Monday 29 April 2013

masalah preve lagi...

Elok je tarikh pilihanraya diumumkan, aku dah excited planning cuti.. kononnya nak bercuti 3 hari sempena balik kampung untuk mengundi.. dah apply tapi big bos buat derk je… aku tau la papers aku tak siap lagi tapi camner nak buat kalo tetiba diarahkan gi buat keja luar pejabat selama 2 minggu ni.. elok masuk ofis, dah kena attend meeting le plak… kalo tak boleh cuti ni, memang ada le yang bising… 
Anyway, dah le masalah cuti yang tak approve lagi.. tambah plak masalah keta atau lebih tepat lagi masalah aircond keta… mcm tau2 je aku nak drive jauh… 4 bulan lepas dah jadi sekali (fan n aircond tak blh control – x sejuk langsung) .. bila check kat service centre, katanya masalah sensor aircond.. tak pasal2 sebulan lebih drive dalam ‘sauna’sementara nak tunggu dapat spare part.. nak dapat spare part tu pun 1 hal gak.. jenuh aku membebel kat org service centre tu dan setiap kali call, mesti dia akan kata nanti dia akan check order… tapi lepas tu senyap je sampai le aku call lagi… then the cycle continue once again… penat la membebel ni dan bagi yang kenal aku, memang maklum sangat yang aku ni bukan kaki membebel atau bising2 kat org… last2, dpt gak spare part.. time tu pun lagi beberapa hari je aku nak pindah gi putrajaya… tu pun selepas aku ckp kat budak tu – gila ke apa nak suruh aku drive dlm keadaan panas sampai ke putrajaya.. dan takkan aku nak angkut keta aku naik lori ke putrajaya dan bawa gi service centre kat sana plak.. memang aku angin giler dah time tu!!!
kali ni, masalah sama gak… bila start je enjin kereta, angin keluar full blast.. tak boleh nak on/off atau control langsung!!! Cuma bezanya kali ni, aircond sejuk… tapi bayangkan le drive keta dengan keadaan yang teramat sejuk dan bising dengan bunyi angin yang keluar dr lubang aircond tu… tak pasal2 hidung berair, tangan kebas dan kepala rasa berdengung je dengar bunyi bising tu!!! So sabtu lepas, aku gi la service centre di nilai… dia buat service biasa je.. katanya kena bawa keta ni semula  untuk betulkan wiring aircond… amik masa sehari untuk siap.. tapi kena buat masa weekday je.. tak pasal2 kena amik cuti esok sehari untuk nak hantar dan tunggu keta kat situ plak… muka panjang lagi bos aku.. hadeiii.. maap le ye bossss.....



11 comments:

  1. huhu cam mn nak beli preve ni....berkenan preve jugak huk huk

    ReplyDelete
  2. x semua preve ada masalah mcm ni kot.. ikut nasib la kalo dpt yang bermasalah... tapi keta saya ni, kalo x sebabkan masalah aircond, mmg best drive preve.. pada saya padan la dengan harga...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah preve saya tak de masalah

    ReplyDelete
  4. Preve saya aircondnya sekejap sejuk sekejap tak.Adakah ia masalah sensor.dah antar ke Pusat Servis.Diorang kata nanti diorang reset computer Box.Problemnya masa antar pergi Servis aircond tu eloklah pula.

    ReplyDelete
  5. BARU KENA....PREVE TURBO..DAH R ABIS WRRTY...RM1030 DELAY/FIUS AIRCON DIA....BLOWER PANAS R...

    ReplyDelete
  6. Preve aku 3 tahun aircond ok dan tiada masaalah, wife aku hantar kt sg besi sc, x sampai sebulan dh tetiba tak sejuk, masa tu otw nk ke utara, macam celaka, ko kencing wife aku service a/c RM400 dan x sampai sebulan dh bermasaalah, aku rasa preve ok, yg celakanya tech proton mcm tikus membaiki labu. ����

    ReplyDelete
  7. Preve aku 3 tahun aircond ok dan tiada masaalah, wife aku hantar kt sg besi sc, x sampai sebulan dh tetiba tak sejuk, masa tu otw nk ke utara, macam celaka, ko kencing wife aku service a/c RM400 dan x sampai sebulan dh bermasaalah, aku rasa preve ok, yg celakanya tech proton mcm tikus membaiki labu. ����

    ReplyDelete
  8. Macam mana plk masalah cermin depan berkabus?

    ReplyDelete
  9. klu aircond x sejuk biasanya relay kat fusebox tu...klu gi kat sc kaw kaw lah kna..kat selayang rm250,kat kajang rm300(3 bln waranti)...klu pndai solderibg bleh buat sendiri,micro-relay tu rege x smpai pn rm30
    fusebox relay konk ni memang trademark preve,exora & seangkatan ngan nya....haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..kalo kat puchong 250...trade in

      Delete
  10. Sy lglah tuan... Sejak tukar moto kipas enjin betul2 panas baru hidup. Ni dh tk idup trus. Mn berdekatan batu pahat johor pm sy tuan 250 InshaAllah adalah bajet tuan... 0107130881 Mirul

    ReplyDelete