Tuesday 30 October 2012

takde faedah betul la korang ni...

Semasa hari raya aidiladha (raya kedua) yang lepas, aku ke Watson di Kangar untuk beli ubat selsema.. kalo sesapa yang familiar dengan kedai ni, tentu korang tau kan ada kedai nombor ekor dekat situ.. dari dulu lagi, kalo lalu depan kedai nombor ekor tu, aku akan beralih tengok orang yang sedang beratur beli nombor ekor.. saja nak tengok ada tak orang melayu/islam yang tumpang beratur sama.. selalunya, at least mesti ada sorang.. dah la tu, rambut kat kepala pun dah nak berubah colour jadi putih dah pun.. yang muda-muda plak, selalu pakai helmet full-face.. agak-agak apsal dia pakai macam tu??? konon tak mau orang nampak muka dia la tu kan... masa hari raya tu, bukan setakat sorang, tetapi ada 4-5 orang gak yang bangsa melayu/islam beratur sama... rasa mcm nak berhenti amik gambar time tu tapi tak pasal2 jap gi aku kena sekeh plak.. so, aku cuma mampu mengutuk dalam ati dan geleng kepala je la..
semasa aku kerja di kangar dulu dan terdedah dengan program pembasmian kemiskinan, aku boleh cam ada gak peserta aku yang terdiri daripada orang kurang berkemampuan ni turut aktif beratur di kedai yang satu tu.. aku harap duit bantuan tu tak digunakan untuk beli benda yang tak berfaedah tu.. sedih tengok orang yang hidup susah tapi menghabiskan duit untuk beli benda yang merugikan macam tu.. kalo korang beli benda makan lagi kenyang kan... tapi arwah tok pernah kata kat aku, kebanyakkan orang-orang dulu (zaman 60an dan 70an), kurang arif bab agama ni.. tak macam zaman sekarang (nak amal ke tak, itu hal lain).. diorang tak tau bahawa judi tu haram..sebab tu ramai orang tua yang beli nombor ekor.. aku pun pernah terbaca dalam diari abah (diari pertengahan 70an kalo tak silap aku la) yang tok sedara aku pernah buat kenduri kesyukuran sebab menang nombor.. bunyi macam kelakar tapi tu la hakikatnya.. tapi sekarang dia dah tak join dah main nombor ekor ni...
sekadar gambar hiasan..
takde kena mengena dengan kedai di atas

anyway, sekadar renungan bersama :
Judi diharamkan oleh Islam dan sebarang bentuk penglibatan dengan unsur judi dalam apa-apa aktiviti muamalah perlu dihentikan segera. Ini kerana harta yang diperolehi daripada sumber judi adalah haram tidak kira bagaimana bentuk perjudian tersebut. Antara sebab pengharaman judi adalah kerana terdapat unsur penindasan, penipuan, kebergantungan kepada nasib, mencetus permusuhan dan boleh menjejaskan ekonomi individu, masyarakat dan Negara. Dalil pengharaman judi adalah;
  • Surah al-Baqarah : 219
“Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dab beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada menfaatnya”.
  • Surah al-Maidah : 90-91
    “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”
  • Hadis ;
    “Sesiapa yang bermain judi sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Taala” Riwayat :Ahmad, Malik, Abu Daud dan Ibnu Majah.

hobi dulu, sekarang dan selamanya....

Obsess!!! hanya itu yang aku boleh katakan bila sebut tentang hobi aku yang satu tu – buku!! setengah orang suka membaca tapi tak suka membeli... aku plak suka membaca dan membeli.. rasa tak puas bila baca buku yang dipinjam...lain la zaman study dulu... duit poket ciput je.. so, kalo tak pinjam buku di library, aku akan beli buku di kedai buku secondhand je... tapi bila dah keja, dah ada income sendiri, memang sentiasa beli buku je la... sebelum kawin dulu, sekali gi MPH, Popular atau Border, memang beratus RM la terbang... cuma sekarang kurang skit – priority lebih kepada dua beradik tu dan barang rumah..



koleksi versi 2.0




masa majlis kawin dulu, si photographer pun terkejut tengok rak buku yang tersusun dalam bilik pengantin... first time katanya tengok rak buku dalam bilik pengantin.. hehehe... yang tu kes tak mau letak rak buku tu kat luar.. takut nanti ada lak buku-buku yang hilang... dah la sebelum tu ada adik yang murah hati bagi pinjam dan hadiahkan buku aku kat kekawan dia.. abis koleksi novel melayu aku.. balik cuti semester, tengok koleksi aku tu dah tinggal berapa buah je.. tu pun sebab buku tak best.. novel bahasa inggeris je yang selamat.. hisshh.. time tu memang panas satu badan dibuatnya!!! bila dah nak pindah ke penang, aku memang nak bawa semua koleksi buku tapi mr.hubby kata tak payah.. dia suruh buat koleksi baru je di penang since dia pun kaki beli buku macam aku gak... malas nak mengangkut buku aku la tu...

