Tuesday 25 December 2012

jalan-jalan cari lok ching...

Isnin yang lepas, aku amik cuti lagi... pengasuh 2 beradik ni bercuti dan berkenduri di kampung dia... dan takkan aku nak bawa bebudak ni gi ofis lagi kan?? letih nak main kejar-kejar dalam ofis dan tengok bilik aku berselerak lagi... jadinya mr.hubby suruh aku stay kat kampung je sementara dia balik ke penang.. dia memang tak dapat nak bercuti sekali since deadline tengah berlambak sampai kena tido kat ofis.. dan takde la dia nak risau tinggalkan aku dan bebudak ni kat umah malam-malam..

so, petang isnin tu, mak aku ajak gi mencari belacan di kuala perlis.. punya la dia nak beli kat satu tempat tu je sampai adik aku aka driver keta start mengomel... ye la, nak gi beli kat tempat tu tapi dia dah lupa tempat tu kat mana since dah lama sangat tak pi... nak harap kat aku dan adik – mana le kitorang tau tempat mana dia nak gi.. yang si driver tu pun satu hal gak.. maklum aje la orang tu jarang masuk dapur, bab memilih bahan masak memang tak berapa nak pandai sangat.. esp bab belacan ni.. last-last, mak beli je belacan kat tempat yang aku selalu beli... bagi aku ok je belacan dia tu.. lepas sesi memborong belacan (stok berapa bulan pun aku tak tau ni), kami gi membeli lok ching lak.. untuk sape yang tak tau amenda nya benda ni, ni la makanan yang berlambak di tepi jalan kat kuala perlis tu.. time petang je, berasap le kat tepi-tepi jalan tu angkara orang membakar lok ching.. ramai orang melepak amik angin petang sambil makan-makan... kalo dulu hanya ada gerai, sekarang dah advanced skit coz meja makan turut disediakan dan menu makanan dah pun bertambah.. bukan setakat lok ching, ada gak laksa, som tam dan makanan goreng-goreng..





lok ching ni ada macam-macam jenis.. sosej daging, sosej ayam, isi ikan, seafood, etc.. yang best sebab sosej lok ching ni besar gedabak.. makan 1 pun dah boleh kenyang (bagi yang perut kecik le.. aku sorang pun sekali beli mesti lebih dari 5 batang..).. sebatang RM1.50.. sedap makan panas-panas dan cicah dengan sos pedas siam tu.. tambah plak pekena jangung bakar..memang heaven!!! tapi masa aku memula tengok orang bakar jagung tu, aku rasa pelik gak le.. first time tengok jagung bakar disapu mayonis.. kalo madu tu biasa le.. tapi bila dah makan, memang sedap...



walaupun banyak gerai yang menjual benda yang sama kat situ, aku cuma prefer gi satu gerai ni je.. sebabnya, pilihan banyak dan cepat berbanding gerai lain walaupun dia la antara yang paling ramai pelanggan.. paling lewat pun, dalam setengah jam dah leh dapat lok ching yang dah siap dibakar.. ada satu gerai tu, dah la pengotor (geli isi perut tengok cara dia membasuh bekas minuman), lambat plak bakar walaupun pelanggan cuma 2 orang je... si tukang bakar siap boleh minum-minum sambil bersembang dengan kawan dia walhal si pelanggan dah tercangak menunggu dia untuk bakar lok ching tu.. memang customer service out!!!

selalu aku gi dengan mr.hubby... kalo sempat, setiap kali balik kampung, mesti dia ajak aku gi kuala perlis untuk beli lok ching.. sekali beli mesti abis at least RM20.. kenduri kat umah aje walaupun kat gerai menjual lok ching tu ada disediakan meja makan... tak kuasa nak makan kat luar dengan bebudak kenit 2 orang ni.. esp si abang yang sememangnya tak reti duduk diam.. so far, kelas table etiquette for si abang still tak berjaya lagi... takde kesan lagi.. hmmm... kena tunggu lagi setahun dua lagi la untuk aku dan mr.hubby nak makan kat luar..

Thursday 20 December 2012

resepi potato salad

ari ni ada majlis potluck di ofis.. sebagaimana biasa, time potluck ni memang aku akan bawa pasta aje.. sampai ada yang dah tau perangai aku.. hehehe.. tapi kali ni, aku tambah sejenis lagi - potato salad.. bukannya apa, senang nak buat dan cepat.. dengan 2 orang kenit yang sentiasa cari peluang nak 'tolong' aku buat kerja umah tu, memang aku tak kuasa nak masak benda yang remeh dan time consuming dalam kuantiti yang banyak.. so, pasta are simple and easy too cook.. and fast!! tu yang penting ok...

anyway, tadi ada yang minta aku upload resepi potato salad tu... easy aje weh resepinya...

