Wednesday 26 September 2012

haunted house...

Sambungan last post :

Mesti ada yang nak tau apa 'acara kemuncak' yang 'dia' buat kan? sebelum aku story psl tu, better aku story dari awal... terserah untuk nak percaya atau tak.. 

abah sewa rumah tu selepas dapat info dari kwn dia.. rumah jenis kluster 2 tingkat ni terletak di corner lot dan jiran-jiran aku semuanya orang pakistan.. rumah ni dah fully furnished - meaning, semua dah complete.. perabot, peti ais, mesin basuh dan dapur.. boleh kata kami sekeluarga cuma bawa baju je.. sewa yang dikenakan memang agak murah compare dengan kelengkapan yang disediakan dan lokasi rumah yang agak strategik.. terletak di atas bukit dan berdekatan dengan jalan, kedai dan masjid (yang diconvert dari church).. klinik dan pusat daycare pun tak jauh.. view dari rumah ni memang amat cantik.. boleh nampak bandar huddersfield dan kawasan pedalaman yang menghijau.. sememangnya amat aman damai!!! kekwn abah kata kami bertuah dapat rumah mcm tu dengan sewa yang murah.. dan abah pun mungkin sbb nak cepat dapat rumah sewa, dia tak terpikir kenapa sewa murah... lebih-lebih lagi bila tuan rumah kata dia bagi sewa dengan harga tu sebab dia tak nak rumah tu kosong.. malah, ada yang dah berkira untuk sewa rumah tu selepas kami balik malaysia kelak.. (skrg ni bila difikirkan balik, kalo ikut logik aku la kan, kalo umah tu dah di lokasi strategik, sewa mahal pun mesti ada yang sanggup nak sewa.. kalo sewa murah pun, lagi berebut orang nak sewa esp students.. tuan rumah sepatutnya mmg tak perlu risau psl rumah kosong orang tak nak sewa.. tapi apsal rumah tu dah lama kosong??? jeng..jeng...jeng)

first time masuk umah atas bukit tu, aku terasa rumah tu agak gelap (gloomy) suasananya... masa tu aku contribute perasaan tu pada sistem lighting yang tak efisien.. hehehe.. tak pernah terlintas rumah tu dah ada penghuni lain.. masa kami explore rumah (setelah pindah masuk), mmg ruang basement agak scary (which then we used sbg tempat sidai kain)... especially ada 1 bilik yg terkunci dan tak dapat dibuka.. ruang atas ada 2 bilik tido dan 1 bilik air yg besar.. aku dan 2 orang adik share 1 bilik... aku tido atas katil single dan diorg share double bed..

boleh dikatakan setiap malam aku la yang paling lewat tido.. tak boleh nak adapt dengan perubahan masa antara malaysia dan UK.. kalo tak silap, seminggu selepas pindah masuk, aku start dengar bunyi seolah-olah ada orang tengah naik tangga yang bersebelahan dengan bilik kami.. tapi aku contribute bunyi tu kepada jiran sebelah...dan mak pun kata benda yang sama bila aku bagitau dia apa yang aku dengar.. bunyi tu last for another few weeks.. then gamaknya 'dia' geram kot sebab aku still buat derk je... 'dia' up skit.. memula aku start dengar bunyi tapak kaki menuju ke bilik kami before bunyi tu stop kat pintu bilik.. that last for a few days.. lps tu, bunyi tu bersambung plak dgn aktiviti lain.. aku tgk tetiba ada lekuk di atas tilam aku, macam ada orang duduk wpun takde orang pun yang duduk kat tepi aku tu (biasanya time tu aku dah siap bselimut atas katil-konon nak tido la).. aku still buat derk ja coz arwah tok pernah pesan kalo nampak/dengar benda pelik, jangan gatal mulut nak tegur... buat tak tau sudah... lps tu baru 'dia' start melompat-lompat atas katil aku.. nampak kesan tilam tu berlekuk dan katil bergoyang akibat gegaran lompatan tu.. aku yang sememangnya payah nak tido, jadi lagi seram nak tido.. last-last aku pindah tido atas katil adik-adik je.. aku biar je 'dia' melompat atas katil tu.. asal tak tunjuk diri 'dia' dah la..