kalo dulu, satu novel bahasa inggeris aku boleh habiskan dalam masa sehari.. dan novel bahasa melayu dalam masa beberapa jam.. tak tido malam pun takpe asalkan dapat abiskan buku tu.. time tu, abah memang penat tengok gelagat aku dan keluar duit untuk sokong hobi aku.. fast reader katanya... dia pun tak macam tu.. selalunya, setiap kali dia balik dari outstation, dia akan belikan aku satu plastik besar buku.. biasa la, aku kalo dah start pegang buku, sambil masak kat dapur pun aku bawa buku.. sambil nak tunggu lauk masak, sempat le membaca lagi.. mcm tu gak time makan.. mak takleh kata apa sebab abah pun stail membaca kat meja makan.. hehehe.. tapi bila dah ada anak kecik, fast reader dan jadi slow reader.. nak abis 1 novel sebulan pun payah.. tak kira la BI atau BM... dua-dua sama je... bila nak pegang buku je, anak mula nak pegang buku tu gak.. buku sendiri tak mau baca plak.. nak amik buku mak gak...



rak buku dalam bilik pengantin...


pengantin dan pengapit...

 
sekarang ni, aku hanya lebih melayan obsession anak-anak lak walaupun aku tetap setia membeli buku especially by authors yang memang fave aku.. si abang sekarang sungguh obses dengan bas dan cicak.. pantang tengok bas di jalan.. mula la terjerit2 tunjuk bas... macam tu gak bila bas sekolah lalu depan rumah.. terkodek-kodek lari ke sliding door nak tengok bas.. bas mainan dia pun dah berapa buah – sampai aku dah tak ingat.. kalo pasal cicak plak, dia sebenarnya bukan berani pegang pun... just obses nak lastik cicak.. sekarang bila dah tau orang guna getah untuk lastik cicak, dah pandai mintak getah nak lastik cicak.. cicak yang nak dilastik tak kena tapi batang idung dia sendiri yang kena lastik... huhuhu... bila balik kampung, habis semua orang dia tarik tangan teman dia cari cicak... selalu layan tok dan tok ayah dia la.. si adik plak baru nak masuk lapan bulan tapi tengok gaya makcik kenit ni suka sungguh makan... sampai dah kenal plastik roti, plastik biskut dan mangkuk... baru pegang plastik roti/plastik biskut/mangkuk je tapi dia dah tergedik-gedik sambil nganga mulut minta disuap... kalo tak suap, pandai gak membebel dah.. hadeiii...



hobi saya makan tau...


dan makan lagi.....


kenit dan bas baru dia...


budak gila bas....


Thursday 25 October 2012

cik dina melawat ofis mak..

hari ni, a day before raya, was supposed to be my day off tapi sbb ada keja yg tak settle lagi maka tpaksa gak hamba Allah yg sorang ni ke ofis gak.. lebih 'best' pengasuh plak dah start cuti raya.. so, tpaksa la si adik ikut mak ke ofis dan si abang ikut bapak blk ke kampung since kbetulan plak mr.hubby ada meeting di perlis pagi tadi..

dalam sejarah karier aku, ni la first time aku bawa anak g ofis utk buat keja... kalo setakat melawat ofis lama tu lain citer la kan.. hehehe.. cik dina as nicknamed by 1 of my boss mmg blh dikatakan well behaved masa di ofis tadi.. takde nak mlalak tak tentu psl unless mengantuk.. lega mak dia.. hahaha.. tapi mcm abg gak, dia suka sgt  main kertas dan keyboard pc.. nasib baik tak terdelete fail mak tadi.. huhuhu..

bergolek di surau ofis.. release stress asyik dok atas stroller je..

budak bambam tido nyenyak... senang ati mak dia nak buat keja skit..


Wednesday 24 October 2012

fobia si abang...

Agak lama rasanya gangguan tu 'bercuti' kali ni...alhamdulillah la kan... aku pun malas nak melayan dengar bunyi pelik-pelik tu... tapi disebabkan gangguan bunyi tu, khususnya bunyi alu lesung tu, si abang dah jadi fobia giler.. pantang dengar bunyi orang menumbuk sambal pun dia dah lari lintang-pukang mencari mak.. lepas tu peluk mak tak mau nak lepas sambil mata melilau mencari punca bunyi lesung tu... bila dah stop bunyi menumbuk, baru dia calm down skit... kesian dia...

selain dari fobia bunyi lesung, si abang ni takut sungguh tengok lipas dan cicak.. kalo masuk bilik air nak main air pun, dia akan patah balik bila tengok ada sekor lipas sesat dalam bilik air tu... kalo mak bapak dia sebut lipas pun, dia dah lari ke lain... hahaha... cuma dengan cicak dia berani skit... siap amik barang nak baling kat cicak... dia lagi seronok kalo dapat rubber band... siap buat gaya nak melastik lagi walau pun last-last terkena batang idung sendiri.. hehehe.. semalam, nasib baik mainan yang dia baling tu tak masuk dalam kuali minyak panas tu... gara-gara nak masuk kacau mak kat dapur la ni.. tapi bila ternampak cicak kat siling dapur, dia patah balik ke ruang tamu cari benda nak buat senjata baling kat cicak... nasib baik la sipi je nak masuk dalam kuali panas tu... kalo tak, ada yang makan patung gajah goreng semalam ye!!!

Tuesday 23 October 2012

Ramon Bruin...

Salah satu impian aku yang amat mustahil untuk dicapai ialah PANDAI MELUKIS!!! tp akhirnya berkahwin dengan org yang pandai melukis.. at least terubat skit tengok mr.hubby melukis dengan si abang tu.. hehehe.. tapi tadi bila terjumpa artikel pasal Ramon Bruin ni dan lukisannya, perasaan jeles dan kagum tu kembali menyerang...





nampak real giler kan???

Thursday 18 October 2012

dua beradik..

