Thursday 29 August 2013

rempah segera..

Sekarang ni musim makan… ada je jamuan hari raya.. kejap orang ni panggil, kejap kawan yg sorang tu plak jemput.. sampaikan kalo bulan puasa ari tu boleh turun 2kg, tapi lepas raya naik berganda-ganda!!!! Dan mula la penyakit M datang melanda… perut sendiri kenyang tapi tetap kena masak untuk family kan… rasa mcm berat je tangan ni nak pegang periuk belanga tapi disebabkan kesian kat si bapak dan 2 beradik tu, maka masuk gak le ke dapur.. hehehe.. tapi time mcm ni, aku banyak guna rempah instant je.. instant tapi sedap!!! Cuma kat 2 beradik tu je yang aku kena something yang tak pedas…



Rempah ni ada 3 jenis je… rempah untuk pad ped, keng som dan keng kiao… tengok nama pun dah tau semuanya rempah untuk masakan Thai kan? Rempah pad ped ni sesuai untuk masakan seafood, ayam atau daging.. keng som plak memang sesuai untuk ikan je la dan keng kiao plak sesuai untuk masakan yang menggunakan ayam je.. satu pek ni boleh guna at least 3 kali  sebab rempahnya pedas dan memang 2 sudu besar rempah ni pun dah cukup power bila digunakan dalam masakan!!! Dan bila ditambah dengan condiments lain, memang dah cukup untuk 4 orang makan sekali masak.. first time masak guna rempah ni, memang aku tak reti nak agak sangat… so, aku masuk je 1 pek terus..  bila dah siap masak, amik ko.. penuh 1 belanga dan kepedasan plak tahap maksima sampai husband cakap dia rasa mcm rambut dia dah tercacak sebab pedas!!! tapi nasib baik dalam pedas masih sedap… hehehe..
Lupa nak bagitau yang rempah ni tak dijual di hypermarket (setakat ini).. Cuma boleh dapat di padang besar je… harga cukup murah dan berbaloi-baloi bagi orang yang pemalas mcm aku.. hehehe..
 
 

Monday 19 August 2013

family day...

Selepas puas bercuti hari raya ari tu, aku sekeluarga gi membawa diri ke ipoh plak… bunyi mcm sedih je tapi sebenarnya best!!! Best sebab tujuan ke sana adalah untuk join family day ofis di Lost World of Tambun… asal 2 hari 1 mlm je stay di sana tp aku n husband extend lagi 1 mlm… kononnya saja nak puas main air dlm theme park dengan 2 beradik tu… hehehe…  tp penyudahnya, main air sejam dua je.. lepas tu berjalan keliling theme park je yang lebih..  dah abis keliling dengan kaki, naik plak train round theme park sekali lagi…
 
hobi atas keta - membaca / tengok gambar....

view from hotel room




 disebabkan anak takut, mak yg kena bagi rusa OKU makan.. rusa ni terpaksa dipotong kaki depan (kanan) akibat terkena jerat semasa di hutan
 
 
 
Di Lost World of Tambun ni, ofis aku amik pakej hotel sekali dengan tiket masuk ke hot spring and theme park.. memang puas le.. aku dan family bertolak dari penang pada pagi jumaat.. selepas check-in, kitorg terus je rehat dalam bilik.. tapi sebenarnya tak boleh nak rehat pun… penat lagi ada la!!! Apa taknya si kenit 2 orang tu buat operasi memunggah bilik hotel.. habis semua diorg nak check.. tv, remote tv, kettle, paip air n lampu semua jadi mangsa… jenuh le mak bapak mengawal 2 beradik yang x reti duduk diam ni… malam tu, kami terus gi dinner yang dianjurkan oleh ofis di dalam kawasan theme park tu.. sekali lagi penat bila si abang cuba tuang susu dalam kiddie swimming pool…  dan bila tengok orang lain duduk berendam dalam hot spring tu, dia pun tumpang nak berendam sekali.. tapi baru letak je kaki dalam air, terus tak jadi – takut dengan air panas… selamat jap aku and husband dari berendam malam tu sebab kolam hot spring ni sesuai untuk adult je.. kawasan khas untuk bebudak agak limited dan malam minggu memang agak crowded… tak kira la kolam untuk adult atau bebudak.. tu yang tak berapa best nak berendam.. hehehe..
Esoknya, ada sukaneka anjuran ofis.. then aktiviti bebas.. selepas si abang tak nak main air dah, kami cadangnya nak balik bilik hotel je terus.. tapi teringat ada Petting Zoo di dalam theme park tu.. terus aku ajak diorang gi sana.. Nampak sangat kan si mak yang over excited.. hehehe… mini zoo no quite ok la… even husband aku pun excited tengok semua binatang yang ada di situ.. terpegun jap tengok ular tedung selar yang memang besar and panjang giler… dan menambahkan cemas bila ular tu cuba keluar dari sangkar… tak terbayang mcm mana kitorg nak lari kalo tetiba ular tu terlepas (imaginasi lebih)… lepas abis round petting zoo, kami terus gi swan lake… memang cantik view di sini walaupun angsa tu takde la banyak mana pun.. disebabkan 2 beradik ni masih kecik, maka terpaksa la lupakan niat nak berkayuh di tasik tu.. jeles bila tengok ada yang berkayuh sambil angsa ikut berenang di belakang cycle tu… then sambung gi tengok harimau, kuda padi dan beberapa jenis kucing liar… time ni, 2 beradik tu memang excited.. vene si kecik tu pun usaha nak memanjat tengok.. last, kami naik train plak round theme park tu sekali lagi… pukul 4 baru keluar dari theme park tu pun sebab si husband dah sakit bahu kena galas bakul susu dan beg baju.. hehehe.. lepas rehat jap di bilik, kami gi plak melawat sepupu aku yang memang menetap di ipoh ni sebelum pergi ke Greentown… cadangnya nak beli bulu di Novelhut – kedai buku secondhand yang aku selalu gi masa belajar di ipoh dulu.. tapi baru masuk kejap je dalam kedai, kena keluar balik sebab 2 beradik cuba nak decorate balik kedai tu.. last, si bapak bawa 2 beradik tu main kat tgh dataran MBI dan aku plak pi menapau dinner kat stall yang berlambak di stu.. maka, berpiknik la kitorg dalam bilik hotel mlm tu..
Esoknya lepas check-out, aku bawa family aku gi ke tempat aku berpiknik dengan parents aku dulu (dan berdating) … kawasan perkelahan ulu chepor ni tak jauh je dari ipoh.. on the way gi chemor.. lokasinya dalam kawasan kampung.. memang best suasana dalam kampung ni, sejuk aje sebab ada anak sungai yang megalir di keeling kampung dan surrounded by dusun/pokok buah-buahan… sampai husband dok cuba imagined sambut raya di kawasan kampung mcm tu.. bayaran masuk – keta RM2 dan sewa pondok RM4.. puas ati gak le sebab memang JKKK kampung sentiasa maintain kebersihan kawasan.. Cuma bab tandas dan tempat persalinan baju yang aku agak was-was.. hehehe… 2 beradik tu memang terpegun tengok air yang banyak dan lastly, terjun gak masuk dalam air walaupun aku tak cadang nak bagi diorang mandi di situ (air sejuk!!!!)… lepas puas main, baru kami bertolak balik ke penang… sempat gak le 2 beradik tu tertido dalam keta.. dan akibat main air selama 2 hari berturut-turut, si abang dah start demam dan selsema.. si adik plak maintain je… husband cadang untuk pergi lagi ke ulu chepor lepas ni.. yeayyyyy!!!
 
 

jahanam patung adik otw balik ke penang...