'acara malam dia' kemudian bertukar gi ke siang plak. tp memula just dlm bilik kami.. aku tak tau adik-adik aku ingat lagi tak insiden bila tetiba payung yang disimpan dalam almari pakaian tetiba shoot keluar sendiri.. kemudian merebak ke tingkat bawah.. satu hari, parents aku tinggalkan kami adik-beradik dan sorang lg anak kwn diorg di rumah.. parents aku dan kawan diorg ada hal dan tak boleh nak bawa kami sekali.. time tu dah petang dan cepat je gelap.. adik-adik aku dan budak sorang tu lak gatal main sorok-sorok di ruang tamu time tu.. aku tak ingat apa yang aku buat time tu tapi tetiba aku nampak ada bayang hitam di 1 sudut ruang tamu.. tapi jap je 'dia' hilang.. nasib baik lepas tu orang besar dah balik.. lega aku... but things taken to worse bila 'dia' seolah-olah mula nak cederakan aku dan adik-adik.. yang paling aku tak boleh lupa, peristiwa bila pinggan makan yang berat dan disimpan dalam kabinet atas di dapur tu tetiba bergerak jatuh sendiri.. dan timpa kepala adik aku.. berdarah gak la mulut time tu bila kenan hempap dengan pinggan yang berat dan tersembam di atas counter top tu.. bila parents aku balik dari shopping barang dapur, mak kata kami nakal dan main-main di dapur sampai jadi mcm tu.. for your information ye, yang 'best'nya, semua insiden ni akan jadi time takde orang dewasa dalam rumah tu.. sebab tu diorang payah nak percaya bila aku cerita.. huhuhu... celakak sungguh 'dia' ni!!! taktik pandai!!!

nak tak nak, aku terpaksa buat derk je la dan be extra vigilant.. adik-adik aku time tu still kecik lagi.. aku pun time tu baru form 2 sebenarnya.. huhuhu.. tapi satu pagi yang hening, tetiba je mak kejutkan aku dari tido.. dia tanya sama ada aku tengah uzur ke? aku yang pelik dengan soalan tu terus jawab dengan jujur kata tak uzur.. pas tu dia tanya lagi - kami adik-adik ada main-main tak dalam bilik air sampai ada yang cedera selepas mak dan abah masuk tido semalam? aku, mcm biasa -orang yang paling last tido, mmg confident adik-adik aku tak main dalam bilik air tengah-tengah mlm sampai cedera.. tengok diorang pun bleh nampak tak ada yang cedera pun.. aku soal mak balik kenapa dia tanya soalan mcm tu.. mak kata time abah nak masuk bilik air pagi tu, dia terkejut tgk bilik air yang penuh dengan kesan mcm darah.. di dalam bath tub, dalam sinki, lantai dan dinding.. yang 'best' ada mcm kesan tapak tangan berdarah di dinding.. nak kata binatang masuk buat hal dalam bilik air, memang tak logik coz tingkap dan pintu semua tertutup.. dan menatang apa yang ada tapak tangan hampir mcm manusia selain monyet, beruk atau orang utan - which mmg tak logik lgsg utk menatang tersebut berada di kawasan perumahan di rural area of england in spring season?? so dalam fikiran parents aku, ni mesti kerja aku atau adik-adik.. bila aku kata tak, dia dah pelik.. aku nak bangun gi tgk keadaan bilik air tapi mak tak bagi.. then dia dan abah berkurung dalam bilik air, cuci bilik air (nasib baik dinding jenis tiles!!!).. bila dah abis cuci, baru kami boleh masuk guna bilik air.. jenuh gak la nak menahan nature's call.. huhuhu.. bila masuk pun, mmg tak nampak dah kesan tu.. just bau pencuci je.. tengah hari tu gak abah aku keluar cari rumah lain.. by petang, dia dapat rumah sewa lain.. kami pindah keesokkan harinya.. express!!! gamaknya,  baru diorang percaya dengan apa yang aku dok story kat diorang sebelum ni.. huhuhu...

