Sunday, 19 May 2013

resepi keowteow sup ikan bilis...

Aku memang cukup suka makan makanan yang berkuah.. esp sup.. tapi sebenarnya aku suka masak sendiri berbanding makan di kedai sebab dah memang confirm takkan ada ayam atau daging dalam sup tu.. kalo di kedai tu, walaupun dah dibagitau jangan masukkan ayam/daging, mesti diorang masukkan gak.. last2, aku tolak ke tepi je sebab dah tak lalu makan.. tu tak kira bab berminyak lagi.. rugi je duit...
Masa di ofis lama dulu, kalo lepas balik dari outstation yang jejauh tu, aku kurang selera skit makan nasi.. so, mesti aku akan masak keowteow sup atau laksa.. bila dah makan tu baru rasa fresh skit sebab dapat makan benda yang simple dan berkuah.. no fastfood or greasy food anymore (hehehe.. ni la akibatnya kalo time outstation dok  hentam mkn fast food je)..  and plus abah pun suka gak mkn benda2 berkuah ni.. so, memang tak rugi masak.. tapi dengan abah, aku kena siapkan fishball, fish cake dan tofu yang digoreng dan dihiris halus sebagai condiments.. tak termasuk sambal, daun sup, tauge dan cili padi… tapi bila aku masak untuk aku dan yun je di sini, aku abaikan je segala condiments di atas tu.. memang buat yang betul2 simple but tastes good.. hehehe.. dasar pemalas!!!
Anyway, kat sini aku share resepi keowteow sup ikan bilis tu.. boleh cuba.. mana tau kena dengan selera kan…
Resepi Keowteow sup ikan bilis
Bahan-bahan :
1 bungkus keowteow (mee/bihun pun ok gak)
4 ulas bawang merah – ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
2cm halia (lebih pun ok) – ditumbuk
Segenggam Ikan bilis – blender kering hingga hancur
Serbuk Lada hitam
Sedikit Kulit kayu manis dan bunga lawang
Garam
2 biji ubi kentang – dipotong kasar
1 batang carrot - dipotong kasar
1 biji tomato - dipotong kasar
fishball
Daun sup
Sedikit Minyak masak
Air (kuantiti yang diingini – lebih kurang 2 liter)
*aku juga masukkan sedikit sos ikan – bagi extra rasa… hehehe…
Cara-cara;
  • celur keowtoew dan toskan.
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
  • Masukkan lada hitam dan ikan bilis yang telah diblender. Kacau hingga sebati.
  • Masukkan air, fishball, ubi kentang, carrot dan tomato. Jangan lupa masukkan juga kulit kayu manis dan bunga lawang.
  • Masukkan sedikit garam dan perasa. Biarkan hingga mendidih  sebelum masukkan daun sup. Siap.
  • Sedap dimakan bersama keowteow ketika masih panas.. lagi sedap kalo ada sambal kicap.. hehehe..
 
 

Thursday, 16 May 2013

dusk...

Dusk atau senja adalah waktu kegemaran aku… dari zaman bebduak sampai sekarang… sampai pernah seorang kawan (dah arwah pun – al-fatihah) hairan kenapa aku suka sangat waktu senja ni… buka suka gedik2 hokey.. tapi suka tengok keindahan alam ciptaan Tuhan pada time gini.. katanya, orang yg suka senja ni adalah sebenarnya orang yang melankolik… mana dia dapat tafsiran tu pun aku tak tau sampai sekarang… tapi yang pastinya, kata2 dia tu aku ingat sampai sekarang.. 
 
Tapi memang ada masanya, melihat keindahan alam ketika matahari terbenam ni, hati aku mudah merasa sayu dan kerdil.. terasa diri kekurangan sesuatu…  lebih2 lagi bila berjauhan seperti sekarang ni…  mungkin ini cabaran hidup dan reminder untuk diri sendiri agar tidak membiarkan kekosongan diri terus kosong…
 



 
 
 
 

Tuesday, 14 May 2013

bila nak settle masalah preve ni?

