prepare asam pedas tumis, kacang botor (or in utara dipanggil kacang pelisa) goreng pedas, ikan bakar, kerabu timun dan stew daging.. kembang hidung kejap bila ada yang puji stew daging tu sedap... maklum je la, orang tak makan daging kena masak daging... masak tanpa rasa... harap kat mr.hubby je rasa.. hehehe... last-last, mak mentua tapau satu bekas stew daging untuk dibawa balik... untuk si adik, aku sediakan bubur nasi sayur dan ikan salmon.. laju aje si makcik kenit tu makan sampai si abang pun nak tumpang sekaki.. padahal selera si abang ni biasanya dah macam selera orang dewasa... nasi dia mesti kena pedas skit, baru laju nak makan... tak sedar dia tu kecik lagi.. huhuhu..

untuk minum petang plak, aku buat puding roti karamel... dua kali buat sampai si mr.hubby dah bantai gelak tengok aku naik angin buat benda alah ni... first time tu bukan pasal tak jadi.. tapi tersilap taktik... aku nak alihkan puding dari loyang ke pinggan tapi tetiba puding tu jatuh dalam sinki plak dah... bersepai dan bercampur sabun!!!! memang hangin sungguh time tu – sia-sia aku kukus puding sampai nak dekat sejam je!!! walaupun dah nak tengah malam, aku buat lagi satu batch... alhamdullillah, kali ni boleh makan gak.. abah aku bagi thumb up bila makan puding tu... kira pass le since dia tau aku bukan pakar masak-masak ni...

biasa la, bila dah kawin dan duduk rumah sendiri baru la nak betul-betul belajar memasak sendiri.. walaupun terpaksa buka buku dan surf internet mencari resepi.. kalo duduk rumah parents dulu, harap kat mak masak ataupun belajar masak benda yang aku suka makan sendiri je... maklum je la, aku ni memilih skit bab makan... makan seafood dan sayur je.. ayam dan daging memang tak akan makan langsung!! nak masak pun jangan harap la.. kalo mak masak apa-apa berasaskan daging esp sup daging dan perut rebus, aku memang dah lari jauh coz tak tahan bau... huhuhu... tapi bila dah kawin dengan mr.hubby yang makan segalanya ni, nak tak nak terpaksa gak la aku belajar masak ayam dan daging... lagipun kesian gak kat anak-anak... takkan nak ajar diorang ikut gaya makan mak dia yang agak pelik ni kan??? tapi bab organ dalam tu memang aku surrender – aku tak boleh masak langsung... hehehe

Resepi stew daging :

500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
2 biji bawang besar ~ potong dadu
5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
2 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
2 biji kentang ~ belah 4
1 batang leek
2 helai daun bay
2 sudu tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit serbuk pati ayam Maggi yang dibancuh dengan air
Garam dan gula
Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
Minyak untuk menumis
Air secukupnya.

 
Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
2. Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan air bancuhan pati ayam dan tepung gandum, kacau rata.
3. Masukkan semula daging,air secukupnya, separuh daripada sayuran dan sedikit lada hitam, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
4. Kemudian tambahkan baki sayuran tersebut. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

gambar pinjam - lupa amik gambar stew
yang dimasak sendiri...

 Resepi puding roti karamel :

Bahan-bahan ( 1 loyang )
  • 3 sudu besar gula - jadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur - di pukul sedikit kemudian di tapis
  • 2 cawan air suam
  • 1 @ 3/4 cawan susu pekat manis/ krimer
  • sedikit esen vanilla
Cara penyediaan :

1. Dengan menggunakan loyang,sediakan gula hangus,kemudian ketepikan
2. Panaskan pengukus, sambil tu carik2kan roti, kemudian blender bersama air suam dan susu
3. Selepas itu masukkan telur yang telah ditapis dan masukkan esen vanilla
4. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukuslah sehingga masak. Lebih kurang sejam


gambar pinjam lagi - kes terlupa amik gambar lagi..

Thursday, 1 November 2012

funny signs around the world...

Just for a laugh...



please close your eyes if you don't want to be penalised...

not only men can get cancer you know...

??????

lo and behold.....

beware....

the natives must be a strange bunch...

beware of the unicorn....

should have one on a malaysian roads....


this one too...

those who don't have their brain with them,
please go away...

can i change that to a cup of milo and a free kitten?


mak aiiiii....

extremely right!!!!

park at your own risk...

please take a pity on the fish... we don't want them to have
 cancer like human smokers too..

which part that you don't understand???

or it will go somewhere else that
you rather don't want to go...