bila dah pindah, parents aku seolah-olah dah tak mau ingat kes rumah tu.. bila aku try bangkitkan balik hal tu, diorang akan ubah tajuk lain.. what to do.. lepas pindah, sesekali aku akan lalu tepi rumah tu bila berjalan kaki balik sekolah.. time panas je la.. sekali tu, aku nampak mcm ada bayang pakcik tua berwarna putih sedang melihat dari tingkap bilik tido aku dan adik-adik dulu.. dalam hati aku, aku rasa ni la penghuni rumah tu yang lagi 1.. wallahhuallam...

gini le lebih kurang rupa rumah bertuah tu.. tapi gambar ni tak berkaitan lgsg dengan cerita di atas ye



Monday 24 September 2012

oversea...

Peluang berkursus seminggu di luar kawasan ni aku gunakan sepenuhnya utk catch up dengan kekawan lama dan juga baca buku.. kalo kat umah, nak baca newspaper pun nak kena curi-curi.. apa ntah lagi baca buku ;) ari ni aku dapat abiskan satu buku dlm masa sejam je.. memang menarik..


sama mcm penulis, pengalaman hidup di luar negara memang amat bernilai... disebabkan peluang mengikut famili ke UK dulu la yang buatkan aku dapat improve penguasaan bahasa Inggeris aku yang almost non-existant sebelum g sana... ingat lagi masa form 1 di SRC, Ipoh.. cikgu BI yang memang kamceng dengan aku pun dah sampai tahap lempar buku latihan aku ke lantai sebab terlalu geram dengan tahap bahasa inggeris aku.. sorry ye cikgu rosminah.. huhuhu... tapi bila di UK, nak tak nak, aku terpaksa belajar guna BI.. ye la, mat salleh mana tau cakap melayu.. bukannya dia paham kalo aku g kedai dan minta kat tauke kedai "mai gula sekilo, pakcik"... hehehe...in short, pengalaman yang paling aku ingat masa di UK ;

1.  sekolah - Moor End High School... aku enroll di local public school.. dulu dikenali sebagai Moor End High School tapi sekarang dah tukar kpada Moor End Academy.. masuk year 9 time tu.. cuak giler first day gi sekolah.. dah la nak ckp BI pun tak tau time tu, nak kena plak biasakan diri dengan bebudak baru dan sistem persekolahan yang lain dari Malaysia.. kelas diorang base pada set (tahap pencapaian murid tu sendiri) dan berubah mengikut pencapaian student tu.. aku start dari set paling bawah untuk semua subjek kecuali matematik (terus dari set 6 ke set 5 - aku ingat lagi, matematik set 6 sama mcm matematik darjah 5.. kira aku pandai le skit dari  diorg yang set 6 tu.. hehehe).. dari segi subjek, quite ok la.. seronok cara belajar di sana.. tools dan approach yang digunakan tak membosankan.. tapi masalah utama aku time tu adalah students dan cikgu  yang racist.. walaupun tak semua mcm tu tapi sampai skrg masih terkesan di hati...

sekolah lama...

2.  car boot sale!!!! ni aktiviti wajib family aku setiap kali hujung minggu.. aku dan adik-beradik akan bergilir ikut abah dan mak g merayap di car boot sales... abah akan bagi sorang 2 pound utk kami shopping.. kalo aku g, aku akan cari buku dan patung.. dengan buku secondhand ni la aku mula merangkak-rangkak belajar semula BI (masa di Malaysia degil tak mau belajar!! padan muka aku!!).. mak plak akan cari hiasan rumah mcm bunga batu, pinggan mangkuk dan abah plak cari buku.. walaupun barang secondhand tapi still elok lagi tau!!!! ada 2 tempat yang memang best untuk aktiviti menghabiskan duit ni - di halifax dan di leeds..kul 
6.30 pagi dah gerak g sana coz nak jadi antara orang yang terawal sampai dan dapat beli barang yang   paling best!!!

suasana car boot sale... rindu weh..

