Thursday 29 November 2012

tips hotelier untuk elak bilik keras...

Masa aku tengah mencari-cari hotel/homestay yang best di cameron highland (planning nak gi holiday kat sana early after abis cuti sekolah), aku terjumpa satu thread pasal hotel-hotel yang 'interesting' kat malaysia ni... kalo baca citer forumers kat thread ni memang 'interesting' pun... macam-macam story yang diorang share, ada yang macam betul dan ada yang macam 'ado' je...

tapi ada satu resort kat melaka tu memang dari experienced aku memang quite horror.. aku dah tak ingat nama dia tapi masa gi tu half of the resort tu dijadikan hostel untuk students kolej swasta.. tapi time tu aku baru nak gi survey (nasib baik bukan walk-in nak sewa bilik).. gi plak dengan bos aku.. konon nak cari hotel yang paling dekat dengan tempat pameran yang akan berlangsung tak lama lagi.. biasa la, kena jadi urusetia penginapan untuk semua peserta dan pegawai yang mewakili negeri aku– terpaksa la berhempas-pulas cari bilik yang dekat dengan lokasi selepas hotel yang dah dibook awal-awal tu tetiba plak cancel resevation kami at the last minute.. bos aku ni plak lebih utamakan hotel milik syarikat bumiputera.. lepas jenuh naik turun hotel yang kena dengan citarasa dia tapi dah fully booked, bos aku ajak gi satu resort kat ayer keroh ni.. katanya dia pernah stay kat resort ni tapi lama dulu la.. tak tau operate lagi ke tak.. masa sampai kat main gate tu, memang resort tu still operate lagi tapi nampak lengang je... masa sembang dengan receptionist kat kaunter tu, dia kata most of the rooms dah dijadikan hostel untuk students.. tapi kalo kami nak, boleh guna satu blok yang some of the rooms tu tengah renovate.. bos request nak tengok dulu bilik kat blok tu.. memang kena jalan jauh skit dari lobi... masuk aje blok tu, aku rasa tempat tu suram dan kelam je.. maybe sebab lighting tak elok kot.. tapi bila start berjalan ke koridor dan masuk bilik-bilik yang ada kat blok tu, aku memang rasa lain macam dah.. seram sejuk giler, plus rasa sesak nafas.. kat satu bilik tu, siap rasa ada yang memerhatikan kami je.. aku tengok bos aku cool je tapi dalam hati aku dok ngomel gak kat bos aku ni... biar betul dia nak stay kat sini nanti... aku takut nanti ada yang takleh tido je kang... lepas puas check, kami terus gi balik ke lobi.. time tu, rasa bebas sesangat – rasa macam baru keluar dari tempat yang sesak dan melemaskan!!! bos aku booking gak bilik kat situ tapi masa dalam keta, dia suruh aku cari hotel lain... katanya resort ni sebagai back-up je.. nasib baik lepas bincang/pujuk balik hotel asal tu, dapat balik reservation yang buat dulu tu.. kalo ditakdirkan kami kena stay kat resort tu, memang aku sanggup sewa bilik hotel 5 star dengan duit aku sendiri daripada tido situ...

anyway, masa thread tu gak aku dapat tips ni dari hotelier... just have a look, dunno how true it is... Here's some believes of the hoteliers (aku amik ayat dia bulat-bulat ni):
  • Every single hotel, there shall be at least a permanent room which should be left vacant at all times. No matter how full the hotel is, they are not to sell that room(s) to any guest. It was said that special room was "reserved" for those "special visitors".
So, if you plan to stay in some hotel, always book in advance. Try to avoid walk in. If the receptionist told you there's no more room available, do not insist one anymore or try to bribe them to give you a room. If you do that, most of the time the room you have will be that "special room".
  • Sometimes those "special visitors" might go to other rooms also, so here's some tips on how to protect yourself: Before entering your room, always knock on the door first, even if you know the room is vacant. After you enter the room, if you felt very cold suddenly and have "goose bumps", leave the room quietly immediately and go to reception to request to change room. Most of the time the receptionist will understand what's happening.
  • After you enter the room, immediately switch on all of the lights, and open the curtain to let the sun light in.
  • Before you go to bed, arrange your shoes so that one of them is upside down (apsal plak????).
  • Always leave at least a lamp on while you're sleeping, preferably the toilet's lamp.
  • If you're staying alone and they have give you a twin bed, do not sleep with the other bed vacant, try to put your things like luggage on the other bed before you sleep