Resepi potato salad :

ubi kentang (kuantiti - ikut suka ati) -
mayonis - sesuaikan dengan kuantiti ubi kentang yang telah dipotong dadu
sedikit lada hitam
sedikit garam
sedikit cuka

Cara penyediaan :
  1. ubi kentang dipotong dadu (kasar) dan direbus sehingga empuk.
  2. bahan-bahan lain tersebut digaulkan bersama.
  3. apabila ubi kentang yang siap direbus telah sejuk, gaulkan bahan lain tadi
  4. simpan dalam peti sejuk (at least 1 hour).. sedap dimakan ketika sejuk..



funny doomsday prediction's jokes...




gelagat tunggu hari kiamat..



Lawak plak bila baca 'news' ni.... parti meraikan hari kiamat?? gila ke apa diorang ni?? ingat kiamat tu macam new year kot... siap leh parti2... pas tu ada plak yang siap buat kubu dan lengkap dengan stok makanan untuk bertahan menghadapi kiamat.. anak-anak diajar guna senjata untuk memudahkan berburu semasa 'zaman kiamat'.. ada yang belajar skill survival untuk memudahkan dia survive kiamat.. kepercayaan yang sungguh ntah apa-apa... bila kiamat sebenar tiba, semua tu hanya sia-sia saja..








PENJELASAN MENGENAI TARIKH 21 DISEMBER 2012

Akhir-akhir ini masyarakat dunia heboh memperkatakan tentang tarikh berlakunya hari kiamat. Di ruang internet, malahan televisyen, sibuk memperkatakan bahawa kiamat akan berlaku pada hari ini iaitu Jumaat bertarikh 21.12.2012. Maka khutbah pada hari ini akan mengulas berkaitan dengan hal ini.

Tarikh 21.12.2012 disebut-sebut, akan menjadi tarikh yang menakutkan kerana pada tarikh inilah, kiamat akan berlaku. Tarikh ini pada asalnya disandarkan pada satu kalendar masyarakat Mayan yang hidup satu ketika dulu di selatan Mexico. Mereka dikatakan menguasai ilmu falak sehingga telah meninggalkan banyak hasil peradaban mereka terutamanya sistem kalendar yang digunakan. Menurut mereka yang mendakwa telah mengkaji kalendar Mayan ini, kalendar ini ia akan tamat pada tahun 2012. Tarikh 21.12.2012 pula ditetapkan sebagai permulaan berlakunya satu perubahan besar pada alam ini dan ia ditafsirkan sebagai kemusnahan alam ini atau berlakunya kiamat.

Cerita ini kemudian ditokok tambah dengan kononnya NASA iaitu sebuah agensi angkasa di Amerika Syarikat telah menyatakan bahawa kemunculan sebuah planet bernama NiBiru yang akan menghentam bumi pada hari ini. Dengan saiznya 20 kali ganda dari planet Musytari ia sebuah planet yang sangat besar. Pada mulanya planet ini dijangkakan akan menghentam bumi pada Mei 2003, tetapi setelah tiada apa pun yang berlaku, tarikh itu dijangkakan pula akan berlaku pada hari ini 21 Disember 2012.

Begitu juga dengan sebuah lagi berita yang dikaitkan juga dengan NASA, bahawa bumi ini akan bergelap selama 3 hari, bermula 23, 24 dan 25 Disember 2012. Ini disebabkan berlakunya “Penjajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan berubah kedudukannya berbanding sekarang. Seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru. Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.

Sebagai seorang mukmin, kita telah diajarkan untuk menapis dan mempertimbangkan segala maklumat yang diperolehi agar kesahihannya dapat disabitkan.

Dakwaan pertama yang mengaitkan tarikh kiamat dengan kalendar Mayan sebenarnya timbul dari penafsiran semata-mata. Ini kerana di dalam kalender tersebut tidak menyebutkan pun bahawa dunia ini akan kiamat pada tahun 2012. Catatan di kalendar hanya menyatakan tahun 2012 diletakkan sebagai tahun terakhir dalam pusingan kalender tersebut. Ini bermakna bagi tahun 2013 ia perlu dimulakan semula pada permulaan kalender seperti mana kalendar-kalendar lain.

