Monday, 22 July 2013

bulan puasa 2013...

Lama tak update citer kat blog yang tak seberapa ni.. sampai tak tau nak story yang mana dulu.. hahaha… walaupun sekarang ni bulan puasa, tak bermakna ofis tak buat sebarang aktiviti.. Ofis sini memang aktif… meeting pagi petang, dan tak lupa majlis berbuka puasa… sampai husband kata, majlis berbuka puasa yang lepas ni, aku gi sorang-sorang je la.. dia tak nak join dah.. sebabnya tak larat nak control 2 org kenit yang tak reti duduk diam.. sampai nak naik atas meja makan -  ingat stage gamaknya… hadeiiii...
 
Anyway, sepanjang bulan puasa ni, pegawai dibenarkan balik 4.30 petang… rahmat bulan puasa!!! Walaupun awal setengah jam je, tapi banyak membantu dalam memastikan aku dan staf yang duduk di seberang ni samapi awal di rumah.. kalo tak, azab gak le nak ngadap jam kat atas jambatan tu… sekarang ni, paling lewat pun, pukul 6.15 dah boleh sampai umah.. disebabkan ada masa untuk memasak makanan yang simple2, maka bulan puasa tahun ni, aku tak bercadang nak meneruskan tradisi tahun-tahun sebelum ni – menapau makanan di pasar ramadhan.. aktiviti tu cuma reserve untuk time balik lambat atau ketandusan idea nak memasak… adik aku kata sebab nak jimat duit… tu pun betul gak.. tapi yang penting, apa yang aku masak lebih kena dengan selera aku.. plus takde la letih nak berkejar ke sana sini.. maklum je la, nak cari parking kat pasar ramadhan tu pun mcm hape je kan.. tu tak kira berasak-asak dengan orang lagi.. boleh pening dibuatnya!!! 
 
Tapi untuk memasak dengan time yang limited ni, aku kena pakai strategi skit.. kalo lauk-pauk yang remeh skit, aku akan sediakan bahan2nya time sahur atau sebelum tido.. balik terus masak  je… unless kalo time tengah sediakan bahan tu, mr.hubby minta terus masak sebab dia nak makan time sahur.. aku rasa jiran-jiran aku pun dah lali terbau gulai, asam pedas dan kuah soto tengah2 malam.. atau bunyi blender pukul 4 pagi.. hehehe…
 
Petang ni, aku tak tau nak masak apa lagi… kalo meeting petang ni abis lambat, maybe aku buat sphagetti je dulu.. tengok le keadaan mcm mana nanti..
 
 popia sausage n cheese...


gulai udang, ikan kerapu steam, sayur n
sambal belacan...

1 comment:

  1. sedapnya tengok popia sausage cheese tu...popia sblum ni pun tak try buat lagi ^_^

    ReplyDelete