  • Another tip to protect yourself...
    • When you enter your hotel room, look for the Bible (Oversea), Holy Al-Quran (Islamic Country). Most hotel place the Bible (Oversea), Holy Al-Quran (Islamic Country) inside a drawer.
    • However, if upon entering, you see the Bible (Oversea), Holy Al-Quran (Islamic Country) on the table, DON'T STAY IN THAT ROOM! It means "special visitors" are there.
    • If you see the Bible (Oversea), Holy Al-Quran (Islamic Country) opened up on the table, LEAVE THAT ROOM IMMEDIATELY and request a change of room!!! It means the "special visitor" is really creating trouble in that room!!


    tu just tips dari orang yang mengaku berpengalaman bekerja di hotel.. katanya tips tu adalah secret codes yang diamalkan oleh kebanyakan hotel.. tahap kebolehpercayaan??? tepuk dada tanya selera masing-masing... bagi aku, agama dan iman kita adalah pendinding yang terbaik...

    dina the scapegoat...

    29.11.2012 :

    on the way turun tangga selepas mandi, aku tengok ruang tamu abis bersepah dengan toys dan kusyen.. memang mr.hubby selalu biar je si abang sepah rumah then sebelum tido baru kemas semua brang-barang tu... tapi being obsessive compulsive bab mengemas umah, aku xleh tengok je... mesti nak kemas time tu gak.. aku suruh si abang kutip barang-barang mainan dia sambil mulut mengomel dan buat-buat marah kat si pembuat semak.. saja nak ajar si abang mengemas barang-barang dia dan biar dia tau menyemak satu umah is a 'no-no'...

    mak : ni sape yang sepahkan mainan satu umah
              ni?? awat kusyen sofa ada kat bawah ni??
              sape yang buat ni??

    tapi si abang dengan muka innocent giler jawab -

    aqif : dina!!!

    hadeiii.. nak tergelak jap bila dengar jwpn dia... tau dia buat salah tapi takut nak mengaku.. tak pasal makcik kenit tu plak yang jadi scapegoat dia...

    Wednesday 28 November 2012

    semangat sungguh..

    ada budak bambam tu dah boleh duduk walaupun tak boleh merangkak lagi... nampak gayanya ada yang nak skip merangkak dan terus berjalan le ni... makcik kenit ni sungguh excited dapat duduk sampaikan bila terjaga pukul 4 pagi pun sanggup praktis duduk sorang-sorang dalam gelap... mak dia yang terkejut bila celik mata tengok anak dok praktis duduk dan main sorang-sorang dalam gelap...







    twilight...

    Last monday, aku amik cuti sehari... semata-mata sebab nak gi tengok citer twilight : breaking dawn part 2 kat wayang... ye la, nak tengok time weekend memang kirim salam la... takde pasal aku nak heret 2 beradik tu masuk wayang.. kot nanti jadi 'wayang' dalam wayang... huhuhu... anyway, aku ni bukan la hardcore twilighters... cuma tertarik dengan plot cerita ni sejak aku first baca buku twilight ni sekitar tahun 2006 dulu... berapa kali khatam buku ni pun aku dah tak ingat... yang aku ingat, aku berjaya mempengaruhi staf di ofis lama untuk baca buku omputih yang tebal tu... punya semangat aku citer story tu kat diorang sampai terpengaruh gak akhirnya.. hehehehe... aku memang beli semua buku twilight ni... filem pun aku gi tengok kecuali filem nombor 2 coz time tu tengah pantang... memang rasa macam nak gi tengok time tu gak tapi mak dah warning – jangan dok buat kerja gila!!!
     



    masa aku gi tengok ari tu, ntah kenapa banyak plak golongan warga emas yang tengok citer ni.. satu baris aku semuanya pangkat uncle dan auntie.. bila story kat mr.hubby, dia gelak aje dan pelik dengar orang tua gi tengok twilight... biasa la, orang tua sekarang modern skit... ingat orang muda aje yang reti tengok wayang??? tapi honestly, all the movies kureng skit... yang last ni, not so bad but aku tahan gelak tengok muka baby nessie... adeiii apa punya visual effect la... nak tunjuk sangat kematangan reaksi muka baby (she's only a few month old tapi pemikiran more advanced dari usia dia) sampai dah nampak kartun plak aku tengok... but bila stephenie meyer twist skit penghujung citer tu, memang aku sangat terkejut... dr cullen mati??!!! biar betul !!! tapi rupanya tu just apa yang alice 'nampak ' dan tunjukkan pada ketua si jahat ni... fuh..legaaaa... memang thumbs up untuk scene yang ditambah dari citer asal ni.. hahaha... scene fighting diorang ok gak le.. nampak skit action kan... aku rasa mcm nak gi tengok lagi je tapi nak tengok scene fighting je... boleh gitu??? tunggu dvd keluar le jawabnya dan tengok scene yang nak tengok je..

    apa pun, aku akan miss siri twilight ni... peneman setia aku masa hidup bujang di JB dulu... boring aje aku akan cari buku ni walaupun buku lain banyak lagi dalam bilik tu.. tetiba rasa nak balik kampung amik buku ni balik...



