Thursday, 18 April 2013

tips interview...

Lama gak ek aku tak mengaktfkan diri di blog ni.. asyik baca blog org je… biasa le, mood malas campur sibuk dengan keja di ofis ni.. bos aku ingat aku ni superwoman gamaknya (next time le cerita psl tu)… esp minggu ni sibuk dengan program bahagian aku ni.. bila result spm bebudak ni dah keluar, maka bermula la musim buzy + pening di sini.. hahaha… Minggu ni, aku berpengalaman jadi ketua pusat + ketua urusetia dannnnnnnnnn panel bidang terjun untuk sesi SAC dan temuduga untuk memilih bebudak yang apply biasiswa utk fly ke oversea… partner panel aku ialah sorg lecturer pompuan dari uitm… muda lagi tapi dah ada PhD..

Students yang apply ni, minimum kelayakan spm ialah 9A… majority mmg 9A tapi ada gak yang 11A+… TAPI sewaktu SAC, result tu tolak ke tepi dulu sebab panel hanya akan menilai beberapa kriteria tertentu je iaitu DIRI students tu… maksud aku, dari segi pembawaan diri, keyakinan, minat, komunikasi dan a few things more… time ni, kalo students berlakon pun memang boleh nampak… aku dan panel lagi sorg (aku panggl dia Dr. dah le) senyum je tengok gelagat bebudak ni… hehehe… time ni la dapat tengok mcm2 ragam manusia - ada yang namanya melayu tapi tak boleh langsung berbahasa melayu, keluarga kaya-raya tapi masih mohon biasiswa sampai sanggup tipu pendapatan, dengar pesanan mak bapak yang hidup susah kepada anak yang jadi harapan keluarga, dan mcm2 lagi la yang kelakar, sedih dan yang menimbulkan geramm..

