Bekerja di bangunan yang open to the public ni membuatkan aku berpeluang melihat pelbagai gelagat manusia... Yang lucu, mengjengkelkan, sedih dan geram – semua ada di KOMTAR ni... Di sini, ada sorang uncle (Chinese) yang termasuk dalam golongan OKU (lembam) dan kerjanya mengutip papercup dan straw minuman yang ditinggalkan oleh pelanggan KFC.. malah pernah juga aku nampak dia mengutip makanan yang tidak dapat dihabiskan oleh orang lain.. Terdetik juga rasa jengkel dengan sikap uncle ni sebab kekadang dia akan datang ke meja dan mengambil barang-barang tersebut walaupun pelanggan masih belum beredar dari meja makan..
Namun, semalam persepsi aku berubah... malahan kagum dengan sikap dia... kenapa? Ketika balik dari lunch, aku ternampak dia sanggup mengejar satu pasangan untuk memaklumkan bahawa mereka telah tertinggal plastik yang mengandungi barang di dalam KFC tersebut.. Masih ada sikap amanah walaupun dirinya sendiri berada dalam keadaan kekurangan dan memerlukan.. Walaupun bukan barangan berharga (plastik tersebut berisi pek papercups), namun uncle ni masih sanggup berlari untuk mendapatkan pasangan tersebut.. padahal dia boleh sahaja ambil papercups tersebut.. tapi integriti diri masih kukuh walaupun akalnya tak senormal orang lain.. Salute you, uncle!!!
walaupun dia xp kursus integriti, dia tetap mengamalkannya. :)
ReplyDeletebetul3x.... yang pi kursus integriti pun belum tentu amalkan apa yg depa belajar tu kan...
ReplyDelete