Friday 25 October 2013

kisah seram yang kelakar..

dah terlanjur cerita kisah angker umah ni, aku nak share citer hantu yang agak lawak.. tapi lawak x sengaja!!
kisah 1 :ni kisah aku sendiri terjadi masa aku form 5 dulu.. time tu boleh dikatakan aku baru pindah masuk umah yang baru siap dibina di kampung abah.. perangai aku ni, aku suka mengepam tayar basikal memlm... konon sejuk la skit... time mengepam la mesti dah kul 9 mlm ke atas (kes bertangguh le ni.. tapi last2 kena pam gak kalo x esok gi sekolah kena jln kaki) dan time tu org lain semua ada dlm umah.. aku je yang terkodek2 mengepam tayar sorg kat porch umah tu..

tgh2 mengepam tu, tetiba rasa mcm ada yg memerhati.. nampak le kelibat baju putih dok mencangkung sembunyi belakang pokok bunga kertas mak aku.. aku tetiba hangin giler... dalam hati aku dok ngomel perangai buruk bebudak laki kampung abah aku yang suka ngendap aku dan adik (perasan lebih time tu )... x puas ati coz baru ptg semlm je kena ligan dgn mak aku, mlm ni dia buat plak lagi perangai buruk tu.. dengan bercekak pinggang, aku dok renung org tu... disebabkn gelap, aku x nampak le rupanya.. cuma nampak rambut kerinting.. aku dok agak mesti ni si nizam sbb dia sorg je bdk laki kmpg tu yg rambut kerinting... aku rasa dlm 5 minit gak le aku dok merenung dia.. last2, org tu bangun dan pusing ke arah jln masuk umah aku.. aku heran tgk apsal nizam ni tinggi sangat, rambut pun panjang dan apa ke jadah dia pakai jubah putih mak dia tu? extreme benar effort dia nak ngendap aku.. dah le cara dia pusing tu nampak pelik... cara jalan pun pelik... smooth aje dan lepas skit dari pokok buluh umah tu, dia terus ilang... heran gak camner dia lari laju sangat sampai aku x nampak dia lari.. lepas dia ilang, aku pun smbg operasi ngepam tayar mcm biasa...aku xde pak report kat mak sbb malas nak panjangkn citer...

kalo tak silap 2-3 mlm lepas tu, baru aku tau rupanya yg mencangkung tu bukan si nizam... rupanya spesies lain!!! kesnya, kebetuln mlm tu aku stay up sampai kul 4 pagi study sambil tgk bintang kat luar umah... tgh2 merenung bintang kat langit tu, aku tetiba perasan ada benda dok terawang2 kat bwh pokok buluh tu... baju putih mcm si nizam pakai dan cara jalan sebijik mcm si nizam jln mcm tu.. cuma dia bukan jln tapi melayang!!! n kali ni, xder rambut kerinting... cuma aku nampak muka seolah tengkorak dan tersenyum sinis... makin lama makin dekat dgn tingkap.. aku pun cabut lari sembunyi bawah selimut!!! ... dan mlm lepas tu, baru aku jumpa balik dgn 'si nizam' tu.. kali ni dia melayang turun dari pokok masa aku gi kluar umah untuk kutip benda yang terjatuh dari tingkap umah aku tu... mmg sah dia le yg aku nampak mencangkung balik pokok bunga kertas mak aku tu.. sebjik rambut n baju tu!!! cuma kali ni aku dpt nampak muka dia je yg sememangnya x hensem lgsg!!! aku cabut lari masuk umah... terus citer kat parents aku yg tgh sedap mkn nasi kat dapur...

rupanya, si rambut kerinting tu mmg sekali sekala dok round keliling umah tgh2 mlm.. mak aku selalu nampak kelibat dia tapi tak pernah citer kat anak2... abah aku pun sama je... ceh!!! tapi bila diingatkan balik, rasa lawak plak aku dok lawan bercekak pinggang dan merenung kat benda tu sampai dia yg lari dulu...

kisah 2 :
ni citer lecturer aku masa kat u dulu.. lets call him en.ishak.. nama sebenar dirahsiakan.. hehehe.. dia ni lecturer yg suka berkongsi pengalaman dia masa memuda dulu.. sekali tu nak dekat time final exam, dia kongsi citer housemate dia masa diorg belajar di UTM dulu.. katanya time nak dekat final exam ni, mesti bnyk kes students nampak hantu .. dia sendiri pun heran apsal selalu mcm tu.. dia agak sbb stress gamaknya.. sebab tu bnyk hantu suka ngusik time2 gni.. xpun halusinasi bebudak tu je... tu teori dia la...

kisahnya, en.ishak ni menyewa rumah teres 2 tingkat dengan 4 org yg lain.. en.ishak berkongsi bilik di tingkat atas dgn sorg kwn dia (aku panggil dia mi je la sbb aku dah x ingat nama dia)... sekali tu, dah tgh malam, mi tgh study sorg2 kat bilik di tingkat atas.. tetiba kawan dia terbau wangi je kat bilik tu.. bau mcm kemenyan... dia mula x sedap ati tapi buat berani terus smbg study lagi... baru nak smbg study, dengar plak bunyi mcm ada yg mcakar pintu bilik sebelah.. x cukup dengan bau dan bunyi, tetiba dia nampak kelibat lembaga berbaju putih dok berjalan melintas depan pintu bilik dia.. 2 3 kali lembaga tu dok ulang alik berjalan depan pintu bilik dia... mcm saja je nak tunjuk kat mi ni.. mi pun apa lagi, takut dan panik punya pasal terus je dia gi ke balkoni luar bilik tu dan terjun ke bawah.. x psl2 patah kaki sebelah... dan dia terpaksa dibawa balik berubat di kampung sbb lemah semangat terkejut tgk hantu...

