Wednesday, 26 September 2012

haunted house...

Sambungan last post :

Mesti ada yang nak tau apa 'acara kemuncak' yang 'dia' buat kan? sebelum aku story psl tu, better aku story dari awal... terserah untuk nak percaya atau tak.. 

abah sewa rumah tu selepas dapat info dari kwn dia.. rumah jenis kluster 2 tingkat ni terletak di corner lot dan jiran-jiran aku semuanya orang pakistan.. rumah ni dah fully furnished - meaning, semua dah complete.. perabot, peti ais, mesin basuh dan dapur.. boleh kata kami sekeluarga cuma bawa baju je.. sewa yang dikenakan memang agak murah compare dengan kelengkapan yang disediakan dan lokasi rumah yang agak strategik.. terletak di atas bukit dan berdekatan dengan jalan, kedai dan masjid (yang diconvert dari church).. klinik dan pusat daycare pun tak jauh.. view dari rumah ni memang amat cantik.. boleh nampak bandar huddersfield dan kawasan pedalaman yang menghijau.. sememangnya amat aman damai!!! kekwn abah kata kami bertuah dapat rumah mcm tu dengan sewa yang murah.. dan abah pun mungkin sbb nak cepat dapat rumah sewa, dia tak terpikir kenapa sewa murah... lebih-lebih lagi bila tuan rumah kata dia bagi sewa dengan harga tu sebab dia tak nak rumah tu kosong.. malah, ada yang dah berkira untuk sewa rumah tu selepas kami balik malaysia kelak.. (skrg ni bila difikirkan balik, kalo ikut logik aku la kan, kalo umah tu dah di lokasi strategik, sewa mahal pun mesti ada yang sanggup nak sewa.. kalo sewa murah pun, lagi berebut orang nak sewa esp students.. tuan rumah sepatutnya mmg tak perlu risau psl rumah kosong orang tak nak sewa.. tapi apsal rumah tu dah lama kosong??? jeng..jeng...jeng)

first time masuk umah atas bukit tu, aku terasa rumah tu agak gelap (gloomy) suasananya... masa tu aku contribute perasaan tu pada sistem lighting yang tak efisien.. hehehe.. tak pernah terlintas rumah tu dah ada penghuni lain.. masa kami explore rumah (setelah pindah masuk), mmg ruang basement agak scary (which then we used sbg tempat sidai kain)... especially ada 1 bilik yg terkunci dan tak dapat dibuka.. ruang atas ada 2 bilik tido dan 1 bilik air yg besar.. aku dan 2 orang adik share 1 bilik... aku tido atas katil single dan diorg share double bed..

boleh dikatakan setiap malam aku la yang paling lewat tido.. tak boleh nak adapt dengan perubahan masa antara malaysia dan UK.. kalo tak silap, seminggu selepas pindah masuk, aku start dengar bunyi seolah-olah ada orang tengah naik tangga yang bersebelahan dengan bilik kami.. tapi aku contribute bunyi tu kepada jiran sebelah...dan mak pun kata benda yang sama bila aku bagitau dia apa yang aku dengar.. bunyi tu last for another few weeks.. then gamaknya 'dia' geram kot sebab aku still buat derk je... 'dia' up skit.. memula aku start dengar bunyi tapak kaki menuju ke bilik kami before bunyi tu stop kat pintu bilik.. that last for a few days.. lps tu, bunyi tu bersambung plak dgn aktiviti lain.. aku tgk tetiba ada lekuk di atas tilam aku, macam ada orang duduk wpun takde orang pun yang duduk kat tepi aku tu (biasanya time tu aku dah siap bselimut atas katil-konon nak tido la).. aku still buat derk ja coz arwah tok pernah pesan kalo nampak/dengar benda pelik, jangan gatal mulut nak tegur... buat tak tau sudah... lps tu baru 'dia' start melompat-lompat atas katil aku.. nampak kesan tilam tu berlekuk dan katil bergoyang akibat gegaran lompatan tu.. aku yang sememangnya payah nak tido, jadi lagi seram nak tido.. last-last aku pindah tido atas katil adik-adik je.. aku biar je 'dia' melompat atas katil tu.. asal tak tunjuk diri 'dia' dah la..