    Monday 26 November 2012

    comeback...

    26 November 2012 :

    masa tengah memasak dinner petang tu (asam pedas kepala ikan, siput masak lemak cili padi, dan sayur cendawan), aku rasa macam tak senang ati skit.. rasa macam bukan aku sorang je yang ada dalam rumah tu padahal anak-anak masih di rumah babysitter dan mr.hubby masih belum balik dari ofis.. kebetulan sedang aku mengacau asam pedas atas dapur tu, aku tertoleh ke arah tangga dan ternampak ada kelibat berbaju putih turun tangga.. time tu dah di tangga yang terakhir sebelum sampai ke ruang tamu dan dia kemudian hilang macam tu je.. aku sambung ngacau lauk atas dapur sambil buat tak tau je walaupun cuak gak dengan situasi tu.. jenuh dok pujuk hati yang kecemas – nasib baik nampak kain belakang je dan bukan muka dia kan... boleh tak macam tu... huhuhu...

    senja tu plak terdengar bunyi guli dan perabot kena heret lagi dari tingkat atas... sekejap je la bunyinya.. tapi bunyi tu bersambung lak nak dekat tengah malam.. time tu dah around 11.30pm kalo tak silap aku.. masa tengah menangguk si abang tido dalam buaian, tetiba terdengar lagi bunyi guli.. bunyi tu betul-betul dari arah siling kat atas kepala aku... elok je mr.hubby masuk rumah lepas amik angin kat luar, bunyi tu pun hilang lagi... nampak sangat diorang nak sakat aku...

    mcm yang aku share dengan baidura dlm FB, memang bunyi-bunyi ni kembali ada balik kat rumah aku.. buat comeback lepas lama gi vacation kot... macam chipsmore – kejap ada, kejap takde... huhuhu... gamaknya ni la akibat tak meneruskan habit baca al-quran dan yassin lepas sembahyang tu.. time bunyi sakan dulu je rajin baca tapi bila stop, habit tu pun tumpang stop sama... leka... tu yang diorang datang balik kot...hadeiii...

    aktiviti hujung minggu...


    Last weekend, macam biasa, kami sekeluarga balik ke kampung.. minggu ni turn balik ke rumah parents aku.. seronok abis wan dan tok bila 2 orang kenit tu ada kat rumah... abis bersepah rumah dikerjakan 2 beradik tu... masing-masing ada je benda nak buat... fave si abang bila balik rumah tok dia ni ialah lepak dalam kabinet tv.. memang bunyi pelik tapi tu la hobi dia.. kali ni siap suruh amik gambar dia setiap kali dia masuk kabinet tv tu.. siap nak buat gaya 'peace' lagi... hadeiiii anak aku sorang ni..



     















    si adik plak suka sungguh berposing... orang yang tengok risau je.. takut dia terlentang ke belakang.. tapi merangkak ke depan tak boleh boleh gak.. asyik masuk gear reverse ja.. walaupun still takleh merangkak tapi bab menyemak dan mengacau orang buat kerja memang dah pandai.. balik kali ni, dia siap ngacau tok dia buat karipap.. tak aman tok nak buat karipap sambil tengok tv... ingatkan bila si abang dah tido, senang dia nak buat kerja tapi ada adik lak yang tolong ganti tempat abang ngacau tok... hehehe...



    
    
    weekend ni, first time dalam sejarah hidup aku buat asam pedas kepala ikan.. aku bukan makan lauk ni tapi si mr.hubby tetiba plak request buat asam pedas kepala ikan.. seronok aje abah dan mak gelakkan aku bila aku bagitau mr hubby request nak makan kepala ikan tapi aku tak reti nak cuci dan masak.. nasib baik ada sifu @ mak yang terer bab masak ni... jadi gak lauk asam pedas kepala ikan untuk disantap oleh mr .hubby kali ni..



    still berasap lagi...