Seronok tengok karenah 2 beradik yang semakin membesar.. si adik dah pandai nak main dan si abang pun dah pandai melayan adik main.. abang melompat, adik pun nak melompat dalam walker.. abang minum susu, adik dah sibuk kecap mulut nak susu gak.. tu belum bab makan lagi.. si adik kalo nampak paket biskut dia, terus tergedik-gedik nak amik.. kuat makan sungguh si adik ni.. baru nak masuk 8 bulan tapi badan dah lebih kurang mcm abang... ke atau abang yg slim skit??? hehehe.. mcm mana abang nak berisi kalo makan pun nak kena ada mood.. dah la tu, memilih plak.. nak makan yang pedas je.. dan dia plak jenis aktif sangat... tak sempat lemak nak lekat kat badan.. huhuhu..

si abang memang sayang sangat kat adik... masa terpisah seminggu (gara-gara mak kena outstation seminggu), setiap kali telefon si abang, mesti abang tanya adik dia.. tu belum kira dia mencari adik di rumah pengasuh... bila tengok adik takde, dapat bantal adik pun jadi la... sayu plak bila dengar cerita pengasuh tu.. tapi dalam sayang tu, kekadang datang gak perasaan geram pada adik... time ni sian plak tengok adik kena buli dengan abang.. takpe, tak lama lagi adik dah pandai gerak sendiri, siap la abang... adik ni pun boleh tahan gak perangainya... dalam kecik-kecik ni pun dah terserlah kegarangannya..

dua beradik...

tak padan dengan kecik, tak reti duduk diam.. tak boleh berjalan, bergolek pun jadi la..

this what happen bila adik nak tolong mak sidai kain..






Monday 15 October 2012

dia start dah...

15 September 2012 :

Setelah beberapa ari senyap, ari ni dia buat lagi... time senja mcm biasa... aku tengah menangguk si adik tido dalam buaian dan si abang plak sedang merengek dalam carseat dia minta aku amikkan mainan dia.. around 7.40pm, tetiba terdengar bunyi perabot diseret dan alu lesung bergolek di tingkat atas.. bising!!! si abang yang sedang merengek pun terdiam terus... mata asyik dok menengok ke arah siling... confirm bukan jiran sebelah sebab diorang still tak balik lagi.. huhuhu...

start je bunyi tu, aku terus sms mr.hubby yang masih berada di ofis... tapi time dia balik, bunyi tu dah stop... saja je nak nyakat aku la tu!!! hampeh!!!

Thursday 11 October 2012

kisah seram PUO..

Sebelum study di uum, aku berpeluang study di politeknik ungku omar atau PUO.. kalo sesapa yang nak stay di asrama, peluang hanya terbuka untuk students sem 1 je tau.. bagi yang familiar dengan puo ni, mesti tau dah kan rupa asrama tu.. bangunan agak lama skit.. seperti students baru yang lain, aku sempat stay 1 sem je kat asrama ni... masa masuk tu senior ada yang warning psl 'lelaki berapi' yang kerap nyakat bebudak asrama tapi sampai abis aku tak pernah dengar pun bebudak ni jumpa.. tapi ada gak aku jumpa yang lain..

kisah 1 :
first aku kena pun masa dah pertengah sem dah... pagi tu aku takde kelas.. so, melepak sorang2 la dlm bilik since roomate aku plak ada kelas... tengah melayan novel yang tebal tu, tetiba ada suara berbisik di telinga aku.. 'psttt..psstt'.. aku tengok kiri kanan, atas bawah tapi takde orang pun.. masa tu, seram sejuk takyah dok kata la..tapi aku still buat tak tau je... lps tu aku slow je jln gi duduk kat meja study, dia pun ikut gak berbisik kat telinga... last2, aku suruh dia jangan ganggu aku sebab aku tak ganggu dia pun... nasib baik mau dengar gak cakap aku ni... huhuhu..

kisah 2:
satu malam, sedang aku dok study di meja study yang terletak dekat dengan tingkap, tetiba aku rasa seram sejuk.. selalunya kalo mcm ni, biasanya ada benda yang nak kacau.. so, aku tengok dalam bilik takde apa2 pun.. roomate aku pun relaks je study atas katil dia.. aku pikir mungkin perasaan aku je kot... tapi bila aku tertengok ke arah tingkap bilik, aku nampak bayang2 orang berbaju putih melintas slow motion je kat luar tingkap bilik aku.. dua kali dia melintas.. kali ni aku tau dah dari cara dia gerak pun memang bukan manusia.... (pengalaman terkena form 5 dulu)... aku pun pindah ke katil dan tarik selimut sampai ujung kepala... roomate aku heran tgk apsal tetiba lak aku buat mcm tu.. bila aku kata ada benda berbaju putih dok berkawad kat luar tingkap, dia pun tarik selimut gak macam aku.. hehehe..

kisah 3:
kali ni, aku takde la jumpa pun.. cuma time aku duduk asrama tu, ada satu bilik di tingkat bawah yang dibiarkan kosong... depan bilik ni ada pokok besar... kalo sesapa yang lalu depan bilik tu, memang akan rasa seram sejuk skit.. dengar ceritanya, bilik ni ditutup sebab selepas kes student lelaki mati kena electric shock masa main electric guitar dalam bilik tu, ramai students yang duduk dalam bilik tu kena ganggu.. katanya, ada yang student baru yang masuk bilik tu terbau benda hangit... ada gak yang tengah tido tapi terbangun dengar bunyi gitar dan tengok ada 'org' dok main gitar atas katil double decker tu.. selain tu, ada gak yang kata diorg dengar bunyi pompuan menangis..