'acara malam dia' kemudian bertukar gi ke siang plak. tp memula just dlm bilik kami.. aku tak tau adik-adik aku ingat lagi tak insiden bila tetiba payung yang disimpan dalam almari pakaian tetiba shoot keluar sendiri.. kemudian merebak ke tingkat bawah.. satu hari, parents aku tinggalkan kami adik-beradik dan sorang lg anak kwn diorg di rumah.. parents aku dan kawan diorg ada hal dan tak boleh nak bawa kami sekali.. time tu dah petang dan cepat je gelap.. adik-adik aku dan budak sorang tu lak gatal main sorok-sorok di ruang tamu time tu.. aku tak ingat apa yang aku buat time tu tapi tetiba aku nampak ada bayang hitam di 1 sudut ruang tamu.. tapi jap je 'dia' hilang.. nasib baik lepas tu orang besar dah balik.. lega aku... but things taken to worse bila 'dia' seolah-olah mula nak cederakan aku dan adik-adik.. yang paling aku tak boleh lupa, peristiwa bila pinggan makan yang berat dan disimpan dalam kabinet atas di dapur tu tetiba bergerak jatuh sendiri.. dan timpa kepala adik aku.. berdarah gak la mulut time tu bila kenan hempap dengan pinggan yang berat dan tersembam di atas counter top tu.. bila parents aku balik dari shopping barang dapur, mak kata kami nakal dan main-main di dapur sampai jadi mcm tu.. for your information ye, yang 'best'nya, semua insiden ni akan jadi time takde orang dewasa dalam rumah tu.. sebab tu diorang payah nak percaya bila aku cerita.. huhuhu... celakak sungguh 'dia' ni!!! taktik pandai!!!

nak tak nak, aku terpaksa buat derk je la dan be extra vigilant.. adik-adik aku time tu still kecik lagi.. aku pun time tu baru form 2 sebenarnya.. huhuhu.. tapi satu pagi yang hening, tetiba je mak kejutkan aku dari tido.. dia tanya sama ada aku tengah uzur ke? aku yang pelik dengan soalan tu terus jawab dengan jujur kata tak uzur.. pas tu dia tanya lagi - kami adik-adik ada main-main tak dalam bilik air sampai ada yang cedera selepas mak dan abah masuk tido semalam? aku, mcm biasa -orang yang paling last tido, mmg confident adik-adik aku tak main dalam bilik air tengah-tengah mlm sampai cedera.. tengok diorang pun bleh nampak tak ada yang cedera pun.. aku soal mak balik kenapa dia tanya soalan mcm tu.. mak kata time abah nak masuk bilik air pagi tu, dia terkejut tgk bilik air yang penuh dengan kesan mcm darah.. di dalam bath tub, dalam sinki, lantai dan dinding.. yang 'best' ada mcm kesan tapak tangan berdarah di dinding.. nak kata binatang masuk buat hal dalam bilik air, memang tak logik coz tingkap dan pintu semua tertutup.. dan menatang apa yang ada tapak tangan hampir mcm manusia selain monyet, beruk atau orang utan - which mmg tak logik lgsg utk menatang tersebut berada di kawasan perumahan di rural area of england in spring season?? so dalam fikiran parents aku, ni mesti kerja aku atau adik-adik.. bila aku kata tak, dia dah pelik.. aku nak bangun gi tgk keadaan bilik air tapi mak tak bagi.. then dia dan abah berkurung dalam bilik air, cuci bilik air (nasib baik dinding jenis tiles!!!).. bila dah abis cuci, baru kami boleh masuk guna bilik air.. jenuh gak la nak menahan nature's call.. huhuhu.. bila masuk pun, mmg tak nampak dah kesan tu.. just bau pencuci je.. tengah hari tu gak abah aku keluar cari rumah lain.. by petang, dia dapat rumah sewa lain.. kami pindah keesokkan harinya.. express!!! gamaknya,  baru diorang percaya dengan apa yang aku dok story kat diorang sebelum ni.. huhuhu...

bila dah pindah, parents aku seolah-olah dah tak mau ingat kes rumah tu.. bila aku try bangkitkan balik hal tu, diorang akan ubah tajuk lain.. what to do.. lepas pindah, sesekali aku akan lalu tepi rumah tu bila berjalan kaki balik sekolah.. time panas je la.. sekali tu, aku nampak mcm ada bayang pakcik tua berwarna putih sedang melihat dari tingkap bilik tido aku dan adik-adik dulu.. dalam hati aku, aku rasa ni la penghuni rumah tu yang lagi 1.. wallahhuallam...

gini le lebih kurang rupa rumah bertuah tu.. tapi gambar ni tak berkaitan lgsg dengan cerita di atas ye



1 comment:

  1. woooooooowwww dasyatnya antu omputih nie..mcm dalam filem lah..siap lompat2 atas katil..sama mcm kes kak long aku..tp dia goncang katil dua tingkat tu..masa tu kt mrsm berseri

    ReplyDelete