Thursday, 18 April 2013

tips interview...

Lama gak ek aku tak mengaktfkan diri di blog ni.. asyik baca blog org je… biasa le, mood malas campur sibuk dengan keja di ofis ni.. bos aku ingat aku ni superwoman gamaknya (next time le cerita psl tu)… esp minggu ni sibuk dengan program bahagian aku ni.. bila result spm bebudak ni dah keluar, maka bermula la musim buzy + pening di sini.. hahaha… Minggu ni, aku berpengalaman jadi ketua pusat + ketua urusetia dannnnnnnnnn panel bidang terjun untuk sesi SAC dan temuduga untuk memilih bebudak yang apply biasiswa utk fly ke oversea… partner panel aku ialah sorg lecturer pompuan dari uitm… muda lagi tapi dah ada PhD..

Students yang apply ni, minimum kelayakan spm ialah 9A… majority mmg 9A tapi ada gak yang 11A+… TAPI sewaktu SAC, result tu tolak ke tepi dulu sebab panel hanya akan menilai beberapa kriteria tertentu je iaitu DIRI students tu… maksud aku, dari segi pembawaan diri, keyakinan, minat, komunikasi dan a few things more… time ni, kalo students berlakon pun memang boleh nampak… aku dan panel lagi sorg (aku panggl dia Dr. dah le) senyum je tengok gelagat bebudak ni… hehehe… time ni la dapat tengok mcm2 ragam manusia - ada yang namanya melayu tapi tak boleh langsung berbahasa melayu, keluarga kaya-raya tapi masih mohon biasiswa sampai sanggup tipu pendapatan, dengar pesanan mak bapak yang hidup susah kepada anak yang jadi harapan keluarga, dan mcm2 lagi la yang kelakar, sedih dan yang menimbulkan geramm..

tapi memang betul le, tak semua yang pandai tu dah matang dan sesuai untuk ditaja ke oversea.. sebabnya? Attitude dan komunikasi skill yang ke laut… so, bagi yang bercita2 nak apply biasiswa ke oversea jangan le buat perangai berikut;
·         Muka berlagak atau tak berminat – ada 2 3 org students yang menunjukkan reaksi muka yang kami kira negative.. tersenyum sinis ketika mendengar jawapan kekwn yang lain, muka blur, muka mengantuk dan yang sewaktu dengannya.
·         Diam – dah org suruh bercakap, bercakap je la.. namanya pun sesi penilaian.. time ni la nak tunjukkan kehebatan korg bercakap dan bergaul dalam kumpulan.. jangan le sampai kawan atau panel bg hints supaya lebih banyak cakap tapi korg buat derkkk je… ilang markah dah dek oiiii..
·         Tidak boleh menerima pendapat/teguran panel/kawan – manusia ni memang tak semua sependapat.. sewaktu SAC memang akan ada perbezaan pendapat sewaktu temuduga dan perbincangan, tapi jangan le sampai nak bertegang urat leher untuk nak mempertahankan pendapat korang tu.. guna le cara yang lebih bersopan dan sesuai dengan status korg sebagai pelajar cemerlang..
·         Memberi jawapan yang kebudak-budakan – berfikir dulu sebelum memberi jawapan yang ntah apa2.. apa yang keluar dr mulut korg tu menggambarkan tahap kematangan korg.. ada satu insiden yang buatkan kami rasa cam nak tepuk dahi je.. sewaktu small talk dengan bebudak ni, Dr. tanya le students ni samada diorg boleh ke tak memasak sendiri (ye la, kat oversea tu bukan boleh tapau makanan sesuka hati – x halal dan harga yang mahal!!).. jawapan sorg students pompuan ni memang best – “saya tak reti dan tak berminat masak.. susah apa, saya beli je la makanan dalam tin”… makan makanan dalam tin selama 3 hingga 4 tahun korang kat oversea?? Sanggup ke?? Ingat students kat oversea ni mewah sangat ke??
·         Pakaian tak sesuai – walaupun tak dikatakan salah, tapi pemakaian seluar slack oleh students pompuan ke sesi SAC ni memang x digalakkan.. ada panel (bukan aku – yg pakai seluar masuk group aku tu dikira memang bernasib baik le sebab aku dan Dr. agak lenient) memang bagi markah rendah untuk students pompuan yang pakai seluar slack.. dan jangan sesekali pakai sandal dan selipar ke SAC!!! Korg ingat gi jalan2 kat shopping complex ke? Bagi bebudak lelaki plak, jangan le pakai sneakers yang colorful dan kemeja yang ntah hape2 coraknya tu… pakai la kemeja berlengan panjang yang simple dan tali leher.. kalo nak pakai blazer pun ok tapi peringatan ye, tak semua bilik SAC ni ada aircond.. so, sendiri mau ingat..
·         Rambut berwarna dan tak kemas – guys, plz la jangan buat style mohawk atau colour rambut semasa sesi sac!!! Project a smart n professional looks to the panels.. yang pompuan free-hair, sila ikat atau sanggul rambut tu… jangan menggerbang mcm cik ponti ok!!!
·         Tak check pakaian sebelum sesi temuduga – ni kes pakaian dah ok tapi as a precaution, sila check pakaian korg… check socks tu match ke x, tali leher tu dah ikat elok ke x.. n yang pompuan, check tudung, rambut n samada baju kurung korang tu jarang ke x.. ada sorg student ni, pakaian dr depan memang dah tip top.. tapi bila tgk belakang dia, nampak le shirt yang dah salah di tuck-in… dia tuck-in dalam boxer..  so, setiap kali panel tgk belakang dia (time tu sesi group), maka ternampak le baju yang di tuck-in dalam boxer dia tu… Nasib baik bukan boxer bunga2…
·         Jangan cerita keburukan / masalah keluarga depan panel untuk tagih simpati – taktik tersebut AMAT X DIGALAKKAN sebab boleh back-fired… nampak korg plak yang bermasalah dan tak matang dalam menangani masalah keluarga..
·         Jangan melencong bila menjawab soalan panel – lain ditanya, lain plak korg jawab… kalau ke laut sangat, memang kurang le markah tu… silap2 mcm 1 kes tu, boleh dimasukkan dalam kategori emotionally imbalanced.. kesnya, soalan tu simple je – perkenalkan nama, asal, bidang dan negara pilihan untuk smbg study.. yang student ni terus kata boleh tak dia nak bagitau satu benda - dia benci ayah dia!!! Pas tu melalut cerita pasal kebencian dia pada si ayah… WTF?? Aku dan Dr. dah ternganga.. students lain pun tengok dia atas bawah je.. something wrong somewhere ke dengan budak ni??

Apapun, majority students yang datang ke sac ni memang deserved an applause.. memang superb!!! Aku pun tumpang bangga tengok anak-anak bangsa sendiri yang matang dalam berfikir dan berkomunikasi.. harap semua tu bukan lakonan la ye.. wish u guys all d best di luar negara nanti!!
 
 

No comments:

Post a Comment