     



    baked pasta dan potato salad..

    memang dah rutin aku setiap minggu untuk masak menu yang bukan nasi setiap jumaat... saja nak elak jemu makan nasi... ikut la apa yang teringin nak makan... kueteow, bihun, mee atau pasta... asalkan bukan nasi je.. Jumaat lepas, aku akan masak pasta untuk dinner... selalu pasta ni aku buat goreng atau berkuah skit.. tapi kali ni aku bakar plak... baked pasta... plus dengan potato salad... kalori aje tu tapi tekak teringin sangat nak makan.. so aku buat je la.. tu pun nasib baik bahan nak buat mushroom soup tak cukup.. kalo tak bertambah lagi lemak... hahaha...


    resepi baked pasta

    bahan-bahan :
    ½ paket pasta
    1 tin sos pasta
    1 tin kecil tomato puree
    1 biji bawang besar – dipotong dadu
    5 ulas bawang putih – dipotong dadu
    1 batang carrot – dipotong dadu
    2 biji tomato – dipotong dadu
    1 biji lada benggala – dipotong dadu
    1 tin cendawan butang – dihiris sederhana tebal
    ½ sudu mixed herbs
    shredded mozarella cheese
    sedikit garam dan serbuk lada hitam
    ¼ cawan air
    daun bawang / parsley untuk hiasan


    cara penyediaan :
    1. pasta dicelur sehingga lembut dan kemudian ditoskan
    2. tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
    3. masukkan semua carrot, cendawan, lada benggala, tomato, sos pasta dan tomato puree. Jika kuah terlampau pekat, baru masukkan air.
    4. masukkan mixed herbs, serbuk lada hitam dan garam. Masak sehingga mendidih dan untuk pastikan kepekatan yang betul, pastikan kuah tersebut lekat pada belakang senduk
    5. masukkan pasta yang telah ditoskan ke dalam loyang (atau casserol yang tahan oven). Padatkan pasta tersebut.
    6. Tuangkan kuah yang dibuat tadi ke atas pasta tersebut dan ratakan. Kemudian tabur shredded mozarella cheese dan hirisan daun bawang/parsley ke atas permukaan.
    7. Bakar pada suhu 190 C selama 30 minit atau sehingga cheese tersebut telah bertukar keperangan.
    8. Sedap dimakan ketika panas.
















    resepi potato salad :

    4 biji ubi kentang – dipotong empat dan direbus sehingga lembut
    mayonis
    sedikit daun bawang – dihiris halus
    sedikit kobis – dihiris halus
    sedikit serbuk lada hitam
    sedikit garam
    sedikit cuka ( ¼ sudu teh)

    cara penyediaan :
    1. gaulkan semua bahan tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit (lagi lama lagi baik). In my case, 3 jam..
    2. sedap dimakan ketika sejuk.

    Wednesday 21 November 2012

    makan je tau..

    Semalam sementara menunggu 'panggilan hangit' dari bos dia sama ada dia perlu ikut bos gi tgk site memlm, mr.hubby join aku tengok masterchef... semalam episod penyingkiran di Cameron Highland dan para peserta kena masak dish yang sesuai dimakan bersama teh.. ada yang masak crepe, scones, murtabak, etc.. dah la memang berkobar-kobar semangat nak gi berjalan ke cameron highland lepas abis cuti sekolah ni (skrg bagi peluang mak bapak bw anak2 yang tgh bercuti sekolah ke sana dulu... anak aku tak masuk sekolah lagi – anytime leh ikut parents diorang gi jalan-jalan.. hehehe)... bila tengok show semalam, lagi excited aku nak pi walaupun mr.hubby ada cubaan mengajak gi bercuti ke pulau langkawi, tapi kepala aku ni dah terbayang ladang teh, strawberry, bunga dan sayur di cameron highland tu...

    tapi masa sesi persembahan dish diorang kat juri tu, soalan mr.hubby membuatkan aku rasa macam nak tepuk dahi jap... dia tanya aku tanpa perasaan bersalah- “scones tu apa?”... adeiii... abis yang selama ni aku dok buat tu amenda? Setiap kali aku bakar scones, dia akan makan tapi rupanya dia tak ingat nama benda yang dia makan tu... tau masuk dalam mulut terus je.. nasib baik dia kata sedap... kalo tak, aku mogok tak mau buat scones dah!! hahaha...
    
    
    
    hasil first time buat scones dulu - ntah hape2 bentuknya tapi rasa ok dah..
      

    latest attempt a few months ago - baru nampak comel bentuk scones aku..






    dia ada balik...

    21 November 2012 :

    Setelah lama menyepi, tetiba dia buat bising plak semalam.. tengah syok melayan citer Captain America di HBO kul 11.30pm tu, tetiba terdengar bunyi perabot kena heret dan bunyi guli berderai je kat atas.. aku buat tak layan je.. walaupun mata tengok tv tapi telinga sebenarnya dok 'pasang' dengar bunyi kat atas umah.. nasib baik si kenit dan si bambam dah tido.. kalo tak, ada yang fobia lagi plak.. huhuhu...

