Sunday, 6 January 2013

rupanya mcm tu ye....

Jumaat lepas, akhirnya aku dapat jawapan yang dicari selama beberapa bulan ini... jawapan kepada perubahan tingkah laku si adik... walaupun dah lama kami suspek benda ni, tapi ada perkara-perkara tertentu yang membuatkan kami amik masa yang lama untuk bertindak.. pertamanya, mak rasa berat ati nak mencari orang yang arif dalam perkara ni.. setiap kali aku mengajak, ada je halangan.. keduanya, aku cuba cari sendiri tapi sebab tak jumpa yang dapat menengok dari jauh, maka amik masa yang lama gak untuk confirm.. so, bila ada yang memperkenalkan seorang tahfiz ni kepada aku, lega skit ati aku.. yang tahfiz ni pun minta tolong kawan dia untuk make sure apa yang dia tengok tu mmg betul.. bila aku bagitau keputusannya pada mak, mak pun pergi jumpa ustaz yang diperkenalkan mak sedara sebab dia nak double confirm hasil tahfiz tu..

tak sangka ye, dalam dunia moden ni masih ada yang sanggup mengamalkan ilmu sihir... hilang akal ke apa spesies orang macam ni??!!! untuk pengetahuan, 3 orang yang arif dalam hal ini telah dirujuk oleh aku dan mak.. ketiga-tiganya memberikan jawapan yang sama.. gangguan sihir dan adik telah terkena melalui makanan yang dia makan.. salah seorang yang dirujuk menyarankan agar mak memuat solat istikarah utk 3 malam, diikuti solat hajat 3 malan dan kemudiannya solat tahajud 44 malam... selain itu, ustaz juga memberikan mak air penawar untuk diminum oleh adik... malah mak dan abah juga disuruh amalkan minum air tu sebagai pendiding.. masalah sebenarnya tu gak sebab adik tak balik rumah dah sekarang ni... camner nak bagi dia minum.. camner nak buat tu???!!! huhuhu...

so, pengajaran kepada kita semua – berhati-hati dengan apa yang kita makan... mana la tau ada yang berniat tidak baik pada kita.. rambut manusia sama itam (walaupun ada yang telah dikaler) tapi hati lain-lain..

No comments:

Post a Comment