Thursday, 29 August 2013

rempah segera..

Sekarang ni musim makan… ada je jamuan hari raya.. kejap orang ni panggil, kejap kawan yg sorang tu plak jemput.. sampaikan kalo bulan puasa ari tu boleh turun 2kg, tapi lepas raya naik berganda-ganda!!!! Dan mula la penyakit M datang melanda… perut sendiri kenyang tapi tetap kena masak untuk family kan… rasa mcm berat je tangan ni nak pegang periuk belanga tapi disebabkan kesian kat si bapak dan 2 beradik tu, maka masuk gak le ke dapur.. hehehe.. tapi time mcm ni, aku banyak guna rempah instant je.. instant tapi sedap!!! Cuma kat 2 beradik tu je yang aku kena something yang tak pedas…



Rempah ni ada 3 jenis je… rempah untuk pad ped, keng som dan keng kiao… tengok nama pun dah tau semuanya rempah untuk masakan Thai kan? Rempah pad ped ni sesuai untuk masakan seafood, ayam atau daging.. keng som plak memang sesuai untuk ikan je la dan keng kiao plak sesuai untuk masakan yang menggunakan ayam je.. satu pek ni boleh guna at least 3 kali  sebab rempahnya pedas dan memang 2 sudu besar rempah ni pun dah cukup power bila digunakan dalam masakan!!! Dan bila ditambah dengan condiments lain, memang dah cukup untuk 4 orang makan sekali masak.. first time masak guna rempah ni, memang aku tak reti nak agak sangat… so, aku masuk je 1 pek terus..  bila dah siap masak, amik ko.. penuh 1 belanga dan kepedasan plak tahap maksima sampai husband cakap dia rasa mcm rambut dia dah tercacak sebab pedas!!! tapi nasib baik dalam pedas masih sedap… hehehe..
Lupa nak bagitau yang rempah ni tak dijual di hypermarket (setakat ini).. Cuma boleh dapat di padang besar je… harga cukup murah dan berbaloi-baloi bagi orang yang pemalas mcm aku.. hehehe..
 
 

No comments:

Post a Comment