    Sunday 18 November 2012

    Myvi SE 1.3 (M) 2007 for sale

    Walaupun sayang nak lepaskan keta ni, tapi sebab dah tak larat nak harung jam setiap hari dengan driving keta manual – nak tak nak, terpaksa gak aku jual keta ni dan amik proton preve (automatik).. sayang weii nak lepaskan first keta yang aku beli masa mula-mula kerja dulu... teman setia aku berjalan-jalan/makan angin... minyak full tank boleh tahan sebulan gak le kalo setakat drive ke alor star sekali sekala.. tak pernah bagi problem kat aku... tapi tak larat plak nak bayar loan 2 kereta sekaligus... macam le aku kaya sangat kan..

    speks :
    Jenis Kereta : Myvi SE 1.3 (M) 2007
    Warna : merah
    Harga : RM32,000
    Mileage : 71,000 km (lebih kurang)

    rim tayar 16"
    plus extra security – worth RM 1,500...
    sape-sape yang interested – plz contact me...





    meroyan pepagi isnin....

    Orang selalu 'monday's blues' setiap kali ari isnin, betul tak? Tapi aku ni dah berapa minggu kena 'everyday's blues'... huhuhu... blues memikirkan perangai hantu orang-orang tertentu... kalo boleh, aku rasa macam nak gi bagi flying kicks je kat orang-orang tu dan yg sorang tu bawa gi operating theatre – cuci otak dia yang berkarat tu... cuci dengan clorox lepas tu tonyoh dengan sandpapers bagi ada akal balik!!! apa punya manusia la aku sendiri pun tak tau... adab sopan takde langsung!!! tapi tuduh orang lain lak yang gila meroyan... since korang dah tuduh kami ni meroyan, meh sini aku nak meroyan betul-betul!!!





    orang yang menuduh tu la patut pergi cermin diri sendiri dulu sebelum nak menuduh orang la kan?? tak sedar ke sebab dia sekeluarga, ada orang tu dah jadi anak derhaka... hubungan sedara terputus... famili bapak sendiri nak bercerai-berai sebab sikap orang-orang tu yang suka tuduh-menuduh dan serang orang lain tak tentu pasal... salah sendiri tak pernah nampak... nak tuduh famili aku ego dan gila meroyan gak... diorang tak tau yang mak aku dah siap tanya para ulamak yang dia kenal untuk dapatkan kepastian tentang tindakan dia... mak aku bukannnya bodoh mcm mak orang tu yang ngikut aje perangai anak yang kurang ajar... anak mak aku buat kurang ajar, memang 'siap' la... anak sendiri tak pernah nak tinggi suara dengan mak.. ni plak nak terima bakal menantu yang ada ati nak melayan bakal mak mentua macam mana dia layan mak dia.. tinggi suara ikut suka ati dia!!! dah tu si mak plak sokong je perangai kurang ajar anak tu.. sapa yang waras otaknya nak dapat menantu dan besan yang kurang ajar macam tu kan? Walaupun dah ditegur tapi perangai lagi kurang ajar ada la.. bukan makin berkurang.. Buat apa cari penyakit dengan orang macam ni... buang masa melayang karenah orang yang takde adab macam tu..

    bagi anak yang dah melampui batas tu, memang patut pikir balik la rasional ke tak tindakan dia tu... sampai sanggup ikut kata hati dan nafsu sampai cakap mak bapak pun dah takleh nak paham... sampai sanggup menuduh mak bapak sendiri yang salah dan defend orang-orang tu walaupun dah terang-terang diorang buat salah??!! buta hati sungguh!!! salah ke tindakan dan nasihat mak sendiri yang besarkan dia selama 27 tahun ni dibandingkan dengan orang-orang tu yang baru kenal 2 tahun dan tak pernah idup susah senang dengan dia... yang diorang tau, nak senang je... budusss sungguh!!!

    tapi takpe... Tuhan tu Maha Kaya... just wait and see what will happen... nak pi mana kan balasan Tuhan? kalo tak dapat cash di dunia, balasan di akhirat sentiasa menunggu...



    #moodbengangtahapgaban!!!

    Tuesday 13 November 2012

    minestrone soup...