Dakwaan kedua yang menyatakan bahawa planet Nibiru akan melanggar bumi juga merupakan satu dakwaan yang tidak mempunyai sebarang asas. Jika fakta ini telah disandarkan kepada NASA, pihak NASA telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tersebut. Tambahan pula dengan saiz Nibiru yang sangat besar iaitu 20 kali ganda saiz Musytari, tidak munasabah sekiranya semua balai balai cerap dan ratusan ribu ahli falak di seluruh dunia tidak dapat mengesan planet ini dengan teleskop mereka. Apatah lagi dengan langit yang terbuka luas untuk sesiapa saja meneropong dan mengkajinya.

Dakwaan ketiga ialah berkaitan dengan bumi akan bergelap selama 3 hari, dan berita ini juga disandarkan kepada NASA. Pihak NASA sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan bahawa NASA atau mana-mana organisasi astronomi tidak pernah mengeluarkan kenyataan ini. Penjajaran planet-planet yang dikatakan akan berlaku juga hanya merupakan khabar angin. Berdasarkan kajian ahli-ahli falak, penjajaran ini tidak berlaku. Apa yang akan berlaku pada 21 Disember ialah matahari akan berada di sebelah selatan pada garis lintang 21 darjah yang menandakan peralihan musim luruh ke musim sejuk, dan ia adalah satu fenomena biasa yang berlaku pada setiap tahun.

Berdasarkan beberapa hujah di atas maka dapat kita simpulkan bahawa, berita peristiwa kiamat yang didakwa akan berlaku pada hari ini, Jumaat 21.12.2012 adalah tidak berasas.

Menjadi salah satu dari rukun iman, untuk setiap dari orang Islam mempercayai akan berlakunya hari kiamat. Menolak berlakunya hari kiamat akan menyebabkan gelincir iman seseorang tersebut. Namun bilakah akan berlakunya hari kiamat.

 Firman Allah SWT dalam surah al-A’raf : 187 :
Bermaksud :
“ Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun Yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan dia. (huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk Yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah Engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui".

Ibn Kathir ketika menghuraikan ayat di atas menyatakan bahawa Allah SWT mengarahkan Nabi SAW menjawap persoalan bilakah berlakunya kiamat itu dengan menyatakan pengetahuan bilakah kiamat itu hanyalah semata-mata berada di dalam pengetahuan Allah SWT.

Begitu juga berdasarkan hadis dari Umar Ibn Khattab r.a, menyatakan ketika Jibril menemui Baginda SAW dan bertanyakan tentang hari kiamat, dengan katanya :

Bermaksud : “Khabarkan kepadaku tentang harikiamat? Baginda SAW menjawab : “ Tidaklah yang ditanya itu lebih mengetahui dari yang bertanya.” ( Riwayat Muslim: Hadis no 12)

Dr. Said Ramadhan al-Buti menyatakan bahawa :
Berhatilah-hatilah jika anda mendengar sesiapa yang menetapkan tarikh dan masa datangnya kiamat. Ketahuilah bahawa dia sesungguhnya telah dikongkong oleh kejahilan yang teramat sangat dalam agama.”

Antara pengajaran yang dapat diambil dari artikel ini:

  • Selepas ini, pasti akan ada lagi ramalan-ramalan berkaitan tarikh kiamat yang akan tersebar. Namun mempercayainya dan menyebarkannya tanpa kita cermati dan tapisi, akan memberikan kita saham dalam menyebarkan khabar angin. Kiamat yang menjadi rukun Iman kita berdasarkan nas-nas yang jelas, akan bercampur aduk dengan berita-berita yang tidak berasas seperti ini.
  • Berdasarkan sumber al-Quran, Sunnah dan kesepakatan para ulama, kiamat akan berlaku setelah berlakunya beberapa alamat kecil dan besar. Khatib ingin menyeru semua jamaah di sini, marilah kita mempelajari, membaca dan menghayati alamat-alamat yang telah diberitahu dengan jelas dengan sumber yang paling boleh dipercayai dari Allah dan RasulNya dengan penjelasan oleh para ulama. Berpegang teguhlah kepadanya berbanding cerita-cerita mitos dan tahyul yang disebarkan.
  • Ketika mana kita sibuk berdebat mengenai tarikh kiamat, adakah kita pernah bertanyakan diri kita, apa yang telah aku sediakan untuk menghadapi hari kiamat? Di samping kiamat besar yang pasti akan berlaku, janganlah lupa bahawa kiamat kecil, iaitu kematian juga sedang rapat mengekori kita

Sumber dari :
Ustaz Mohd Faizal Jani,
Pegawai Falak, Jabatan Mufti Perak
http://zarqali.blogspot.com/2012/12/khutbah-adakah-kiamat-akan-berlaku-pada.html#more

Sunday 16 December 2012

penangan 'tibi katun'...