tapi memang betul le, tak semua yang pandai tu dah matang dan sesuai untuk ditaja ke oversea.. sebabnya? Attitude dan komunikasi skill yang ke laut… so, bagi yang bercita2 nak apply biasiswa ke oversea jangan le buat perangai berikut;
·         Muka berlagak atau tak berminat – ada 2 3 org students yang menunjukkan reaksi muka yang kami kira negative.. tersenyum sinis ketika mendengar jawapan kekwn yang lain, muka blur, muka mengantuk dan yang sewaktu dengannya.
·         Diam – dah org suruh bercakap, bercakap je la.. namanya pun sesi penilaian.. time ni la nak tunjukkan kehebatan korg bercakap dan bergaul dalam kumpulan.. jangan le sampai kawan atau panel bg hints supaya lebih banyak cakap tapi korg buat derkkk je… ilang markah dah dek oiiii..
·         Tidak boleh menerima pendapat/teguran panel/kawan – manusia ni memang tak semua sependapat.. sewaktu SAC memang akan ada perbezaan pendapat sewaktu temuduga dan perbincangan, tapi jangan le sampai nak bertegang urat leher untuk nak mempertahankan pendapat korang tu.. guna le cara yang lebih bersopan dan sesuai dengan status korg sebagai pelajar cemerlang..
·         Memberi jawapan yang kebudak-budakan – berfikir dulu sebelum memberi jawapan yang ntah apa2.. apa yang keluar dr mulut korg tu menggambarkan tahap kematangan korg.. ada satu insiden yang buatkan kami rasa cam nak tepuk dahi je.. sewaktu small talk dengan bebudak ni, Dr. tanya le students ni samada diorg boleh ke tak memasak sendiri (ye la, kat oversea tu bukan boleh tapau makanan sesuka hati – x halal dan harga yang mahal!!).. jawapan sorg students pompuan ni memang best – “saya tak reti dan tak berminat masak.. susah apa, saya beli je la makanan dalam tin”… makan makanan dalam tin selama 3 hingga 4 tahun korang kat oversea?? Sanggup ke?? Ingat students kat oversea ni mewah sangat ke??
·         Pakaian tak sesuai – walaupun tak dikatakan salah, tapi pemakaian seluar slack oleh students pompuan ke sesi SAC ni memang x digalakkan.. ada panel (bukan aku – yg pakai seluar masuk group aku tu dikira memang bernasib baik le sebab aku dan Dr. agak lenient) memang bagi markah rendah untuk students pompuan yang pakai seluar slack.. dan jangan sesekali pakai sandal dan selipar ke SAC!!! Korg ingat gi jalan2 kat shopping complex ke? Bagi bebudak lelaki plak, jangan le pakai sneakers yang colorful dan kemeja yang ntah hape2 coraknya tu… pakai la kemeja berlengan panjang yang simple dan tali leher.. kalo nak pakai blazer pun ok tapi peringatan ye, tak semua bilik SAC ni ada aircond.. so, sendiri mau ingat..
·         Rambut berwarna dan tak kemas – guys, plz la jangan buat style mohawk atau colour rambut semasa sesi sac!!! Project a smart n professional looks to the panels.. yang pompuan free-hair, sila ikat atau sanggul rambut tu… jangan menggerbang mcm cik ponti ok!!!
·         Tak check pakaian sebelum sesi temuduga – ni kes pakaian dah ok tapi as a precaution, sila check pakaian korg… check socks tu match ke x, tali leher tu dah ikat elok ke x.. n yang pompuan, check tudung, rambut n samada baju kurung korang tu jarang ke x.. ada sorg student ni, pakaian dr depan memang dah tip top.. tapi bila tgk belakang dia, nampak le shirt yang dah salah di tuck-in… dia tuck-in dalam boxer..  so, setiap kali panel tgk belakang dia (time tu sesi group), maka ternampak le baju yang di tuck-in dalam boxer dia tu… Nasib baik bukan boxer bunga2…
·         Jangan cerita keburukan / masalah keluarga depan panel untuk tagih simpati – taktik tersebut AMAT X DIGALAKKAN sebab boleh back-fired… nampak korg plak yang bermasalah dan tak matang dalam menangani masalah keluarga..
·         Jangan melencong bila menjawab soalan panel – lain ditanya, lain plak korg jawab… kalau ke laut sangat, memang kurang le markah tu… silap2 mcm 1 kes tu, boleh dimasukkan dalam kategori emotionally imbalanced.. kesnya, soalan tu simple je – perkenalkan nama, asal, bidang dan negara pilihan untuk smbg study.. yang student ni terus kata boleh tak dia nak bagitau satu benda - dia benci ayah dia!!! Pas tu melalut cerita pasal kebencian dia pada si ayah… WTF?? Aku dan Dr. dah ternganga.. students lain pun tengok dia atas bawah je.. something wrong somewhere ke dengan budak ni??

Apapun, majority students yang datang ke sac ni memang deserved an applause.. memang superb!!! Aku pun tumpang bangga tengok anak-anak bangsa sendiri yang matang dalam berfikir dan berkomunikasi.. harap semua tu bukan lakonan la ye.. wish u guys all d best di luar negara nanti!!
 
 

Thursday, 28 March 2013

suara menangis...

semenjak pindah ke tempat baru ni, aku ingatkan bebas dari kisah misteri.. tapi betul la orang kata, setan ni kat mana-mana pun ada...
 
2 ari lepas, time tu baru lepas azan subuh, aku pun bersiap le nak gi mandi.. baru je nak mencapai towel, terdengar bunyi anjing menyalak... perkara biasa le tu since aku mmg tau pun ada 1 group anjing yang mmg berkampung kat luar pagar tmpt buang sampah di apartment aku ni tetiap pagi.. so far, anjing ni yang lari kalo nampak org.. buktinya, setakat ni aku masih belum kena salak dan kena kejar, apatah lagi kena gigit lagi!! hehehe...tapi subuh tu, anjing-anjing ni menyalak sakan.. tapi aku ingatkn maybe diorg bergaduh sesama sendiri.. tapi tetiba je ada bunyi lain bercampur dengan bunyi salakan anjing tu... bunyi menangis yang amat le sayu dan menyeramkan... kalo korg masih ingat movie pontianak harum sundal malam (scene maya aka cik pon menangis atas pokok), mmg lebih kurang gitu le bunyinya.. mmg berdiri segala bulu roma time tu.. elok je bunyi tu berhenti, group anjing ni pun berhenti menyalak... terus sepi... bila aku beranikan diri gi buang sampah (dah mula cerah, so berani le skit), aku tgk anjing-anjing tu still ada lagi.. diorg yang lari bila tgk aku datang..
 
