Monday 29 July 2013

Kisah rumah di bulan puasa...

Ermmm.. lama aku tak update pasal kes umah aku ni… bukan dah settle..  masih ada lagi cuma aku dah malas nak amik peduli… asalkan dia tak kacau yang extreme, aku buat derk je la… Cuma yang aku terpanggil nak share kes umah ari ni disebabkan aku musykil pasal gangguan di bulan puasa ni.. maklum je la, orang tua kata bulan puasa ni hantu setan kena ikat.. takde dah nak ganggu anak adam kan? Tapi kat umah ni, gangguan tetap ada.. malah makin menjadi-jadi plak.. dan bila dikenangkan balik, first aku sedar umah aku ni ‘something’ ialah pada bulan puasa tahun lepas iaitu kes ada suara tetiba memanggil nama adik di tengah-tengah malam.. dan bulan puasa tahun ni pun bunyi pelik tetap ada...

Walaupun dah hampir peghujung ramadhan, bunyi guli dan menumbuk lesung batu siang malam tu dah sesuatu yang normal… kalo time aku memasak makanan berbuka puasa (time ni husband dan anak-anak takde kat rumah lagi), memang ada je bunyi guli yang mengikut aku… siap bunyi kat tepi aku lagi.. kalo time bebudak 2 orang tu ada, si abang dah confirm akan terus tutup telinga dan si adik plak terpinga-pinga mencari mana datangnya bunyi tu.. yang bestnya, husband aku memang tak dengar bunyi tu… dan semalam, pukul 4 pagi, dia menumbuk sakan kat atas umah… sampai si abang terjaga dan terus tutup telinga dan si adik berpeluk kat kaki aku je.. geram gak aku time tu coz aku usaha bangun awal nak siapkan juadah sahur kat dapur dan aku tak nak le anak2 aku bangun tido dan kacau aku masak… tapi bunyi bising tu lak mengacau samapi bebudak tu terbangun!!  biasanya, kalo diorg bangun pun, husband aku tlg jaga tp semlm dia kena stayback di ofis.. nak dekat pukul 5am baru balik umah.. last2, time sahur mkn cornflakes dan roti je…

Monday 22 July 2013

bulan puasa 2013...

Lama tak update citer kat blog yang tak seberapa ni.. sampai tak tau nak story yang mana dulu.. hahaha… walaupun sekarang ni bulan puasa, tak bermakna ofis tak buat sebarang aktiviti.. Ofis sini memang aktif… meeting pagi petang, dan tak lupa majlis berbuka puasa… sampai husband kata, majlis berbuka puasa yang lepas ni, aku gi sorang-sorang je la.. dia tak nak join dah.. sebabnya tak larat nak control 2 org kenit yang tak reti duduk diam.. sampai nak naik atas meja makan -  ingat stage gamaknya… hadeiiii...
 
Anyway, sepanjang bulan puasa ni, pegawai dibenarkan balik 4.30 petang… rahmat bulan puasa!!! Walaupun awal setengah jam je, tapi banyak membantu dalam memastikan aku dan staf yang duduk di seberang ni samapi awal di rumah.. kalo tak, azab gak le nak ngadap jam kat atas jambatan tu… sekarang ni, paling lewat pun, pukul 6.15 dah boleh sampai umah.. disebabkan ada masa untuk memasak makanan yang simple2, maka bulan puasa tahun ni, aku tak bercadang nak meneruskan tradisi tahun-tahun sebelum ni – menapau makanan di pasar ramadhan.. aktiviti tu cuma reserve untuk time balik lambat atau ketandusan idea nak memasak… adik aku kata sebab nak jimat duit… tu pun betul gak.. tapi yang penting, apa yang aku masak lebih kena dengan selera aku.. plus takde la letih nak berkejar ke sana sini.. maklum je la, nak cari parking kat pasar ramadhan tu pun mcm hape je kan.. tu tak kira berasak-asak dengan orang lagi.. boleh pening dibuatnya!!! 
 
Tapi untuk memasak dengan time yang limited ni, aku kena pakai strategi skit.. kalo lauk-pauk yang remeh skit, aku akan sediakan bahan2nya time sahur atau sebelum tido.. balik terus masak  je… unless kalo time tengah sediakan bahan tu, mr.hubby minta terus masak sebab dia nak makan time sahur.. aku rasa jiran-jiran aku pun dah lali terbau gulai, asam pedas dan kuah soto tengah2 malam.. atau bunyi blender pukul 4 pagi.. hehehe…
 
Petang ni, aku tak tau nak masak apa lagi… kalo meeting petang ni abis lambat, maybe aku buat sphagetti je dulu.. tengok le keadaan mcm mana nanti..
 
 popia sausage n cheese...


gulai udang, ikan kerapu steam, sayur n
sambal belacan...