selepas 3 bulan menunggu, akhirnya 3 jun yang lepas, aku selamat report duty di ofis baru di penang ni.. new office but old department since aku start berkerja di sektor awam di jabatan ni dulu gak (tp negeri lain le)... so far, ok je ofis ni... sekarang tgh relaks skit sebab baru lepas pilihanraya.. tapi lepas ni, get ready la utk balik lmbt dan hadiri banyak program including during weekend ye...
view from my room... sejuk mata memandang time pagi2.. |
walaupun dah hampir 3 minggu balik ke rumah sendiri di penang, tapi masih belum ada kesempatan nak mengemas umah sepenuhnya.. buat sikit-sikit dan yang wajib dulu.. disebabkan tu, aku agak malas nak ajak sesapa datang umah sekarang ni sebab rumah masih dalam keadaan berserabut lagi.. baru kemas skit, tapi ada 2 budak kenit yang akan make sure rumah tu bersepah balik.. in the end, mak terpaksa berjaga sampai pukul 4 pagi semata-mata nak berkemas kain baju (basuh, sidai, lipat n susun dalam almari).. tak pasal2 tertido jap dalam keta sementara menunggu lampu traffic light bertukar hijau pagi esoknya.. nasib baik orang belakang tak sempat nak hon.. sighhhhh...
si 2 beradik tu plak dah makin pandai bergaduh sesama sendiri.. berebut barang... tak kira la barang mainan atau barang2 lain.. si abang cukup pantang kalo si adik pegang lori mainan dia.. terus dirampas.. adik plak mula la nak cakar dan korek biji mata abang... memang gaduh style girly sungguh si bambam ni!! tp apapun, abang memang tetap ingat kat adik kalo nak buat apa2 atau nak gi mana2.. "mak, dina mana?" .. tu la soalan dia kalo aku terlambat bawa masuk si adik dalam kereta setiap pagi dan petang..
sekarang ni, lepas amik diorang di rumah babysitter, aku tak boleh terus balik rumah.. bos kecik aka si abang suruh bawa dia gi jejalan dulu.. siap tunjuk arah mana dia nak gi... si adik pun tumpang gedik bila keta mula gerak lama skit.. dan kalo nampak tesco atau aeon big, mesti si abang ajak masuk situ.. "aqif nak beli".. beli apa ntah le.. aiskrim gamaknya sebab mulut tu sentiasa je dok minta "shekelim".. hmmm.. nampak gayanya penyakit berjalan dan bershopping mak dah turun kat anak2..
apa pun, back to old routine.. maybe with a slight improvement and change;)
No comments:
Post a Comment