bila aku story kisah ni pada si bai, katanya kawasan tu mmg ada spesies cik pon pun... ada org dekat rumah dia pun terkena.. maybe sebab kawasan tu dulu hutan sebelum dibangunkan kawasan perumahan... wallahuallam la kan... yg kawan sorg lagi plak tanya ada ke lagi makhluk ni lepas azan subuh? hmm...makhluk ni bukan kira malam siang... setakat ni, dah 2 kali aku terjumpa spesies ni time tengahari rembang... sekali kat uum dan sekali tu masa on the way gi kelantan...

si mr.hubby plak bila aku call dia untuk bgtau kisah ni, dia tanya kenapa aku tak buka curtain dan tingkap untuk check bunyi menangis tu??? nak cari nahas gamaknya.. hishhhhh....

Tuesday, 12 March 2013

new life away from home..

Ada yang tanya kenapa lama aku tak update blog? Bukannya angin kemalasan melanda tapi tak sempat… masih dalam tempoh adaptation di tempat baru.. bila berpindah ni, semua rutin berubah.. amik masa nak set up another house di sini since mr.hubby tak ikut pindah (thanks to ex-staff yang tlg cari rumah)… sekarang ni, aku, bambam dan adik bongsu (Yun) tinggal di putrajaya… mr.hubby dan si abang kenit di penang.. ari tu, lepas hantar aku datang sini, mr.hubby dan kenit balik naik bas.. dan si bambam serta yun plak dihantar oleh tokwan dia.. terpisah jap family kenit aku.. huhuhu…
Stlh dapat umah, shopping sakan aku kat cni.. tapi shopping barang-barang umah le.. aku cuma bawa baju dan tv je datang sini… yang lelain semua beli baru (minus peti sejuk yang beli second hand)… mr.hubby kata beli barang ni mcm tak nak balik penang terus je?? Hahaha… bukan tak nak balik tapi alang-alang duduk sini, nak gak le duduk umah yang selesa.. tak mau le balik keja dalam keadaan penat lepas tu tengok umah ntah hape-hape kan… tp lepas ni kalo dapat pindah balik ke penang, memang confirm  kena sewa 1 lori kecik untuk angkut barang yang aku beli… antara barang yang aku beli;
·  Sofa L-shape
·  Meja bankuet dan 2 bangku (serve as dining
   table)
·   kabinet dapur 2 pintu
·   cabinet tv
·   cabinet kasut 2 buah (serve as tempat simpan baju aku dan bambam, plus tempat simpan buku dan dvd)
·  kipas angin
·  peti sejuk (second hand but still in good condition – free delivery)
·  rak sidai baju 3
·  and segala mak nenek yang lelain…
for the moment, isu babysitter dah selesai… adik bongsu yang sedang menunggu result spm tu dah rela jadi babysitter di sini since dia cuma jaga si bambam .. bukan free tau.. berbayar ye.. at least, dah tak risau nak tinggal bambam dengan strangers atau di nursery…  Cuma setiap malam aku kena siap masak lauk untuk hidangan pagi dan tengahari diorang..
rutin baru :
·   7am-7.45am – gi ofis (jarak dr umah 30km plus heavy traffic di area kajang to putrajaya).. lega coz ada designated parking… takyah jalan jauh dan free!!
·   5.15 pm - 6.30 pm – balik umah.. semenjak ada peti ais ni, takde la tetiap ari kena singgah kedai beli barang basah..
·   Pas tu main dgn bambam jap sebelum siapkan dinner/bfast/lunch..
·   Dinner, call mr.hubby dan kenit
·   Tgk tv sambil tidokan bambam
·   Basuh kain – basuh secara manual since takde mesin basuh.. lenguh gak le menyental kain baju sebakul..
·   Biasanya pukul 11.30pm, aku dah out for the night… zzzzzzzzzzzzz
anyway, nanti aku sambung lagi psl this new life… time to lunch plak…
 