3.   makan angin - family aku memang tak lepaskan peluang berjalan sepanjang berada di UK.. london bagi aku tak begitu terkesan di hati aku berbanding 2 tempat ni - lake district dan snowdonia.. maybe sebab aku ni nature's lover kot (hahaha..perasan benar!!!)... kaki mcm ditarik-tarik untuk nak gi ke sana lagi tapi poket masih tak membenarkan... huhuhu... apa yang best ek psl 2 tempat ni? hmm..susah nak explain dalam perkataan.. tempatnya sungguh cantik... serene and so beautiful!!! kalo aku ada duit, rasa macam nak beli rumah sebiji kat situ dan tinggal terus kat sana... 


lake district . . peaceful and serene

4.  rumah misteri - masa memula sampai di Huddersfield, kami sekeluarga menumpang selama seminggu di rumah kawan abah yang sedang buat PhD di sana... selepas seminggu baru dapat cari rumah sewa.. rumah jenis kluster teres 2 tingkat ni terletak atas bukit.. pemandangannya memang cantik dan sewa rumah plak agak murah... rumah yang fully furnished ni cuma ada 2 bilik tido dan 1 bilik air di tingkat atas.. tingkat bawah ada ruang tamu dan dapur.. basement plak separuh siap dan ada 1 bilik yang terkunci.. for the first few weeks memang aman je.. tapi since aku still tak dapat nak adapt dengan perubahan masa tu, aku la yang paling lewat tido... dapat la dengar bunyi orang naik tangga dan berjalan ke bilik kami adik beradik... then melalut bila 'dia' mai melompat atas katil single aku.. tak pasal2 aku kena berhimpit dengan adik2 aku atas katil double tu.. hadoii.. parents aku memang buat tak tau / tak percaya bila aku bagitau kat diorang sampai la ada 'acara kemuncak' yang 'dia' buat tu buatkan parents aku cari rumah lain dan pindah dalam masa 48 jam... huhuhu.. lepas pindah dan sampai time nak balik malaysia pun, rumah tu still kosong.. 

banyak lagi nak kongsi pasal pengalaman di UK tapi next time la kot.. mata dah mula kuyu since dah 1 am.. masa untuk zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.......

Tuesday 18 September 2012

salah sape????


Menu lunch ari ni biasa je, just value meal McD tp peristiwa masa beratur tadi yang agak menarik dan membuat aku cuba menahan diri dari tersenyum sinis... takut jap gi kena kat aku plak kan... hehehe..

ceritanya begini, ketika sedang beratur tadi ada satu couple mat salleh dari australia juga sedang beratur di belakang aku... ketika aku sedang sibuk membayangkan amenda yang aku nak makan untuk lunch ari ni, tetiba terdengar suara pompuan mat salleh menegur sorang lelaki tempatan.. “what are you looking at, mate?” begitu la lebih kurang ayatnya.. ayat mcm biasa je kan? Tapi intonasi ayat tu sungguh menyakitkan ati aku yang mendengarnya... tak dinafikan memang lelaki tu salah sebab merenung pompuan tu terlampau-lampau... ye la, minah salleh yang seksi dan masih muda remaja.. cantik lak tu.. mau tak tergoda jap lelaki tu.. hehehe.. dan pasangan minah salleh tu plak bertatu dari atas kepala sampai kek kaki.. not a normal thing for malaysian.. setakat tatu skit tu memang biasa la kan.. tapi aku tak mau blame dia 100% sebab lelaki memang akan cenderung hilang pertimbangan jap bila tengok pompuan seksi ni kan? (jangan marah ye...)..dan kita sendiri akan pelik bila first time tengok orang bertatu tahap ekstrem macam tu.. huhuhu...

kesimpulannya, walaupun mereka tu tourist di negara orang ni, mereka harus le paham budaya masyarakat negara ni mcm mana... jangan le terlampau seksi di tempat awam... dan jangan la cepat amik ati kalo ada yang merenung pelik melihat tatu penuh di badan mereka.. and for malaysian – walaupun seseksi dan sepelik mana tourist tu, please refrain yourself from starring at them too long – it's really RUDE!!! tengok sekali imbas dah la.. lagi baik kalo buat tak tau je... kurang skit dosa mata dan mulut mengutuk golongan ni...