Weekend yang lepas, kami tak balik kampung since mr.hubby sibuk dengan keja dia... pepagi pegi ofis dan balik malam... malam pun, dia bawa balik keja buat kat umah.. dan maknanya, hanya aku sorang je yang dok umah dengan bebudak 2 orang tu.. cuma pada ari ahad tu tok wan dan makcik-makcik bebudak tu datang dari kampung untuk main dengan 2 beradik kenit ni... trust me when I said that weekend ni la yang paling boring... boring sebab aku takleh tengok citer yang aku minat.. si abang conquer tv, dia nak tengok 'tibi katun' dia... untuk makluman, aku subscribe Baby Tv kat umah ni.. dulu dia tak heran pun dengan channel ni... tapi sekarang, yang tu je yang dia nak tengok... aku baru pegang remote nak tukar channel lain, tapi dia dah siap jerit 'nak tibi katun' atau 'amau (tak mau)'... tapi yang bestnya, kalo dia nakal sangat, aku ugut nak tukar channel lain dan time tu gak dia akan gi duduk diam depan tv... tapi jap je la before dia sambung balik aktiviti dia yang lain tu.. huhuhu... si adik pun dah pandai tengok tv... kekadang sampai ternganga / terlentok kepala tengok katun tu.. kalo ada scene menyanyi, siap leh sengih lagi sambil tengok tv...

apapun, mak diorang gak yang bengong kepala otak melayan katun bebudak umo bawah 3 tahun ni sepanjang 2 ari yang lepas... kalo kartun disney takpe gak le... hehehe...





2 beradik gi ofis...

Jumaat lepas, babysitter tetiba lesap dari rumah... time nak antar 2 beradik gi umah dia pagi tu, aku tengok pintu semua berkunci dan 2-2 keta pun takde... sudah!!! dah le aku ada meeting pagi tu dan mr.hubby pun ada site visit plus tengah mengejar deadline keja dia... macam mana nak buat ni? Termenung jap aku pagi tu memikirkan mcm mana nak handle benda ni... time ni la wish dok dekat dengan famili... time emergency camni ada gak yang boleh tolong mengasuh 2 beradik ni jap.. tapi dah namanya perantau, nak tak nak semua sendiri tanggung la kan?

kalo mcm kejadian babystter lesap pada awal tahun ni, memang mr.hubby yang bawa si abang gi lepak di ofis dia... tapi kali ni aku tak berapa nak setuju dia bawa abang ke site office atau bagi bebudak office dia mengasuh si abang sementara dia gi site visit.. al-maklum la si abang tu memang lasak orangnya.. takut diorang tak larat je nak melayan karenah budak kenit tu yang memang sawan bila tengok komputer, printer dan kertas... aku dah memang tau sangat keadaan office mr.hubby yang sentiasa berselerak dengan pelan.. tak pasal-pasal jap gi ada pelan yang dia koyak plak...si adik plak, aku tak risau sangat nak bawa gi office sebab dia still boleh dikawal dan dia pun macam relaks je bila datang office aku... tau kot tempat ni bukan tempat buat bising atau meragam... hehehe... anyway, lepas pikir punya pikir, aku decide bawa 2 beradik gi ofis aku je... kelam kabut prepare bebudak tu mandi dan bersiap.. pakai grab je benda masuk dalam beg pampers diorang tu.. sampai di ofis pun dah memang terlewat pagi tu dan terpaksa minta staf tolong tengokkan diorang jap sementara aku masuk meeting (masuk 30 minit lewat!!)..

lepas selesai meeting, elok je si abang nampak muka aku.. baru dia buat perangai sebenar dia.. kalo masa staf tolong jaga, sopan aje perangainya... tapi dengan mak.... hmmmm... enough said that bilik aku mcm dilanggar garuda.. semak... abis kabinet bawah dibuka... dia cari tempat lepak dia gamaknya... ofis pun dah jadi tempat dia training lari... tapi yang lawaknya, setiap kali aku marah dia, dia mesti jerit panggil bapak... lepas tu tarik tangan aku gi cari bapak dia... nak ngadu le tu... si adik macam biasa, cool aje... tak kisah pun sape yang dukung... sambil dukung pun bole tido... sekali aje meragam tu pun sebab lapar... nasib baik kedai bawah tu ada jual bubur nasi... pendek cerita, apart from the meeting, memang tak jadi keja langsung ari tu... asyik mengejar si abang je... huhuhu... dan bila balik rumah petang tu, 2 beradik tido tergedang keletihan... sama mcm mak diorang...



si abang leka tengok traffic di bawah... syok tengok lori dan bas...



 gambar bergoyang coz mak dia tengah bantai gelak tengok gelagat si abang yang nak gak masuk lepak dalam kabinet fail mak dia..

 cik dina bambam yang cool aje...


gelagat 2 beradik di ofis mak...