    Masa di UK dulu, salah satu makanan fave aku ialah minestrone soup... memang sedap makan sup panas dengan nasi (orang makan dengan pasta, tapi aku tetap nak letak nasi gak) masa winter...heaven!!! tapi time tu, just beli yang instant je dari hypermarket macam Sainsburry, Tesco atau Asda... takde plak terpikir nak cari resepi untuk dimasak sendiri.. bila dah balik ke Malaysia, bila teringin sangat, aku akan cari minestrone soup yang dalam tin tapi tak senang nak dapat plak.. last resort, aku cari sendiri resepi dalam internet... ingatkan susah nak buat sup ni tapi rupanya teramat la senang... untuk sesuaikan dengan selera aku, aku ubah sedikit bahan-bahan dalam resepi ni... aku tak masukkan kekacang seperti yang biasa digunakan dalam minestrone soup yang original sebab aku tak suka sangat makan kacang.. instead, aku lebihkan ubi kentang, carrot, celery dan tomato.. plus, sedikit cuka untuk bagi rasa acidic/masam..


    minestrone soup :

    Bahan-bahan :
    ½ bungkus pasta (makaroni/penne/rigate) – dicelur dan ditoskan
    ½ tin besar tomatao puree
    3 biji tomato – dipotong dadu
    3 biji ubi kentang – dipotong dadu
    4 batang celery – dipotong kasar
    2 batang carrot – dipotong dadu
    1 biji bawang besar – dipotong dadu
    5 ulas bawang putih – dipotong dadu
    1 kiub pati ayam (dibancuh dengan 1 cawan air)
    1 liter air
    1 helai bay leaf
    1 sudu mixed herbs
    ½ sudu teh cuka
    garam dan serbuk lada hitam secukup rasa


    cara penyediaan :
    1. tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan bay leaf.
    2. Masukkan semua ubi kentang, celery, carrot dan tomato. Masukkan air bancuhan kiub pati ayam dan air.
    3. Setelah mendidih, masukkan tomato puree, cuka, mixed herbs, lada hitam dan garam.
    4. Masak sehingga mendidih. Sedap dimakan dengan pasta ketika masih panas...






    Saturday 10 November 2012

    at last...

    22 November 2012


    So the lion fell in love,
    And the lamb, well she fell too;
    It didn’t take too long before,
    One love became two.
    Torn between two lovers,
    A choice between she must make;
    Edward or Jacob she must decide,
    Before destiny forever seals her fate.
    In white she walked the aisle,
    With Edward suited up in pale;
    Together they joined hearts,
    Then came a baby looking so frail.
    A war now silently rages on,
    That threatens their loved ones gone;
    What will Bella, Edward and Jacob do,
    To survive the Breaking Dawn?



    Friday 9 November 2012

    love is blind...

    Betul ke tindakan kami? Ntah la... aku rasa apa yang kami buat ni memang patut pun... apa pun demi kebaikan dia... tapi sayangnya, bila hati dan otak dia dah banyak dipengaruhi oleh orang belah sana, dia sendiri dah tak boleh nampak kebaikan dan niat ikhlas keluarga sendiri... buta sebab cinta atau buta sebab sihir, aku sendiri tak pasti.. tapi yang pastinya, kami 'hilang' seorang anggota keluarga sebab C.I.N.T.A. …. bukan kami sengaja tak mau terima perempuan itu sebagai ahli keluarga... tapi sebagai manusia biasa yang inginkan yang terbaik untuk orang yang kita sayangi, mestilah aku dan famili berharap dia dapat bertemu jodoh dengan orang yang lebih beradab sopan atau sekurang-kurangnya mahu berusaha ke arah yang lebih baik.. namun jika teguran yang diberi secara lembut dan baik oleh bakal ibu mertua seringkali dijawab dengan kasar dan ibunya pula menyokong tindakan kurang ajar anaknya itu, adakah itu satu petanda yang baik untuk adik sebagai seorang suami? sebagai seorang anak lelaki kepada ibu yang mengandungkannnya? Bagaimana dia hendak mengawal si isteri nanti jika pada peringkat ini pun sudah nampak belangnya sebagai queen control... hingga anak yang rapat dan hormat pada ibu bapa sendiri kini berani melawan dan menuduh ibu sendiri sebagai melawan takdir tuhan kerana tidak mahu menerima jodohnya yang telah ditentukan oleh tuhan??? aneh sungguh perangai dia kini...

    apa pun, kami tidak pernah membuang dia dari famili.. pintu rumah ini sentiasa terbuka untuk dia.. dia sentiasa dialukan untuk pulang ke rumah... terserah pada diri dia sendiri sama ada masih mahu pulang menjenguk famili sendiri atau tidak.. hanya dari kejauhan aku ucapkan selamat pengantin baru... semoga dia sentiasa dilindungi dari kesusahan dan ketidakikhlasan hati manusia...

