Monday 6 August 2012

Malaysian drivers that i hate....

Bila baca newspaper setiap hari, ruang views yang memaparkan komen dan pandangan pembaca adalah ruang yang wajib aku baca.. saja nak tau pandangan orang tentang isu-isu semasa di Malaysia... Bebaru ni, aku terbaca satu komen drpd sorg ekspatriat yang baru menetap di Malaysia... dia labelkan pemandu Malaysia sebagai rude atau yang lebih tepat lagi - kurang ajar!!! walaupun aku ni rakyat Malaysia sejati, tapi bab ni mmg aku terpaksa setuju dengan pandangan dia ni.. kalo tak percaya, cuba perhati karenah dirvers di malaysia ni.. walaupun tak semua yang kurang ajar, tapi disebabkan golongan yang sedikit ni la yang membahayakan nyawa orang lain dan menyakitkan mata org yang melihatnya...

Antara perangai driver Malaysia yang aku cukup bengang sekali:

  1. Buang sampah dari tingkap kereta – kalo setakat tisu sehelai, maybe boleh dimaafkan.. tapi bila plastik besar tu pun korang buang dari keta yg sedang bergerak di atas jalan... tu mmg kurang ajar sesgt la kan..
  2. meludah ke luar tingkap kereta – pengotor!!!! aku yang selalu ternampak kejadian ni mmg rasa mcm nak terkeluar isi perut tau!!
  3. driving sambil berdating dengan awek dlm keta – slow yang amat !!! kalo nak sgt bersembang lelama, better singgah restoran la.. leh gak minum sambil bersembang.. x le haus tekak tu kan??
  4. driving mcm org gila – cilok masuk ikut sesuka ati dia ja, org lain yg tgk plak rasa mcm nak sakit jantung je!!! aku pernah naik keta dgn sepupu dan ex-staf yang suka drive mcm tu.. huh...mmg rasa mcm nak tercabut jantung!!!
  5. suka ikut blkg ambulans – masa tgh2 jam, tetiba ambulans nak lalu.. so, kita ni bg la la laluan wpun tpaksa menyempit dgn keta lain.. tp tetiba lak ada keta lain yang selamba ja ikut blkg ambulans dan bila kita nak blk ke lane asal kita, drivers yang cerdik ni siap hon suruh bg laluan.. kalo x hon pun, dia akan stay di tgh2 lane.. x psl2 3 lane jadi 4 lane!!! hangin dibuatnya!!
  6. suka tekan hon keta – aku cukup bengang dgn org yang skit2 suka tekan hon keta dia.. dah tgk traffic light tu kuning/merah, xyah la nak hon keta suruh keta depan langgar lampu!!! bila lampu hijau pun nak hon gak, suruh g cepat la tu.. pdhal keta depan ni thalang dengan motor yang ada kat kiri kanan keta dia...
  7. tak bagi signal bila nak membelok – spesies ni cukup menyusahkan org!! kalo jalan x sibuk/xde keta xpe la nak buat mcm tu.. tp bila dah time banyak keta tu, plz consider keselamatan bersama la ye...
  8. salah bagi signal – nak belok ke kiri tapi bagi signal gi ke kanan.. x ke bahaya tu??!! jgn buat ajaran sesat mcm sorg kwn aku yg salah faham ttg bila nak bg signal... dia ingat signal tu utk suruh kenderaan di blkg g ikut signal.. maksudnya kalo dia bagi signal kanan, dia nak suruh keta di blkg g belah kanan.. bukan nak bgtau dia nak belok belah kanan... nasib baik umur dia panjang lagi.. adeiiii
  9. pasang hazard light masa hujan – ni kes salah faham kegunaan hazard light le ni... org pasang lampu ni bila kecemasan dan keta tak bergerak... ni pantang hujan lebat, mesti nak buka hazard light!!!
  10. memotong di double line / selekoh tajam – diorg ni tak pernah terpikir ke ngape jalan tu ada double line??? faham tak maksud double line tu?? tak jadi apa2, xpe la... kot ter accident nanti, nyawa org lain turut mlayang sama..
  11. suka tekan break – ni mostly driver keta jenis automatik... sikit2 nak tekan break... aku yang ikut kot blkg pun sampai sakit mata tgk lampu break... padahal dia just nak jarakkan keta dia dgn dgn keta dpn ja.. lain kali sila control pedal minyak keta dah le.. lain la kalo keta tu dah dkt sangat dgn keta dpn, baru la tekan break.. huhuhu
  12. parking keta bhampiran simpang jalan – dah la jalan tu sibuk dgn keta yang keluar masuk simpang, ada plak spesies yang menambahkan kesibukan dgn parking keta dia kat tepi jalan.. dari 2 lane jadi 1 lane... keta yg tak nak membelok masuk simpang pun terpaksa beratur dengan keta yang nak masuk simpang coz dah tak lepas nak lalu simpang yg lagi satu gara2 ada spesies yang inconsiderate mcm ni..
sekian saja bebelan kali ni psl driving habit pemandu malaysia... jgn la aku termasuk dlm golongan yang mcm ni... aminnnnnn...

No comments:

Post a Comment