Adeiii keta oooooiiii... bukan aku suka2 mengeluh atau merungut.. tapi bila dah 2 minggu menunggu spare part keta yang tak sampai-sampai lagi, aku rasa memang aku berhak untuk merungut.. dan ni bukan kali pertama aku experience benda ni.. baru empat bulan lepas aku mengamuk dengan orang proton kat service centre.. takkan nak ulang lagi sekali kot.. walaupun bukan service centre yang sama, tapi aku cukup tak suka nak buat ulang tayang kes tu lagi dah.. bila aku call nak tanya status spare part tu, mamat yang handle kes aku tu mesti takde kat ofis.. nak harap dia call, sampai skrg tak call balik pun.. memang cukup sakit hati bila jadi macam ni.. esp aku dah nak pindah balik ke penang.. takkan nak cancel order spare part tu dan buat order baru di penang plak..berjanggut lagi menunggu kalo gitu.. tahun ni saja, dah 3 ari cuti rehat aku habis disebabkan benda ni saja… buang masa aku je la macam ni..
 
Nasib baik kali ni aircond still sejuk wpun tak boleh control volume angin tu.. kalo panas macam dulu, memang confirm aku dah lama meletup dek terlampau geram!!!

Sunday, 12 May 2013

soto... bila terlebih rajin....

weekend ni boring skit sebab mr.hubby and si abang kenit tak datang melawat kami 2 beranak di sini... mr.hubby sibuk dengan keja yang bertimbun dan motivasi tgh tinggi skit selepas dibasuh dek bos dia last week.. hehehe... even anak dia pun dia hantar balik kampung jap untuk mudahkan dia bertapa di ofis weekend ni..
 
so, untuk menghilangkan boring, ari sabtu tu aku buat rajin masak soto... adik aku kata terlebih rajin le plak akak dia ni... hahaha... everything from scratch... begedil, kuah dan sambal kicap semua aku buat sendiri... cuma nasi soto je yang instant... sebenarnya, buat soto ni senang je tapi leceh skit... lain le kalo korang beli begedil yang frozen tu.. tu memang senang.. tapi aku tak suka beli yang frozen sebab payah nak dapat begedil yang takde isi ayam atau daging.. so, that's why aku prefer buat sendiri je...lagipun aku anggap kerja melecek ubi kentang untuk dibuat tu sebagai sesi melepas stress keja... alangkah bestnya kalo aku boleh tenyeh keja2 di ofis tu mcm mana aku tenyeh ubi kentang tu sampai jadi mash potato.. hahaha...
 
anyway, adik aku memula tu dia ragu2 gak nak makan soto.. sebab selalunya kalo masakan aku yg ada ayam ni, mmg bab rasa tu kurang skit... tapi bila dah makan soto tu, dia kata ok.. lebih kurang dengan soto derma's corner yang di perlis tu (sape yang duduk di perlis tu tau la mana nak cari tempat ni)... malamnya plak, langkah kanan untuk bai dan husband... diorang datang nak main dengan si bambam... katanya makin bambam lagi si bambam ni... ye ke? mau taknya kalo kuat makan... apa yang orang besar makan, semua dia nak makan...
 
 
 
 
sini aku share resepi soto versi aku...
 