Thursday 13 September 2012

Uncle KFC...


Bekerja di bangunan yang open to the public ni membuatkan aku berpeluang melihat pelbagai gelagat manusia... Yang lucu, mengjengkelkan, sedih dan geram – semua ada di KOMTAR ni... Di sini, ada sorang uncle (Chinese) yang termasuk dalam golongan OKU (lembam) dan kerjanya mengutip papercup dan straw minuman yang ditinggalkan oleh pelanggan KFC.. malah pernah juga aku nampak dia mengutip makanan yang tidak dapat dihabiskan oleh orang lain.. Terdetik juga rasa jengkel dengan sikap uncle ni sebab kekadang dia akan datang ke meja dan mengambil barang-barang tersebut walaupun pelanggan masih belum beredar dari meja makan..

Namun, semalam persepsi aku berubah... malahan kagum dengan sikap dia... kenapa? Ketika balik dari lunch, aku ternampak dia sanggup mengejar satu pasangan untuk memaklumkan bahawa mereka telah tertinggal plastik yang mengandungi barang di dalam KFC tersebut.. Masih ada sikap amanah walaupun dirinya sendiri berada dalam keadaan kekurangan dan memerlukan.. Walaupun bukan barangan berharga (plastik tersebut berisi pek papercups), namun uncle ni masih sanggup berlari untuk mendapatkan pasangan tersebut.. padahal dia boleh sahaja ambil papercups tersebut.. tapi integriti diri masih kukuh walaupun akalnya tak senormal orang lain.. Salute you, uncle!!!

new routine...


Rutin harian terpaksa berubah bermula semalam... Pengasuh 2 beradik minta amik diorg awal skit daripada biasa since dia kena pergi jaga adik dia yang baru start pantang plak.. Selalunya hari kerja, aku sampai di rumah around 6.30 pm dan terus balik rumah dulu untuk masak dan mengemas sebelum pergi amik kenit dan bambam di rumah pengasuh.. Biasanya dalam pukul 7.15 mlm baru 2 beradik tu balik rumah... Kalo tak buat macam tu, alamat tetiap ari makan maggi la ye coz tak sempat nak masak.. Mr.Hubby plak pukul 8 lebih baru balik..

Tapi semenjak semalam semua tu dah kena berubah... Sampai je area Seberang Jaya ni, terus gi amik kenit dan bambam balik rumah.. Kat rumah plak, kena buat taktik untuk pastikan dapur berasap dan anak-anak selamat dan happy.. Caranya – si kenit kena duduk dalam carseat dia dan diumpan dengan semangkuk makanan (light snack/buah) dan galaxy tab, si bambam lak duduk dalam walker mengadap si abang... (hanya dengan mak je ye yang berjaya dengan taktik ni... jangan harap si kenit nak duduk dalam carseat kalo bapak dia yang suruh).. boleh la 2 beradik tu main dari jauh since si abang pun dah pandai menyakat adik sampai mengekek bambam tu gelak... aman skit mak diorg buat keja.. hehehe...






Bila si kenit dah mula bercakap...


Selalu tak dengar bebudak baru nak belajar bercakap??? Cute kan dengar suara comel tu yang menyebut ntah apa-apa.... Sekarang si kenit dah mula pandai bercakap... Komen pun dah pandai.. Dah pandai kata pampers tu 'cuk' dan baju mak 'elok'... yang last tu yang penting tau..hehehe... pernah satu hari tu, dia perasan mak dia pakai baju bermanik (mak dia jarang pakai bermanik gi ofis).. dia datang duduk atas riba sambil pegang manik di leher baju.. terus je dia sebut 'elok'... nak tergelak dan sayu pun ada... my baby is getting bigger... adakah dia akan stay sweet mcm tu sampai dia besar? Hanya masa yang akan tentukan..

