Ermmm.. lama aku tak update pasal kes umah aku ni… bukan dah
settle.. masih ada lagi cuma aku dah
malas nak amik peduli… asalkan dia tak kacau yang extreme, aku buat derk je la…
Cuma yang aku terpanggil nak share kes umah ari ni disebabkan aku musykil pasal
gangguan di bulan puasa ni.. maklum je la, orang tua kata bulan puasa ni hantu
setan kena ikat.. takde dah nak ganggu anak adam kan? Tapi kat umah ni,
gangguan tetap ada.. malah makin menjadi-jadi plak.. dan bila dikenangkan
balik, first aku sedar umah aku ni ‘something’ ialah pada bulan puasa tahun
lepas iaitu kes ada suara tetiba memanggil nama adik di tengah-tengah malam.. dan bulan puasa tahun ni pun bunyi pelik tetap ada...
Walaupun dah hampir peghujung ramadhan, bunyi guli dan menumbuk lesung batu siang malam tu dah sesuatu yang normal… kalo time aku memasak makanan berbuka puasa (time ni husband dan anak-anak takde kat rumah lagi), memang ada je bunyi guli yang mengikut aku… siap bunyi kat tepi aku lagi.. kalo time bebudak 2 orang tu ada, si abang dah confirm akan terus tutup telinga dan si adik plak terpinga-pinga mencari mana datangnya bunyi tu.. yang bestnya, husband aku memang tak dengar bunyi tu… dan semalam, pukul 4 pagi, dia menumbuk sakan kat atas umah… sampai si abang terjaga dan terus tutup telinga dan si adik berpeluk kat kaki aku je.. geram gak aku time tu coz aku usaha bangun awal nak siapkan juadah sahur kat dapur dan aku tak nak le anak2 aku bangun tido dan kacau aku masak… tapi bunyi bising tu lak mengacau samapi bebudak tu terbangun!! biasanya, kalo diorg bangun pun, husband aku tlg jaga tp semlm dia kena stayback di ofis.. nak dekat pukul 5am baru balik umah.. last2, time sahur mkn cornflakes dan roti je…