kisah 4 :
yang ni hantu paling tak guna sekali.. time tu dah akhir sem, dah nak balik kampung pun esoknya.. kesnya, aku tetiba terjaga tengah malam... rasa ada yang tak kena je.. bila aku beralih ke arah tingkap, ada cubaan yang bagi aku sungguh membuatkan aku lupa diri jap!!! ada hantu kepala itam tengah cuba amik wallet aku yang ada atas meja study tu.. siap tanggal lagi tingak nako supaya senang dia nak kais wallet aku dengan T-square dia... hantu sungguh!!! aku yang tengah bengang giler terus amik ruler kawan aku nak hentam dia tapi dia sempat lari plak.. nasib baik aku terjaga, kalo tak satu hal aku nak balik kampung pagi esok coz tiket bas, semua duit dan kad atm pun dalam wallet tu... rezeki aku masih ada... bagi yang tak paham, yang ni bukan hantu betul tapi manusia yang berperangai hantu!!! aku suspek budak asrama lelaki yang cuba buat pedajal tapi nasib baik dia sempat lari... grrrrr...


kisah seram di UUM..

Congrats to my staff yang berjaya mengenggam segulung ijazah pada bebaru ni... setelah bnyk CR yang abis untuk mengejar kelas dan exam di UUM, akhirnya berjaya gak pakai jubah biru tu... congrats again!!! kebetulan plak officer dan anak buah pun sesama produk UUM... memang tak sah kalo tak sembang psl topik seram di UUM.. tak kira la pengalaman sendiri atau urban legend yang selalu di dengar di UUM.. cerita paling hot dulu mestilah kes budak bertuah yang bila dia bangun dari tido, tengok2 ada cik ponti merenung dia di sebelah dia.. sadis la cik ponti ni.. dan satu lagi penumpang misteri bas bukit kachi.. huhuhu.. kali ni aku nak share skit benda seram yang aku jumpa di UUM..

Kisah 1 :
Semasa sem 2, aku merupakan antara batch students yang pertama kena pindah ke asrama Bukit Kachi 2.. sebelum pindah pun dah dengar macam-macam cerita dari driver bas uum... tapi cerita yang paling famous ialah pasal perabot dalam bilik asrama (yang masa tu belum berpenghuni) yang dah siap diletakkan dalam bilik tapi 'dipindahkan semula ke luar'... nampak sangat ada yang tak suka orang nak pindah masuk tempat dia kan... huhuhu.. anyway, blok asrama aku ni bersebelahan dengan hutan dan bilik aku di tingkat 2.. ntah apa malangnya, dari sem awal sampai abis study pun, mmg aku sentiasa dapat bilik sorang... kekadang ada roomate tapi dia jenis suka lepak bilik kawan dia.. last2, terus pindah tido sana.. tinggal le aku sorang-sorang dalam bilik.. aku plak bukan jenis yang reti nak ajak kwn lain teman aku tido.. tapi kekawan aku suka datang lepak kat bilik aku sebab takde nak risau roomate terganggu dengan kekecohan kitorg dan sebab bilik aku bnyk stok makanan... hehehe.. masa final exam , si dayah dan ina raub merupakan antara tetamu tetap bilik aku.. sampai tengah malam kitorg study sekali tapi time nak tido, masing-masing nak balik tido kat bilik sendiri sebab kesiankan roomate yang takut nak tido sorang-sorang... satu malam, si ina raub tak join skali sesi study kami.. so, bila nak balik tu, dayah terpaksa la balik sorang-sorang... sebab kononnya nak short-cut, dia berjalan merentas gelanggang yang terletak di tengah-tengah blok asrama... time tu dah mmg tengah malam betul... dalam 1 pagi ada le kot... katanya, masa tengah berjalan tu, dia rasa ada benda yang terbang atas kepala dia.. dia apa lagi, lari tak cukup tanah la balik ke bilik dia... huhuhu.. lepas tu dia taubat tak mau balik dah lewat mcm tu..

Kisah 2 :
macam aku sebut tadi, aku stay sorang-sorang dalam bilik... kalo kekawan aku tak datang, aku study je la sorang-sorang... malas nak merayap sorang-sorang memalam... masa last subjek during my last sem, asrama tu dah memang sunyi skit sbb ada dah bebudak yang balik kampung... time tu, aku tengah pulun baca buku.. kebetulan meja study plak sebelah tingkap... tapi atas langkah keselamatan, aku tak le buka tingkap tu... siap tutup rapat dengan langsir lagi... dah banyak sgt dengar cerita psl ada yang datang menjenguk ikut tingkap.. tak kira la yang saja nak tanya khabar atau yang dtg jual kuih.. hehehe... getting on with my story, masa tengah pulun study tu, tetiba terdengar suara mengilai kat luar... memula dengar mcm dekat je.. so, aku buat tak tau je la coz orang tua kata kalo bunyi mcm dekat tu maknanya benda tu dok ada jauh dari kita tapi kalo bunyi jauh, benda tu plak memang ada dekat dah dengan kita... lama gak bunyi mcm tu sampai aku dok menyumpah dalam ati... ganggu aku betul la!! tapi tetiba bunyi tu dengar makin jauh plak... macam tau2 je aku baru lepas menyumpah dia... last2, aku naik tido atas katil, tarik selimut sampai ujung kepala... tapi sebab masih dok dengar gak bunyi tu, aku amik bantal tekap kat telinga.. tak tahan dengar bunyi mengilai tu.. last2, bila sedar balik dah pagi... nasib baik la dia tak temankan aku tido dalam bilik tu.. huhuhu..