    Thursday 8 November 2012

    chauvinist...

    Di Malaysia,dah ada Dasar Wanita Negara untuk beri panduan dan tuju hala dalam segala usaha perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan negara untuk pastikan kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai, baik sebagai sasaran mahupun sebagai agen-agen pembangunan masyarakat moden... sebab itu juga, ada sasaran pembabitan 30% tenaga kerja wanita dalam peringkat pembuatan keputusan.. tak kira la di sektor awam atau swasta... tapi sampai sekarang, memang sasaran tu belum tercapai lagi... sebab tak tercapai??? teori aku, sebab wanita lebih utamakan famili dari kerjaya.. tak kira la samada memang sukarela berhenti kerja untuk bagi tumpuan pada famili ataupun request dari para husband supaya wife diorang jadi full time housewife... lagi satu sebab ialah orang atasan sendiri yang still ada sikap chauvinist... masih utamakan pekerja lelaki daripada pekerja pompuan... masih ada yang tak berapa yakin dengan kebolehan pompuan... tak ke chauvinist tu??? tapi aku rasa di Malaysia, sikap chauvinist dalam bidang pekerjaan tu takde la kritikal sangat... masih boleh diterima lagi dalam beberapa keadaan tertentu... kena bersikap rasional dan realistik...

    tapi iklan lama-lama di bawah ni memang hardcore chauvinist!!!! first time tengok iklan ni pun aku rasa mcm memang hampeh giler!!!! (http://fotozup.com)











    tapi yang ni memang paling melampau....



    budussss sungguh.... dah takde idea sangat ke?


    untuk yang tak paham arahan...

    
    notis yang pernah aku jumpa sendiri di satu construction site dulu...
    
    gambar-gambar kat bawah ni, aku rasa kalo legal, kontraktor kat Malaysia mesti dah lama buat... hehehe.....




    Wednesday 7 November 2012

    Peminat fanatik siti nurhaliza...

    
    "Dato' K"



    Nak tau sapa mamat ni? Ni la 'Dato' K' – 'suami' siti nurhaliza... jangan lak terkejut tengok Dato' K tetiba berubah rupa...hahaha... sebenarnya, aku pun dah tak ingat nama lelaki ni... tetiba terjumpa gambar dia masa mencari gambar si kenit tadi... aku jumpa lelaki ni masa buat siasatan permohonan bantuan rumah beberapa tahun lepas...

    kisahnya, semasa turun padang buat siasatan permohonan program bantuan rumah dulu, aku dan staf telah pergi ke satu rumah ni untuk siasat permohonan dia.. semasa di rumah akak tu, dia minta tolong tengokkan rumah adik dia di sebelah... menurut akak ni, adik lelaki dia ni kurang betul skit sebab tu duduk asing... sebabnya bila angin dia datang, dia akan rosakkan rumah... abis dia tanggalkan dinding/lantai kayu, cermin.. bila tengok rumah kayu di sebelah tu dari luar, memang teruk pun... lantai berlubang, tingkap tak bercermin... bila driver pi ketuk pintu rumah, adik lelaki yang dikatakan kurang betul ni menjawab dan ajak masuk... memula memang cakap elok... dia minta tolong betulkan rumah dia la, cerita ada yang tak siapkan kerja betulkan rumah dia.. tapi semasa driver gi check kat dapur/bilik air dan tinggal aku dan 2 orang staf perempuan, angin dia mula datang... dia mula cerita yang dia sebenarnya suami Siti Nurhaliza, Dato' K... ala penyanyi terkenal tu la... jenuh dok tahan gelak bila dengar pengakuan dia tu... lepas tu bila dia makin merepek, kitorang pun slowly minta diri... sat gi kot jadi lain plak kan? Elok kitorang nak beredar, dia pun sibuk nak keluar rumah gak... katanya nak pi dating dengan wife dia – siti nurhaliza...

    setiap kali teringatkan kisah ni atau lalu jalan ke kuala perlis, memang aku akan tersenyum sendiri... lawak bila teringatkan Dato' K kuala perlis tanpa misai tebal... hehehe...


    keadaan rumah 'Dato K'





    

    Happy birthday aqif...