 

Tuesday, 19 February 2013

troll...

di hari-hari terakhir di ofis ni, tetiba dapat email troll dari sorg staff.. kes tersilap hantar le ni.. tapi nasib baik aku officer yang cool (ye ke?).. kalo dapat dek big boss, memang sesia aje kena troll pepagi buta..






morale of the story - berhati-hati bila nak emel apa-apa kat orang ye...

Tuesday, 12 February 2013

fave pose 2 beradik..

fave pose 2 beradik... sape yang ngajar diorang buat mcm ni ntah le..










posting baru...

finally, dapat gak tau tempat posting baru..memang tepat jangkaan aku dan kekawan, penempatan di JPA Putrajaya... even sebelum dapat surat pun, fasi pun dah siap cakap muka aku ni muka duduk central agency.. adeiii..



so, bermula la fasa merangka perancangan untuk hidup berjauhan daripada mr.hubby... cari rumah n nursery untuk si kecik.. mr.hubby nak si abang tinggal dengan dia.. diorang mana leh duduk jauh2.. silap haribulan 2 beranak tu demam kalo kena duduk jauh2!!

walaupun rezeki bertambah, tapi nampak gayanya belanja pun makin bertambah since dah ada 2 rumah dan travelling balik ke penang/perlis setiap minggu.. takpe la, hopefully semua tu sementara je sebelum aku dapat balik ke utara ni... aminnnnnnnnnn

anyway, mak mentua buat suprise belanja aku dinner weekend lepas.. katanya treat sempena kenaikan pangkat aku... untung sungguh dapat mak mentua yang supportive macam ni...hehehe... and mr.hubby plak siap belikan hadiah lagi walaupun tau diri dia akan kena tinggal..



sabar menunggu steambot...


sengih aje dapat ais kiub segelas


Sunday, 3 February 2013

rezeki...



clock is ticking by... 7 februari 2013 pun just a few days away je... kenapa dengan tarikh ni??? surat di atas punya pasal le... pada tarikh tu, aku akan terima surat penempatan baru selaras dengan pemangkuan jawatan baru ni.. alhamdulillah rezeki anak-anak.. TAPI....yang TAK BESTnya,  disebabkan post untuk gred tu dah penuh di Penang, maka dengan berat hatinya, aku terpaksa membuka fikiran untuk kemungkinan ditukarkan ke negeri lain.. semua yang seangkatan dengan aku meneka kemungkinan besar akan ditempatkan di Putrajaya..

honestly, kalo aku ni masih bujang, hantar ke mana pun aku tak kisah.. tapi bila mengenangkan si mr.hubby dan anak-anak yang masih kecik ni, aku jadi berat hati.. maklum je la, mr.hubby keja swasta dan tak mungkin dapat ikut aku berpindah.. dan aku berat hati nak bawa anak-anak tinggal berasingan daripada bapak diorang.. esp si abang yang amat rapat dan manja dengan bapak.. untuk aku tolak promotion ni, memang tak digalakkan.. abis camner?? sekarang ni, aku tengah berusaha untuk cari post yang masih kosong di negeri-negeri utara semenanjung.. kalo dapat balik negeri sendiri pun dah kira nasib baik.. at least, dekat dengan famili walaupun kena tinggal berasingan dengan mr.hubby.. ada gak yang dapat diharapkan kalo ada emergency atau kena out-station.. untuk aku tinggal berasingan dengan 2 beradik tu - TAK MUNGKIN!!!