Kisah 3 :
bagi ex-uum, mesti korang ingat bas mara putih buruk yang students naik untuk keluar ke changlun/jitra/a.setar...masa awal2 dulu, bas ni jenis yang takde aircond.. kena buka tingkap kalo tak nak rasa macam dok dlm oven!! biasanya aku naik bas ni dekat depan DK1.. lepas tu bas ni akan round semua kolej untuk amik penumpang... sekali tu, time tengahari rembang, lepas abis amik penumpang kat kolej yang dekat dgn padang golf tu, bas ni macam biasa akan lalu tepi padang golf dan juga hutan kecil... masa lalu hutan ni, aku ternampak sorang pompuan berbaju putih duduk atas dahan pokok sambil menyisir rambut dia.. tergamam jap aku dibuatnya... aku cuba jengah balik ke arah tu sambil pikir 'manusia ke hantu ni?'... tapi walaupun aku nampak dahan tu, bayang pompuan tu dah takde atas dahan tu... kalo ikut logik pun, mana ada budak pompuan nak buat keja gila duduk atas pokok dengan baju mengerbang macam tu... memang terer betul budak tu kalo dapat panjat pokok yang tinggi tu dengan baju macam tu.. huhuhu..

Kisah 4 :
Ni bukan pengalaman aku tapi sepupu aku yang kebetulan senior aku di UUM... dia dulu stay di kolej pewaja (kalo tak silap aku la).. kisahnya, satu malam tu dua orang kawan dia decide untuk nak tido di bilik dia yang terletak di tingkat atas skali..so diorang berempat (termasuk dengan roomate sepupu) pun kembarkan dua katil single tu untuk nak tido... ni kes ada yang tak mau ngalah tido atas lantai le ni gamaknya.. hehehe.. elok je tutup lampu dan tarik selimut, sepupu aku dah terasa ada yang tak kena... dia rasa mcm ada yg memerhatikan diorg tido.. tapi sebab dia ni jenis kuat semangat, dia buat tak tau la... tapi kwn2 dia plak pun rasa benda yang sama.. then ada yang ternampak ada pompuan hodoh bertenggek di hujung kaki diorg.. siap bau busuk mcm bangkai lagi... apa lagi, masing2 lari lintang pukang la.. tak pasal2 kena tumpang tido kat bilik orang lain... bila dia balik ke bilik pagi tu, bau busuk tu still ada skit lagi sebelum beransur hilang terus.. disebabkan dia jenis kuat semangat, dia tetap selamba duduk di bilik tu sampai abis sem.. kekwn dia plak ada yang demam seminggu lps insiden tu.. huhuhu...



Monday 8 October 2012

dia cuti...

8 September 2012 :

ari ni takde sangat bunyi... sunyi skit... just ada bunyi perabot diubah kejap time senja tu dan bunyi seolah-olah lesung bergolek.. but aku assume tu jiran sebelah je... malas nak pikir lebih-lebih.. 2 beradik pun takde nak tengok atau menunjuk kat tangga macam selalu... ari cuti dia kot.. huhuhu

Sunday 7 October 2012

rumah....

Ntah mcm mana semasa drive ke ofis pagi ni, timbul idea nak rekod perkara-perkara 'misteri nusantara' yang berlaku di rumah sendiri.. Saja untuk nak tengok rekod tarikh dan jenis gangguan... senang skit nak tgk pola kejadian...ye la, kejadian pelik ni bukan jadi setiap hari, sekali sekala tapi dah namanya pun paranormal, memang naik bulu roma gak bila berlaku.. patutnya benda ni dah dibuat sejak pertama kali berlaku.. tapi tak pernah terlintas plak dalam kepala otak nak buat kan... huhuhu... anyway, apa yang ditulis ni takde maksud untuk nak mengadakan cerita atau mensensasikan perkara ni ye.. ini cuma untuk rekod aku sendiri je ye.. harap maklum...


4 September 2012 :
malam tu mr.hubby balik lambat dari ofis... stay back untuk siapkan kerja... tinggal le aku dengan kenit 2 orang kat rumah... sedang aku tidokan si adik (si abang lak duduk di carseat), tetiba ada bunyi perabot diheret di tingkat atas.. si abang dok menunjuk ke arah tangga yang kebetulan lampu tangga plak terbakar.. apa yang dia nampak aku pun tak tau... tapi aku try alih perhatian si abang dengan ajar dia sebut perkataan di ruang tamu rumah tu..


6 September 2012 :
sakan betul dia menumbuk memalam gni ek... time senja tadi aku rasa memang jiran aku yang sakan dok menumbuk sambal belacan.. tapi bila dah kul 10 malam, takkan dia nak menumbuk sambal belacan lagi di tingkat atas umah aku lak kan... dah la senja tu ada bunyi perabot diheret lagi... nak assume jiran sebelah umah yang lagi sorang ubah perabot time senja pun tak boleh sebab jiran sebelah memang takde di rumah..