anyway, vocab kenit semakin bertambah membuatkan aku sendiri kekadang terpaksa berjaga-jaga dengan perkataan yang nak diucapkan.. takut tersebut perkataan yang tak elok... disebabkan dia menghabiskan masa yang banyak di rumah pengasuh dan bercampur dengan bebudak yang berasal dari negeri lain, dia pun dah terperngaruh dengan slang orang perak.. kelakar bunyinya bila slang perlis campur slang perak... antara perkataan yang sering diucapkan kenit :

  • tuta = kereta
  • tuda = kuda
  • bitbit = rabbit
  • cing = kucing
  • acik = nasi
  • yak = berak
  • nen = susu
  • kan = on tv / tukar channel tv
  • sikal = basikal
  • itan = ikan
  • vroom vroom = motorsikal
  • aby = baby
  • elok = elok
  • apak = bapak
  • atas = atas

sekarang ni, Mr.Hubby saja ajar dia ABC.. si kenit dapat sebut semua huruf ok kecuali huruf S dan Q.. S dah jadi 'aish'.. dan bila nak sebut Q pulak dah jadi 'kew' sambil mulut muncung teramat nak menyebut perkataan tu.. sakit perut gelak tengok dia jenuh berusaha nak sebut Q... kenit..kenit..

Si kenit dan Bitbit...


Masa zaman single dulu, aku memang sorang yang suka sangat dengan kucing.. Memang rumah di kampung sentiasa ada kucing... Tapi bila dah ada anak sendiri, kegilaan pada pets ni terhenti terus.. Mungkin sebab dah penat dengan kerja dan menguruskan anak-anak sampai hal membela pets ni ditolak ke tepi dahulu.. Bila si kenit dan si bambam dah besar baru nak mencari pets lain untuk dibela..
Tapi bebaru ni, masa membeli barang dapur di Nat Balai Baru, Perlis, Mr.Hubby dah beli seekor arnab jenis angora untuk si kenit.. RM 60 seekor... Mak kenit pulak kena sponsor sangkar si arnab yang dipanggil Bitbit oleh si kenit..


introducing Si Bitbit the rabbit..






gelagat 2 beradik hari pertama bersama Bitbit..



Bila dibawa balik Bitbit ke rumah di kampung, tok si kenit tegur sebab tak baik katanya membela haiwan tanpa pasangan.. So, bermula la misi mencari pasangan Bitbit.. Round satu pekan Kangar mencari arnab tapi takde pun.. Akhirnya selepas mencari di Mudah.com.my, terjumpa satu tempat menjual arnab di area Alor Sena.. Bila pi ke tempat tu, memang kagum tengok cara pasangan muda ni menjaga arnab-arnab untuk dijual... Bersih dan semua arnab kelihatan sihat dan terjaga.. Selepas puas menengok, akhirnya arnab jenis lion head yang menjadi pilihan aku dan si kenit... Mr.Hubby tolong bayar sahaja.. hehehe...


si Teh the rabbit..


Si kenit dan si bambam memang excited tengok gelagat si Bitbit dan si Teh.. walaupun pada mulanya si kenit agak takut nak dekat dengan sangkar Bitbit, tapi lama kelamaan dia dah hilang rasa takut dan dah berani bagi makan pada arnab tu.. Siap berani pegang arnab lagi!!! Tapi sayangnya arnab tu terpaksa ditinggalkan di kampung dan dijaga oleh Maksu si kenit.. Senang sikit nak mandi dan mencuci sangkar berbanding kalo aku yang jaga.. Ye la, masa setiap hari agak limited dengan keja dan menguruskan rumahtangga.. hari cuti pula banyak dihabiskan di kampung.. So, baik saja arnab tu ditinggalkan di sana... Terjaga skit kebajikan diorg kan???

Sekarang ni, bila balik kampung, si kenit dah pandai sebut nak tengok Bitbit.. Sampai di rumah tok saja, terus cari Bitbit dia.. Nasib baik arnab tu dalam sangkar.. kalo tak, mau lembik dikerjakan si kenit!!!

Gatal...