    8.11.2012 – HAPPY 2sd BIRTHDAY to my little kenit, Muhammad Thaqif @ Aqif... semoga jadi anak yang soleh,sentiasa terang hati dan fikiran...






    rasa jap je dah umo 2 tahun budak ribut ni... apsal aku panggil dia budak ribut?? sebabnya ialah dia ni semua nak cepat.. dah la tu, buat apa pun memang cepat... berlari, memanjat, memunggah, etc.. dari saat lahir sampai sekarang!! hehehe... dia nak cepat sangat jenguk dunia sampai lahir pun tak cukup bulan.. baru 34 minggu, dah selamat bersalinkan dia... plus sikap aku gak time tu yang sebabkan aku terbersalin awal...

    kisahnya masa tu, perlis sedang dilanda banjir besar... walaupun dah hampir 7 bulan pregnant, aku still meredah banjir paras betis pergi ofis.. semata-mata sebab orang SIRIM dari KL tetap nak buat audit ISO di ofis aku walaupun dah dibagitau yang perlis sedang banjir.. pengarah aku minta aku gantikan dia untuk teman orang audit sebab dia kena uruskan rumah dia yang dah dimasuki air.. di ofis tu la kitorang tengok air semakin naik.. last-last, bila dah petang, aku minta balik gak coz takut lepas ni aku tak boleh lalu dah jalan nak balik rumah!! even nissan xtrail pun dah tak boleh masuk rumah aku coz by petang, air dah naik paras paha.. by esoknya, rumah aku dah jadi pulau walaupun air masuk gak skit kat dapur.. tapi aku ni jenis obses skit bab susun atur barang kat umah ni... aku cukup tak senang duduk kalo kedudukan perabot tak kemas.. korang bayangkan la, bila dapur dah masuk air, mesti la semua almari dan meja makan kena angkat masuk dalam kan.. orang yang ada sifat mcm aku ni akan jadi stress giler... susah ati tengok perabot berselerak... so, bila air dah surut skit, aku pun pulun la mencuci dapur dan mengemas balik barang-barang.. walaupun dah dilarang oleh mak, aku tetap ubah sendiri perabot bila orang lain berhenti berehat..bayangkan nearly 7 month pregnant and angkat/tarik almari dan meja makan ke dapur balik... mau tak terberanak awal!!!


    plus, on the 4th day banjir, aku dan adik aku buat keja gila – drive keta gi alor star untuk cari stok makanan selepas dapat tau jalan a.star-kangar dah dibuka balik.. turn out, info driver aku tu tak berapa betul.. walaupun jalan dah dibuka, tapi keadaan still bahaya.. air deras masih separas separuh tayar kereta masih laju mengalir atas jalanraya... masa pergi still ok, tapi bila time balik, jalan dah ditutup balik.. jenuh mencari jalan nak balik kangar... last-last jumpa gak jalan kampung yang tak dinaiki air sebelum tembus ke jalan utama yang keadaan banjir tak begitu bahaya (but still air sama pasar dengan separuh tayar kereta duma tak deras je – nasib baik keta angah tayar 17”)... kalo tak, mau tido kat jalan la kitorang mlm tu.. huhuhu.. esoknya, tetiba je air ketuban aku pecah time bangun tido... nak g check kat klinik tapi semua tutup.. nak tak nak, kena gak gi hospital.. apa lagi, kena admit masuk hospital... 4 hari tido di hospital dan kena cucuk ubat untuk tahan dari bersalin awal coz masa admit tu masih belum cukup 34 minggu.. hari keempat di hospital tu baru cukup 34 minggu.. nasib baik time tu, mr.hubby dah dapat balik kampung... hari kelima, aku sepatutnya dah boleh balik tapi awal pagi dah ada contractions walaupun tak serius sangat.. masa nurse bawa aku untuk gi bilik scan tetiba dah ada tanda bersalin.. last-last, terus masuk labour room dan tak sampai sejam, lahir la Muhammad Thaqif.. mr.hubby pun tak tau aku bersalin dah sebab dia ingatkan aku still lagi kat bilik scan (dan nurse pun tak maklum kat dia)... tup-tup nurse panggil dan terus pegang anak je... hahaha.. ribut kan?

    after 2 years, aqif sekarang dah makin bijak dan turn out to be very loving brother (walaupun sikap membuli adik tetap ada) to adik... kalo tido, mesti nak tido sebelah adik... sehari tak nampak adik pun dah susah ati... apa pun, semoga aqif sentiasa menjadi penawar hati kami sekeluarga... sentiasa ceria dan sihat... aminnnn


    his first picture... umo 9 hari..


    
    sebulan lebih je umo tapi tido style mcm orang tua..
    
    
    
    his first toy... hahaha

    punya seronok naik walker sampai nak tido pun dalam walker

    budak gadget



    his birthday gift dari bapak..
    dia seronok sungguh dapat buku ni semalam