Soto
Bahan-bahan Kuah Soto;
  • ayam - kuantiti ikut citarasa masing2
  • 2 Sup Bunjut ADABI
  • 2 kiub ayam
  • bawang merah, bawang putih, halia - ditumis
  • sedikit garam dan serbuk lada hitam 
  • air - ikut kuantiti kuah yang diingini (1 atau 2 liter)
  • Nasi impit - rebus je yg plastik
  • Untuk hiasan - suhun(digoreng) bawang goreng, daun bawang, daun sup
Bahan-bahan Sambal Kicap;
  • 20 batang cili padi 
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap manis
Cara-cara;
  • Buka sup bunjut dan kisar/tumbuk isinya. Utk memberikan lebih rasa. Kalau tak suka tak payah le bukak tp nanti rase cam kuah sup ayam je.
  • Tumis b.merah, b.putih, halia dan sup bunjut yang telah dikisar tadi sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan le air, ayam dan kiub ayam. Masukkan sedikit garam, serbuk lada hitam. Masak hingga mendidih dan ayam betul2 masak.
  • Kuah soto siap. 
  • Bagi yang nak isi ayam untuk dimakan bersama soto, rebus ayam sebelum digoreng dgn sedikit gaulan kunyit/garam. Selepas goreng, carikkan ayam. Ayam carik siap.
  • Untuk kicap pula, goreng semua cili dan bawang putih selama 8 hingga 10 minit (jangan sampai le hangit plak). Pastikan tutup belanga dengan penutup periuk semasa menggoreng kalo tak mau rasa mcm mana pedihnya kena cili yang meletup ketika digoreng. Selepas sejuk, kisar semua cili dan bawang putih yang digoreng tadi bersama kicap. Siap.

Begedil
Bahan-bahan Begedil;
  • 5 biji kentang (saiz sederhana besar)
  • daun sup dicincang halus
  • 5 sudu besar bawang goreng
  • satu sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji telur (di pukul)
Cara-cara;
  • kentang dipotong dan direbus hingga empuk.
  • setelah empuk, tumbuk atau lenyekkan kentang hingga hancur.
  • setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
  • gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
  • akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng. Siap.
tadaa..... siap sudah soto

 
     

Thursday, 9 May 2013

sayang nak makan ni...






 
 
 
cute tak??
 
kalo kenit dan bambam dapat makanan yang berhias mcm ni mesti diorang ternganga hairan.. hehehe

berbunga-bunga di petang hari....

Petang ni ati aku berbunga-bunga dek terlampau happy walaupun otak sakit membuat paperworks… namun bila dikenangkan tarikh yang makin dekat, maka semangat yg menghilang kembali menjelma… cewahhhh… puitis sungguh bahasa ek… kenapa aku happy giler petang ni??
 
 
 
 
 
 
Sebabnya.. permohonan pindah ke penang dah...
 
LULUS!!!!!
 
3 jun ni tarikh lapor diri di jabatan baru yg terchenta (org ofis lama jangan muntah ek)… hahaha.. tak kira la asalkan dapat balik penang !!!!

Tuesday, 7 May 2013

stress.....

Dah selamat (?) berlalu PRU-13… masa untuk aku menagih janji dari bahagian servis walaupun hakikatnya setiap minggu aku follow-up dengan officer berkenaan tentang status perpindahan aku ke pulau pinang… ye la, post di sana dah ada cuma menunggu pelepasan ofis sini je… dan deal aku dengan hq dan ofis di penang ialah penempatan akan dibuat selepas selesai PRU-13.. so, time to speed things up esp aku dah takde semangat nak bekerja di sini.. my passion is not doing things that I have to do right now..  my passion was my old job – physical and social development… tak membosankan dan memberi peluang untuk aku mengenali /mengamati kehidupan orang lain.. dan lebih mencabar daripada kerja sekarang yang hanya melibatkan nombor dan data…
 
Macam yang fasi cakap dulu semasa sesi on-boarding, key word untuk membuatkan kita perform dalam melaksanakan tugas ialah PASSION… bila kita tidak menyukai kerja yang dilakukan, sukar untuk kita melaksanakan tugas tersebut dan perlu mempunyai semangat yang kuat untuk terus bekerja.. namun sayangnya, aku dah takde semangat kerja di sini… emotionally semakin down apabila dah makin lama berjauhan dengan keluarga.. esp si aqif… memang setiap malam aku bercakap dengan dia melalui telefon, tetapi tak sama dengan melihat dia yang semakin membesar.. dah makin pandai cakap dan makin pandai bertanya mana mak dan adik dia menghilang…
 
Hopefully, proses perpindahan aku akan dapat diselesaikan secepat mungkin… I need to go home.. my real home.. with all my family of kenits…