7 September 2012 :
ari ni family aku datang rumah... sebelum balik, mak kata dia takde rasa yang pelik tentang rumah tu.. biasa la, bila perkara supernatural ni, semua orang ada sixth sense.. cuma antara nak paham/sedar atau tak je.. memang betul pun apa yang mak kata tu.. masalahnya kejadian ni tak sentiasa berlaku.. sekali sekala je... sebab tu takde rasa pelik sangat rumah ni... just ada masa tertentu je yang buatkan rasa agak kurang selesa duduk dalam rumah ni.. mungkin sebab dia ni hanya menyinggah??

anyway, lebih kurang pukul 9 malam lebih, sedang mr.hubby tidokan adik dalam buaian, aku dan si abang plak tengah layan main-main di ruang tamu... tengah-tengah main tu, si abang terhenti dan asyik tunjuk ke arah tingkat atas tangga (yang masih belum berganti lampu yang terbakar) sambil sebut “tu...tu..tu”... mr.hubby terbeliak biji mata tengok perangai anak dia mcm tu... aku sekali lagi try alih perhatian si abang dengan mengajar dia tengok buku... then lebih kurang sejam kemudian, turn aku plak tidokan si abang... tengah tangguk dia dalam buaian, dia beralih sekali lagi ke arah tangga sambil menunjuk... mata dia seolah-olah mengikut pergerakan orang turun naik tangga... padahal takde orang pun di tangga... si abang memang payah nak tido malam tu... elok ja dia pejam mata, dia akan terkejut.. lepas tu mesti nak tengok ke arah tangga.. last2, mr.hubby naik ke tingkat atas... sembahyang dan terus baca al-quran... si abang walaupun masih payah nak tido, at least dia tak lagi menunjuk ke arah tangga..



Friday 5 October 2012

penjaga kampung..

Bila sebut citer hantu, ramai mesti ingat perkara yang seram... betul tak??? tapi sekali tu pengalaman aku dengan spesies ni jadi lawak campur seram... huhuhu... masa aku form 5, aku pergi ke sekolah dengan berbasikal.. satu tabiat buruk aku ialah aku suka pam angin tayar basikal pada waktu malam... konon sejuk skit, xde la nak berpeluh sakan pam angin tu.. macam le dah tak cukup siang kan nak buat semua tu kan... tapi itu la aku... biasanya aku sorang je dok kat porch luar buat benda ni... yang lain sibuk dengan aktiviti sendiri kat dalam umah..

malam tu, lebih kurang pukul 9, tengah-tengah dok pam angin tayar tu, aku terasa seram sejuk dan macam ada yang sedang memerhatikan aku... cari punya cari, aku nampak satu kelibat putih duduk di belakang barisan pasu bunga kertas yang lebih kurang 20 meter dari aku.. aku punya la geram time tu coz aku ingatkan bebudak laki kampung yang sebaya aku tgh mengendap aku lagi... (beberapa ari sebelum tu diorg dah kena ligan dengan mak aku)... so, dengan muka annoyed giler dan bercekak pinggang, aku berdiri merenung ke arah kelibat putih tu.. lebih kurang 5 minit kot aku buat macam tu.... last-last, si lembaga putih tu berdiri dan memusingkan badannya ke arah jalan masuk rumah aku tanpa aku nampak mukanya.. dalam ati aku time tu, aku rasa kagum gak la dengan dia (yang aku sangka budak kampung aku)... semangat betul nak ngedap aku sampai sanggup pakai baju putih dan pakai rambut palsu panjang!!! tapi tetap ada rasa pelik dengan cara dia memusingkan badan dia tu.. nampak pergerakan dia terlalu smooth dan camner dia pusing sampai aku tak nampak muka dia??? dah la tu, bila tgk dia berjalan, memang aku terasa pelik dan dalam masa sekejap je boleh hilang bila sampai di jalan masuk ke rumah aku.. bila dia dah takde, aku sambung balik buat aktiviti aku... lebih kurang seminngu atau 2 minggu la aku dok ingat dia tu budak kampung walaupun otak masih dok ligat berfikir kenapa aku rasa budak ni pelik skit... jawapannya datang lepas tu..

satu malam lepas insiden tu, aku keluar sorang-sorang ke tepi rumah untuk ambil barang yang terpelanting ke luar melalui tingkap rumah... time tu dah pukul 10 kalo tak silap aku... tengah mencangkung nak amik benda yang terpelanting tu, sekali lagi aku rasa ada yang sedang memerhatikan aku.. kali ni rasa seram sejuk dia memang over the top giler... aku pun tengok le sebelah kiri aku.. terkejut giler aku tengok ada langsuir yang sedang melayang turun ke arah aku dari pokok janggus besar yang terletak di tepi rumah aku.. apa lagi, lari macam tak cukup tanah le aku dibuatnya!!! bila masuk dalam rumah, aku terus bagitau parents aku yang aku kena kejar dengan langsuir.. mak aku kata tu bukan langsuir tapi penjaga kampung.. abah kata tok nenek sebelah dia dulu memang ada letak penjaga di kampung tu.. sebab tu kampung aku tu kurang skit kes pecah rumah atau jenayah kecil ni... jenayah besar memang takde la kan... mak aku sendiri bagitau, masa pindah masuk rumah yang baru siap dibina tu, memang dia selalu nampak bayang-bayang perempuan berambut panjang dok melintas depan tingkap bilik menjahit dia (mak aku stail menjahit tengah-tengah malam, time orang semua sedap tido).. bila abah kata yang tu penjaga kampung, mak aku buat tak tau je la.. lepas mak aku cerita tu, aku teringat kes yang bercekak pinggang tengok lembaga putih tu.. baru aku sedar tu bukan manusia sebab dia bukan berjalan tapi gliding... patut le dia kejar aku bila second time berjumpa, gamaknya geram kot aku buat macam tu kat dia.. hehehehe... menurut mak aku, kalo ada orang asing yang takde pertalian darah masuk tinggal di kampung tu dulu, memang dia akan uji orang tu.. contohnya jiran di seberang jalan.. berapa malam anak lelaki dia kena sakat???!!! dipanggilnya budak tu keluar rumah tengah-tengah malam..bila dah keluar, budak yang separuh sedar tu terkejut giler tengok lembaga putih berambut panjang dok mencangkung depan rumah dia.. demam teruk budak tu.. huhuhu

