semenjak pindah ke tempat baru ni, aku ingatkan bebas dari kisah misteri.. tapi betul la orang kata, setan ni kat mana-mana pun ada...
2 ari lepas, time tu baru lepas azan subuh, aku pun bersiap le nak gi mandi.. baru je nak mencapai towel, terdengar bunyi anjing menyalak... perkara biasa le tu since aku mmg tau pun ada 1 group anjing yang mmg berkampung kat luar pagar tmpt buang sampah di apartment aku ni tetiap pagi.. so far, anjing ni yang lari kalo nampak org.. buktinya, setakat ni aku masih belum kena salak dan kena kejar, apatah lagi kena gigit lagi!! hehehe...tapi subuh tu, anjing-anjing ni menyalak sakan.. tapi aku ingatkn maybe diorg bergaduh sesama sendiri.. tapi tetiba je ada bunyi lain bercampur dengan bunyi salakan anjing tu... bunyi menangis yang amat le sayu dan menyeramkan... kalo korg masih ingat movie pontianak harum sundal malam (scene maya aka cik pon menangis atas pokok), mmg lebih kurang gitu le bunyinya.. mmg berdiri segala bulu roma time tu.. elok je bunyi tu berhenti, group anjing ni pun berhenti menyalak... terus sepi... bila aku beranikan diri gi buang sampah (dah mula cerah, so berani le skit), aku tgk anjing-anjing tu still ada lagi.. diorg yang lari bila tgk aku datang..
bila aku story kisah ni pada si bai, katanya kawasan tu mmg ada spesies cik pon pun... ada org dekat rumah dia pun terkena.. maybe sebab kawasan tu dulu hutan sebelum dibangunkan kawasan perumahan... wallahuallam la kan... yg kawan sorg lagi plak tanya ada ke lagi makhluk ni lepas azan subuh? hmm...makhluk ni bukan kira malam siang... setakat ni, dah 2 kali aku terjumpa spesies ni time tengahari rembang... sekali kat uum dan sekali tu masa on the way gi kelantan...
si mr.hubby plak bila aku call dia untuk bgtau kisah ni, dia tanya kenapa aku tak buka curtain dan tingkap untuk check bunyi menangis tu??? nak cari nahas gamaknya.. hishhhhh....
si mr.hubby plak bila aku call dia untuk bgtau kisah ni, dia tanya kenapa aku tak buka curtain dan tingkap untuk check bunyi menangis tu??? nak cari nahas gamaknya.. hishhhhh....
bak kata org2 dulu.jgn tegur hehe
ReplyDeletehaah.. jangan ditegur.. cari nahas namanya tu kalo gatal mulut nak menegur... tak sanggup eh esp ada budak kecik dlm umah ni..
ReplyDelete