Selepas puas bercuti hari raya ari tu, aku sekeluarga gi
membawa diri ke ipoh plak… bunyi mcm sedih je tapi sebenarnya best!!! Best
sebab tujuan ke sana adalah untuk join family day ofis di Lost World of Tambun…
asal 2 hari 1 mlm je stay di sana tp aku n husband extend lagi 1 mlm… kononnya
saja nak puas main air dlm theme park dengan 2 beradik tu… hehehe… tp penyudahnya, main air sejam dua je.. lepas
tu berjalan keliling theme park je yang lebih..
dah abis keliling dengan kaki, naik plak train round theme park sekali
lagi…
|
hobi atas keta - membaca / tengok gambar.... |
|
view from hotel room |
disebabkan anak takut, mak yg kena bagi rusa OKU makan.. rusa ni terpaksa dipotong kaki depan (kanan) akibat terkena jerat semasa di hutan
Di Lost World of Tambun ni, ofis aku amik pakej hotel sekali
dengan tiket masuk ke hot spring and theme park.. memang puas le.. aku dan family
bertolak dari penang pada pagi jumaat.. selepas check-in, kitorg terus je rehat
dalam bilik.. tapi sebenarnya tak boleh nak rehat pun… penat lagi ada la!!! Apa
taknya si kenit 2 orang tu buat operasi memunggah bilik hotel.. habis semua
diorg nak check.. tv, remote tv, kettle, paip air n lampu semua jadi mangsa…
jenuh le mak bapak mengawal 2 beradik yang x reti duduk diam ni… malam tu, kami
terus gi dinner yang dianjurkan oleh ofis di dalam kawasan theme park tu.. sekali
lagi penat bila si abang cuba tuang susu dalam kiddie swimming pool… dan bila tengok orang lain duduk berendam
dalam hot spring tu, dia pun tumpang nak berendam sekali.. tapi baru letak je
kaki dalam air, terus tak jadi – takut dengan air panas… selamat jap aku and
husband dari berendam malam tu sebab kolam hot spring ni sesuai untuk adult
je.. kawasan khas untuk bebudak agak limited dan malam minggu memang agak
crowded… tak kira la kolam untuk adult atau bebudak.. tu yang tak berapa best nak
berendam.. hehehe..
Esoknya, ada sukaneka anjuran ofis.. then aktiviti bebas..
selepas si abang tak nak main air dah, kami cadangnya nak balik bilik hotel je
terus.. tapi teringat ada Petting Zoo di dalam theme park tu.. terus aku ajak
diorang gi sana.. Nampak sangat kan si mak yang over excited.. hehehe… mini zoo
no quite ok la… even husband aku pun excited tengok semua binatang yang ada di
situ.. terpegun jap tengok ular tedung selar yang memang besar and panjang
giler… dan menambahkan cemas bila ular tu cuba keluar dari sangkar… tak
terbayang mcm mana kitorg nak lari kalo tetiba ular tu terlepas (imaginasi
lebih)… lepas abis round petting zoo, kami terus gi swan lake… memang cantik
view di sini walaupun angsa tu takde la banyak mana pun.. disebabkan 2 beradik
ni masih kecik, maka terpaksa la lupakan niat nak berkayuh di tasik tu.. jeles
bila tengok ada yang berkayuh sambil angsa ikut berenang di belakang cycle tu…
then sambung gi tengok harimau, kuda padi dan beberapa jenis kucing liar… time
ni, 2 beradik tu memang excited.. vene si kecik tu pun usaha nak memanjat
tengok.. last, kami naik train plak round theme park tu sekali lagi… pukul 4
baru keluar dari theme park tu pun sebab si husband dah sakit bahu kena galas
bakul susu dan beg baju.. hehehe.. lepas rehat jap di bilik, kami gi plak
melawat sepupu aku yang memang menetap di ipoh ni sebelum pergi ke Greentown… cadangnya
nak beli bulu di Novelhut – kedai buku secondhand yang aku selalu gi masa
belajar di ipoh dulu.. tapi baru masuk kejap je dalam kedai, kena keluar balik
sebab 2 beradik cuba nak decorate balik kedai tu.. last, si bapak bawa 2
beradik tu main kat tgh dataran MBI dan aku plak pi menapau dinner kat stall
yang berlambak di stu.. maka, berpiknik la kitorg dalam bilik hotel mlm tu..
Esoknya lepas check-out, aku bawa family aku gi ke tempat
aku berpiknik dengan parents aku dulu (dan berdating) … kawasan perkelahan ulu
chepor ni tak jauh je dari ipoh.. on the way gi chemor.. lokasinya dalam
kawasan kampung.. memang best suasana dalam kampung ni, sejuk aje sebab ada
anak sungai yang megalir di keeling kampung dan surrounded by dusun/pokok buah-buahan…
sampai husband dok cuba imagined sambut raya di kawasan kampung mcm tu..
bayaran masuk – keta RM2 dan sewa pondok RM4.. puas ati gak le sebab memang
JKKK kampung sentiasa maintain kebersihan kawasan.. Cuma bab tandas dan tempat
persalinan baju yang aku agak was-was.. hehehe… 2 beradik tu memang terpegun
tengok air yang banyak dan lastly, terjun gak masuk dalam air walaupun aku tak
cadang nak bagi diorang mandi di situ (air sejuk!!!!)… lepas puas main, baru
kami bertolak balik ke penang… sempat gak le 2 beradik tu tertido dalam keta..
dan akibat main air selama 2 hari berturut-turut, si abang dah start demam dan
selsema.. si adik plak maintain je… husband cadang untuk pergi lagi ke ulu
chepor lepas ni.. yeayyyyy!!!
jahanam patung adik otw balik ke penang...