bila mi ni patah kaki dan terpaksa tangguh 1 sem coz masih lemah semangat dgn kejadian tu, en.ishak ni rasa amat le sedih dan bersalah... bukan rasa bersalah sebab tinggalkan mi study sorg2 dlm bilik tu.. tapi sebab dia le yg menyamar jadi hantu tu.. kata en.ishak, dia tgh boring since dia ada gap seminggu sebelum exam.. x tau nak buat since dia konfiden dia dah boleh score exam tu nanti.. so, dia dpt 1 idea yang sungguh bernas iaitu menyakat si mi ni.. mlm tu, bila si mi tgh asyik ngadap buku, en.ishak mula bakar kemenyan kat bilik sebelah.. pas tu dia asap2 kemenyan tu supaya bau kemenyan tu sampai ke bilik mi... then dia saja cakar2 pintu bilik sebelah dengan garfu sebelum dia pakai telekung putih (aku lupa nak tanya dia rembat telekung sape) n berjalan2 depan bilik mi.. katanya lagi, mana le dia tau mi tu penakut nak mampus sampai sanggup terjun balkoni sebab takut hantu!!!

sampai skrg, mi x tau yg hantu tu bukan hantu betul.. en.ishak x berani nak story coz takut kena pelangkung dgn mi.. bertuah sungguh lecturer aku tu...

Thursday 24 October 2013

kisah bunyi guli lagi..

lama dah aku tak kongsi citer umah aku ni kat sini... bukannya xde kes tapi sejak bertukar tempat keja baru ni, tak sempat nak mengupdate citer.. cuma tghari ni ada skit masa nak menaip kat blog sendiri 

ni kes semalam.. memang the latest pun kan namanya... citernya aku tak menang tangan menjaga 2 beradik tu sorg2 since husband aku outstation semalam... so, bila tgk jam dah 10pm and aku still tak boleh mandi lagi lps balik dari ofis maghrib tu, aku buat keputusan utk ikat si abang (3 thn) atas babychair dengan belt then aku biar dia tgk tv sambil mkn.. then aku bawa si kecik (18 bulan) naik ke master bedroom di tingkat atas untuk mandi... before masuk master bedroom tu, aku gi iron baju dulu di bilik lain sambil melayan si kecik ni yang dok belek baju mak dia.. time ni mulut dia dok potpet cakap "mak, tik" sambil pegang baju2 aku.. biasa la, budak kecik yg sorg ni mmg dasar pompuan sejati... bab baju, kasut n handbag mak dia mmg dia cukup suka.. even tau dah pilih baju mana nak pakai sendiri!!
 
anyway back to the story... lepas habis iron tu, aku pun letak le si kecik ni dalam baby cot kat dalam master bedroom tu.. lps tu mula sesi naik bulu roma bila si kecik ni start melalak.. mata terbeliak je tengok atas.. kalo si abang dulu just tengok satu sudut je, si adik ni melilau je mata tgk semua sudut.. kejap2 mcm terkejut je... padahal sebelum ni dia pernah je masuk bilik tu tapi ok je.. siap boleh punggah barang dalam bilik tu lagi.. disebabkan aku pun dah rasa x sedap ati, aku pun bawa dia keluar dari bilik tu... terus je dia diam..

aku letak dia kat bilik aku iron baju tadi plak.. dia ok je, xde le nak melalak ke apa.. tapi bila masuk master bedroom tu balik, mmg dia x bagi aku lepas dia... last2, kami turun ke bawah je... elok kat bawah, dgr la bunyi yang familiar di umah aku ni - bunyi guli kat tingkat atas... anak2 aku tgk aku sambil tutup telinga.. aku buat x tau je la... malas nak melayan dah.. sebabnya bunyi tu mmg ada walaupun bukan setiap hari... malahan kekadang tu aku terjaga kul 3 4 pagi tapi dok dengar bunyi menumbuk lesung batu kat tingkat atas... aku anggap je la jiran sebelah bangun awal buat bfast sebelum gi keja wpun aku tau jiran aku tu x bgn lagi dan yg jiran yg sebelah lagi tu mmg jenis suka makan luar dan jarang masak kat umah;) 
 
aku malas nak gi check kat dapur sebab ada sekali tu, aku terlebih rajin bangun 3 4 pagi mengemas dapur sambil menunggu baju dalam washing machine berhenti... tengah2 mencuci pinggan kat sinki tu, tetiba ada yg berjubah putih plak jalan slow motion depan tingkap dapur aku... boleh plak time tu aku terberhenti jap buat keja sambil otak dok pikir samada nak teruskan buat keja atau smbg tido blk!!! last2, aku sambung balik je buat keja coz dalam otak aku 'benda' kat umah aku ni xde lagi pernah nyakat teruk2... huhuhu...