lepas insiden kedua tu, memang boleh kata setiap malam aku diusik dia.. tingkap yang dekat dengan aku mesti akan bergegar sendiri... memula pelik gak le kan tgk kat luar takde angin tapi tingkap bergegar sendiri.. tapi bila bercampur dengan bunyi tingkap diketuk, aku rasa ni mesti kerja dia dah le ni.. insiden tu buatkan sepupu aku sendiri dah takut nak datang tido kat rumah aku.. tambah plak adik aku dok jadi tukang besarkan cerita.. dah la sepupu aku ni memang lemah semangat skit time tu (tapi sekrang dah jadi reporter).. aku buat tak tau je la tapi sampai 1 tahap aku naik angin gak le (aku ni kalo naik angin memang jenis lupa diri skit.. huhuhu).. time tu aku buka tingkap luas-luas sambil warning dia jangan dok kacau aku dah.. tension weiii!!! lepas tu, memang dia stop kacau aku dengan cara tu.. aku kata ' dia stop kacau aku dengan cara tu' – maksudnya bukan dia tak kacau langsung dah tau... ada le cara lain plak dia nak usik aku.. hampeh!!


Thursday 4 October 2012

harta dan darjat..

Manusia memang payah nak dipisahkan dari HARTA & DARJAT … kalo dah bukan rezeki untuk dinaikkan pangkat, kena je la terima dengan positif .. namun sebenarnya hati ni amat sangat nak ambil peluang naik pangkat ni untuk keluar dari ofis sekarang ni... huhuhu... bukan monetary return yang dicari sangat sebenarnya (walaupun dah hampir rugi RM15k akibat gold investment.. kalo boleh cover balik duit tu kan bagusss)... tapi bila difikirkan tanggungjawab yang berat bakal menanti, baik je duduk  diam-diam di ofis sekarang ni dan rugi duit tu sedikit dari menanggung tugas yang semakin berat di bahu.. dah la beban tugas semakin bertambah jika dinaikkan pangkat, tugas di rumah pun berkemungkinan besar akan jadi lebih complicated.. sebab khabarnya, jika benar dinaikkan pangkat, memang confirm kena keluar dari penang ni.. ke mana? Kemungkinan besar putrajaya kah? Huhuhu... tak sanggup aku nak keluar dari penang ni... bukan sebab sayang penang tapi sebab my little family kena berpecah.. Mr.Hubby yang bekerja di sektor swasta dah memang tak akan dapat berpindah keluar dari penang... dan si kenit 2 orang tu plak mcm mana? Si bapak tak sanggup nak berpisah dengan anak-anak.. si mak pun sama gak.. nak menjaga sendiri 2 orang kenit di tempat orang bagi aku memang mencabar... tu tak kira kalo tetiba kena outstation... memang boleh kaya tokei panadol macam ni..

kesimpulannya, ada hikmah kenapa ada di antara kami yang tak dinaikkan pangkat lagi.. walaupun ada yang dah demam memikirkan bila turn dia plak nak naik pangkat.. sabar ye kekawan... hehehe

Wednesday 3 October 2012

bunyi guli....

Aku dengan benda ala 'misteri nusantara' ni memang sejak kecil lagi dah selalu terkena atau terjumpa.. Sebab tu kot arwah tok petua macam-macam kat aku kalo terjumpa makhluk Allah yang lain ni.. huhuhu.. tapi alhamdulillah sekarang my sixth sense dah tak sensitif sangat macam dulu.. kalo tak, haru gak la coz masa zaman universiti dan training dulu aku selalu keluar masuk hutan.. kan tu tempat tinggal diorang??? huhuhu....


tapi skrg ni, hidup aku kembali diselubungi 'misteri nusantara'.. rumah teres 2 tingkat yang aku duduk di penang ni terletak di kawasan yang strategik dan dah fully renovated.. sejak mula pindah masuk rumah ni hampir 2 tahun yang lalu, memang aku selalu terdengar bunyi guli dan bunyi pintu dihempas.. tapi aku anggap itu hanyalah bunyi dari rumah sebelah since jiran sebelah ada anak lelaki.. mungkin hobi dia kot main guli time senja dan lepas tu hempas pintu bilik bila kalah main guli.. hehehe... boleh kata selang 2 atau 3 hari aku akan dengar bunyi tu... selain tu, semasa si aqif masih belum bergerak sendiri, dia akan meragam bila nak tido di master bedroom yang terletak di tingkat atas.. especially bila time bapak dia kena outstation... siap melalak sambil mata merenung ke satu sudut siling rumah tu... aku pun naik seram tengok dia menangis.. biasanya kalo jadi macam tu, aku akan bawa turun dia ke bawah... bila dah ada di bawah, dia pun dah ok skit... kekadang time husband outstatation, aku mainkan yassin guna galaxy tab aku sambil melayan si aqif main.. ilang skit perasaan seram tu.. last2, sekarang ni semua tido kat bawah ja.. ruang atas dah jadi tempat persalinan... tapi disebabkan insiden macam tu jarang berlaku, aku anggap ianya hanya kebetulan dan kalo ada pun, 'dia' hanya menyinggah sahaja..


