sepertimana yang semua tau, sekarang ni zaman teknologi.. banyak sungguh gadgets canggih untuk mudahkan keja dan yang paling penting, surf internet.. aku baru upgrade tab aku selepas tab lama aku dulu dah diconquer sepenuhnya oleh anak-anak aku esp si abang.. walaupun umur tak sampai 3 tahun lagi, tapi dah pandai nak guna tab tau.. tau aje mana nak tekan dan apps mana yang dia suka.. latest, ada ciri-ciri nak jadi photographer plak sebab suka sungguh amik gambar guna tab tu.. sekali pegang tab, mau dekat seratus keping gambar dia amik!!!
bila si abang dan si adik start berebut tab aku which ends in tab aku kena hempas ke lantai, mula la aku pening pikir nak handle hal ni.. tak bagi tab, nanti diorang menangis.. bila dah bagi main, diorang buat mcm tab aku tu harga seringgit dua je.. disebabkan tab lama aku dah diambil oleh mak, last2, aku gi cari tab murah untuk si abang..
aku beli tab ni di KOMTAR.. dua ratus gak le terbang.. memula tu memang si abang seronok dapat tab ni.. tapi after a few hours, dia mula naik angin sebab tab ni lembap skit dan takde butang 'Home' macam di ipad atau galaxy tab... maklum je la tab murah.. jenuh la aku dan husband dok pujuk dia suruh sabar... last2, pantang aku lepa skit, si abang gi cari handbag aku dan seluk amik ipad aku gak.. time aku teringat, memang aku akan sembunyi la handbag dan ipad tu.. tapi time terlupa dan letak je atas meja tu, memang rezeki si abang le main ipad mlm tu...
No comments:
Post a Comment