Tuesday 11 December 2012

bunyi angin ribut mana ni?

11 Disember 2012 :

kali ni mr.hubby yang kena lagi... masa tu, lebih kurang kul 9.30 malam, aku di luar rumah, siram pokok bunga.. ye la, time tu je la yang ada nak siram... bab membaja bunga memang baru sekali je sempat.. kira memang bernasib baik sangat le pokok bunga tu still panjang umo lagi.. hehehe...

berbalik pada cerita si mr.hubby.. katanya, masa aku kat luar, dia dengar bunyi macam angin kuat sangat kat luar tu.. dia hairan apsal aku tak masuk umah.. padahal aku yang kat luar ni, memang takde apa-apa pun... bukan setakat angin ribut, angin sepoi-sepoi pun takde... abis, amenda yang dia dengar tu???

Sunday 9 December 2012

turn mr.hubby plak yang kena sakat...

10 Disember 2012 :

kejadian kali ni berlaku pada mr.hubby.. masa tu dah pukul 2 @ 3 pagi... kisahnya, selepas tiba dari kampung, mcm biasa, mr.hubby akan naik atas dulu untuk bersihkan diri sementara aku plak mengemas barang-barang yang dibawa balik dari kampung.. bebudak 2 orang tu plak memang dah out for the night.. selepas dia turun ke bawah balik, turn aku plak naik ke tingkat atas... bersihkan diri, siapkan baju nak pakai ke ofis esok, etc.. lepas selesai semua, aku pun turun ke bawah balik..

elok je ngadap tv, mr.hubby tanya aku “apa yang awak buat kat atas tadi? Bising betul..” … bila aku tanya dia bunyi apa yang bising sangat, mr.hubby kata macam bunyi aku pindah barang.. heret barang sana sini... aikk..bila masa plak aku pindah barang.. rasanya paling bising pun setakat aku letak beg baju dan buka almari baju je la.. bila aku jwb macam tu, dia ingatkan orang sebelah.. tapi aku kata sepanjang aku duduk di atas tadi, memang aku tak dengar bunyi apa langsung.. memang sunyi sepi je.. sampaikan bunyi tv kat bawah pun aku tak dengar... lagipun, orang sebelah aku mana ada kat umah (ikut wife dia yang dah balik berpantang kat umah parents dia kot) dan yang sebelah lagi dah sedap tido gamaknya sebab umah diorang pun gelap aje.. time tu, mr.hubby dah terdiam.. tak terkata apa..

dalam ati, aku gelak je.. ye la selalu aku je yang kena sakat... tapi kali ni turn dia plak kena... baru dia tau betapa bisingnya bunyi benda diheret sana sini kat atas tu.. hehehe....

setakat ni, aku perasan gangguan ni akan berlaku pada hari isnin... hari pertama kami berada di rumah selepas menghabiskan weekend di kampung... gamaknya, dia tak suka kot bila kami balik ke rumah tu semula.. ataupun mengingatkan ada penghuni lain di rumah tu selain daripada kami 4 beranak..

Tuesday 4 December 2012

room with a view...

Ari isnin yang lepas, aku dan staf kena pindah ke bilik baru (tak baru pun sebenarnya – just different location je)... tapi kami terpaksa la duduk asing-asing.. kiranya kena berjalan jauh gak la skit kalo aku nak gi tempat diorang padahal dulu boleh je jerit-jerit dari dalam bilik aku kalo nak tanya atau panggil diorang.. tapi bilik baru ni best skit coz ada view berbanding bilik dulu... dulu kiri kanan dinding je – takde tingkap.. kali ni, view bilik memang marvelous la bagi orang yang suka tengok pemandangan luar macam aku... leka buat keja sambil ngadap view sampai tak sedar cepat je masa berlalu.. but maybe all this will wear off in a couple of days kan.. but in meanwhile, just enjoy the view until the feeling last...