Sejak last week, tak tau apsal kulit ni asyik gatal-gatal... Alergik? Hmmm.. tak pernah la ada alergik pun sebelum ni.. Mula gatal kat tangan dan sekarang ni dah mula terasa gatal di bahagian muka dan badan pulak.. Semalam dah tukar sabun mandi... Mana tau kot alergik pada sabun tu tapi gatal-gatal tetap ada lagi.. Mr.Hubby kata maybe alergik habuk/debu..(Kalo betul alergik ni, memang lepas ni dia la yang kena buat kerja mengelap habuk-habuk kat umah tu... hahaha)... Tapi sebelum ni ok je bila dealing dengan habuk-habuk ni.. Takde lak nak rasa gatal-gatal..


lebih kurang macam ni la akibat gatal-gatal tu.. disiplin mesti kuat untuk tahan tangan ni dari menggaru gatal tu ye..

So, masa lunch tadi, ambil peluang gi cari calamine lotion di Watson.. tapi selepas puas mencari, rupanya takde jual kat situ... Nasib baik la Guardian pun tak jauh dari ofis ni.. Dapat juga sebotol calamine lotion tapi nak kena tunggu balik rumah dulu sebelum dapat guna.. Kalo nak pakai di ofis ni, kot nanti ada yang ingat aku kena simbah cat putih lak.. hahaha...


ni la rupa calamine lotion.. harap-harap mujarab la kan..

Monday 10 September 2012

demam adam & hawa


Sekarang ni tengah hot psl citer adam & hawa di Astro.. tapi punya la cerdik org Astro ni, citer ni cuma ada kat channel Mustika HD je.. sad news bg org yg xde tv HD mcm aku ni.. padahal masa zaman study dulu, novel adam & hawa ni mmg fave aku.. siap meleleh air mata bila baca novel tu.. menghayati jalan cerita betul!!! nasib baik time study dulu, x share bilik hostel dngn sesape.. huhuhu

time baca novel tu dah pun terbayang2 pelakon mana yang sesuai pegang watak hero dan heroin citer ni.. si hero play by hans isaac dan si heroin erra fazira.. tu 8 years ago punya hot star la kan.. skrg ni dah ada pelakon lain yang tgh hot ngalahkan 2 org yg tu.. tp utk drama ni, aku rasa mcm lisa surihani lagi sesuai jadi heroin dr pelakon skrg ni.. itu pendapat aku la kan..


Sunday 9 September 2012

Hati Vs Otak..



Seminggu dua ni kepala otak asyik migrain ja.. krisis yang tak pernah terjangka terjadi kat famili sendiri.. selama ni dok tgk dlm drama tv je.. ntah la.. tak tau mcm mana nak kata dah... nasihat, teguran dah bagi elok2 tapi telinga org tu ttp tak mau mendengar.. sampaikan aku yang jarang bersuara tinggi pun dah pandai tinggikan pitch suara ni.. but all in vain.. orang seronok dapat bakal menantu tapi famili aku makan ati dgn perangai org yang nak jadi menantu ni.. famili dia pun sama... mana adab diorang sebagai orang melayu pun aku sendiri tau tau.. salah sendiri tak pernah nampak tapi masih sanggup menjaja cerita kat org kampung yang famili kami keras kepala, kepala batu dan yang sewaktu dengannya.. yes..mmg kami keras kepala dan kepala batu.. sekeras hati diorg yang hanya memikirkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan org lain..

nikah kawin bukan perkara memain.. bukan untuk sehari dua.. bukan hanya melibatkan bakal suami isteri.. tetapi nikah kawin adalah untuk kekal ke hujung nyawa.. nikah kawin sepatutnya untuk mengeratkan silaratulrahhim sesama manusia dan merapatkan hubungan antara saudara dan orang asing.. biarlah semuanya dilakukan secara beradat dan beradab.. bukannya hanya sebelah pihak yang tentukan semuanya dan satu pihak lagi kena ikut apa yang telah ditetapkan.. semuanya perlu dibincangkan antara org2 tua dan bakal pengantin... bukannya bakal pengantin sahaja yang pepandai arah itu ini.. tapi bila hati mengatasi otak, semua rasional dibuang ke tepi... hubungan darah pun boleh dilupakan begitu sahaja.. manusia..manusia..