tapi beberapa hari sebelum puasa ari tu, ada kejadian pelik yang buatkan aku terpikir balik pasal semua insiden tu... masa aku tengah pujuk si adik yang terjaga tengah-tengah malam, tetiba ada satu suara yang tumpang sekaki panggil adik... siap berlagu lagi memanggil adik!!! tengok si abang dan bapak plak tengah sedap je tido.. nak kata suara orang yang lalu di jalan belakang tu pun memang mustahil sebab jarak tempat tido dengan tingkap/pintu dapur tu memang agak jauh.. dan aku plak bukannya menjerit-jerit pujuk adik sampai orang kat luar pun bleh dengar.. abis, suara sapa plak tu? seram aku jap tapi aku buat tak tau je walaupun jantung dah berdegup semacam...adik pun takde la nak menangis... itu yang buatkan aku bertambah buat derk je.. lepas insiden tu, aku memang tak bagitau langsung kat husband pasal insiden tu.. paham sangat dah perangai dia yang susah nak percaya benda-benda pelik ni...


lepas abis puasa, insiden memanggil tu tak berulang pun dah tapi aku perasan sekali sekala ada kelibat hitam melintas semasa aku di tingkat atas.. dan sekali tu ada bunyi cakaran di tingkap.. tingkap di tingkat 2 dan takde balkoni tau!!! perasaan ada yang sedang memerhati tu, takyah cakap la.. tapi aku still buat tak tau je dengan semua tu.. yang si 2 beradik plak macam senang terkejut dan mata bulat je tengok kat sesatu tempat.. dan selalu demam malam sampai si pengasuh kata diorg ni macam demam terkejut je.. dan satu senja tu, aqif yang tengah terikat kat carseat dan syok main dengan buku dia, tetiba dok try menjengok tengok bilik stor yang terbuka.. then, sibuk panggil mak sambil menunjuk sesuatu dalam stor.. time tu, aku suruh je dia tengok tv dediam.. buat muka malas nak layan.. elok dia abis tunjuk dan membebel apa ntah, si adik yang dah nak tido dalam buaian plak tetiba tkejut sambil mata terbeliak tengok apa ntah belakang aku yang tengah sibuk mendodoikan dia dalam buaian.. dan selang setengah jam or so, tetiba ada satu bunyi bergema dari arah siling tangga... bukan bunyi paip coz aku dah cam sangat bunyi paip ni tau... huhuhu... si aqif yang tengah dok main pun terkejut dibuatnya... lepas husband turun dari tingkat atas, dia pun admit ada dengar bunyi tu tapi bagi dia tu just bunyi paip... tapi yang bestnya, muka dia tak confident langsung masa tu... cuak giler!!! siap g mencari mana punca bunyi... dia dok blame pada paip yang bocor di dapur... aku yang bukan engineer pun tau bunyi tu bukan datang dari sana dan mana ada paip kat tangga!!! macam le aku tak pernah dengar bunyi paip kannnn????


semasa outstation di KL bebaru ni, aku berjumpa seorang kawan lama dan terbuka cerita pasal insiden di rumah tu.. dia point out semua insiden tu mungkin berpunca dari gangguan jin.. sebab biasanya kalo bunyi guli ni memang takde benda lain dah melainkan spesies dia.. Aku kemudian try search dalam internet pasal bunyi guli dalam rumah... biasanya, rumah yang ada gangguan jin ni, ada tanda-tanda seperti berikut;


  • Selalu kedengaran seperti bunyi guli jatuh di lantai
  • Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
  • Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
  • Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.


memang ada persamaan pun.. bila dah confident, baru aku story semua insiden yang pernah terjadi dalam tu kat husband.. bila dengar semua tu, baru le si husband ni buka cerita dia plak.. rupa-rupanya dia sendiri pun selalu rasa macam ada yang memerhatikan dia terutama kat tingkat atas... bunyi guli dan bunyi hempas pintu tu pun selalu gak dengar.. tapi mcm aku gak, dia ingatkan budak rumah sebelah walaupun secara logiknya, ada ke budak lelaki yang dah form 3 masih nak main guli tengah-tengah senja?? esp parents dia plak jenis alim skit.. betul gak kata husband aku tu... huhuhu.. husband plak usaha tanya tuan rumah dan pengasuh.. menurut pengasuh, gangguan macam tu memang biasa la di kawasan kami tu... mungkin sebab asal tapak perumahan tu yang dibangunkan di kawasan hutan berpaya yang jadi tempat tinggal spesies ni.. menurut pengasuh tu lagi, kes kat belakang rumah dia lagi ekstrem.. kena kacau dengan lembaga hitam, kena tindih tu perkara biasa.. last2, orang di belakang umah dia pindah ke lain sebab dah tak tahan diganggu... sampai dia depressed dibuatnya..


untuk nak tangani masalah kat rumah tu, sekarang ni aku dinasihatkan banyakkan bacaan al-quran dalam rumah tu.. kalo boleh, panggil orang baca yassin.. so, skrg ni lepas isyak wajib untuk baca al-quran dan yassin.. dan apa guna ada cd player, tablet, laptop, tv kalo tak digunakan untuk play ayat-ayat al-quran.. hopefully, lepas ni akan kurang dah gangguan ni..