Wednesday, 3 October 2012

bunyi guli....

Aku dengan benda ala 'misteri nusantara' ni memang sejak kecil lagi dah selalu terkena atau terjumpa.. Sebab tu kot arwah tok petua macam-macam kat aku kalo terjumpa makhluk Allah yang lain ni.. huhuhu.. tapi alhamdulillah sekarang my sixth sense dah tak sensitif sangat macam dulu.. kalo tak, haru gak la coz masa zaman universiti dan training dulu aku selalu keluar masuk hutan.. kan tu tempat tinggal diorang??? huhuhu....


tapi skrg ni, hidup aku kembali diselubungi 'misteri nusantara'.. rumah teres 2 tingkat yang aku duduk di penang ni terletak di kawasan yang strategik dan dah fully renovated.. sejak mula pindah masuk rumah ni hampir 2 tahun yang lalu, memang aku selalu terdengar bunyi guli dan bunyi pintu dihempas.. tapi aku anggap itu hanyalah bunyi dari rumah sebelah since jiran sebelah ada anak lelaki.. mungkin hobi dia kot main guli time senja dan lepas tu hempas pintu bilik bila kalah main guli.. hehehe... boleh kata selang 2 atau 3 hari aku akan dengar bunyi tu... selain tu, semasa si aqif masih belum bergerak sendiri, dia akan meragam bila nak tido di master bedroom yang terletak di tingkat atas.. especially bila time bapak dia kena outstation... siap melalak sambil mata merenung ke satu sudut siling rumah tu... aku pun naik seram tengok dia menangis.. biasanya kalo jadi macam tu, aku akan bawa turun dia ke bawah... bila dah ada di bawah, dia pun dah ok skit... kekadang time husband outstatation, aku mainkan yassin guna galaxy tab aku sambil melayan si aqif main.. ilang skit perasaan seram tu.. last2, sekarang ni semua tido kat bawah ja.. ruang atas dah jadi tempat persalinan... tapi disebabkan insiden macam tu jarang berlaku, aku anggap ianya hanya kebetulan dan kalo ada pun, 'dia' hanya menyinggah sahaja..


tapi beberapa hari sebelum puasa ari tu, ada kejadian pelik yang buatkan aku terpikir balik pasal semua insiden tu... masa aku tengah pujuk si adik yang terjaga tengah-tengah malam, tetiba ada satu suara yang tumpang sekaki panggil adik... siap berlagu lagi memanggil adik!!! tengok si abang dan bapak plak tengah sedap je tido.. nak kata suara orang yang lalu di jalan belakang tu pun memang mustahil sebab jarak tempat tido dengan tingkap/pintu dapur tu memang agak jauh.. dan aku plak bukannya menjerit-jerit pujuk adik sampai orang kat luar pun bleh dengar.. abis, suara sapa plak tu? seram aku jap tapi aku buat tak tau je walaupun jantung dah berdegup semacam...adik pun takde la nak menangis... itu yang buatkan aku bertambah buat derk je.. lepas insiden tu, aku memang tak bagitau langsung kat husband pasal insiden tu.. paham sangat dah perangai dia yang susah nak percaya benda-benda pelik ni...


lepas abis puasa, insiden memanggil tu tak berulang pun dah tapi aku perasan sekali sekala ada kelibat hitam melintas semasa aku di tingkat atas.. dan sekali tu ada bunyi cakaran di tingkap.. tingkap di tingkat 2 dan takde balkoni tau!!! perasaan ada yang sedang memerhati tu, takyah cakap la.. tapi aku still buat tak tau je dengan semua tu.. yang si 2 beradik plak macam senang terkejut dan mata bulat je tengok kat sesatu tempat.. dan selalu demam malam sampai si pengasuh kata diorg ni macam demam terkejut je.. dan satu senja tu, aqif yang tengah terikat kat carseat dan syok main dengan buku dia, tetiba dok try menjengok tengok bilik stor yang terbuka.. then, sibuk panggil mak sambil menunjuk sesuatu dalam stor.. time tu, aku suruh je dia tengok tv dediam.. buat muka malas nak layan.. elok dia abis tunjuk dan membebel apa ntah, si adik yang dah nak tido dalam buaian plak tetiba tkejut sambil mata terbeliak tengok apa ntah belakang aku yang tengah sibuk mendodoikan dia dalam buaian.. dan selang setengah jam or so, tetiba ada satu bunyi bergema dari arah siling tangga... bukan bunyi paip coz aku dah cam sangat bunyi paip ni tau... huhuhu... si aqif yang tengah dok main pun terkejut dibuatnya... lepas husband turun dari tingkat atas, dia pun admit ada dengar bunyi tu tapi bagi dia tu just bunyi paip... tapi yang bestnya, muka dia tak confident langsung masa tu... cuak giler!!! siap g mencari mana punca bunyi... dia dok blame pada paip yang bocor di dapur... aku yang bukan engineer pun tau bunyi tu bukan datang dari sana dan mana ada paip kat tangga!!! macam le aku tak pernah dengar bunyi paip kannnn????


semasa outstation di KL bebaru ni, aku berjumpa seorang kawan lama dan terbuka cerita pasal insiden di rumah tu.. dia point out semua insiden tu mungkin berpunca dari gangguan jin.. sebab biasanya kalo bunyi guli ni memang takde benda lain dah melainkan spesies dia.. Aku kemudian try search dalam internet pasal bunyi guli dalam rumah... biasanya, rumah yang ada gangguan jin ni, ada tanda-tanda seperti berikut;


  • Selalu kedengaran seperti bunyi guli jatuh di lantai
  • Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
  • Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
  • Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.


memang ada persamaan pun.. bila dah confident, baru aku story semua insiden yang pernah terjadi dalam tu kat husband.. bila dengar semua tu, baru le si husband ni buka cerita dia plak.. rupa-rupanya dia sendiri pun selalu rasa macam ada yang memerhatikan dia terutama kat tingkat atas... bunyi guli dan bunyi hempas pintu tu pun selalu gak dengar.. tapi mcm aku gak, dia ingatkan budak rumah sebelah walaupun secara logiknya, ada ke budak lelaki yang dah form 3 masih nak main guli tengah-tengah senja?? esp parents dia plak jenis alim skit.. betul gak kata husband aku tu... huhuhu.. husband plak usaha tanya tuan rumah dan pengasuh.. menurut pengasuh, gangguan macam tu memang biasa la di kawasan kami tu... mungkin sebab asal tapak perumahan tu yang dibangunkan di kawasan hutan berpaya yang jadi tempat tinggal spesies ni.. menurut pengasuh tu lagi, kes kat belakang rumah dia lagi ekstrem.. kena kacau dengan lembaga hitam, kena tindih tu perkara biasa.. last2, orang di belakang umah dia pindah ke lain sebab dah tak tahan diganggu... sampai dia depressed dibuatnya..


untuk nak tangani masalah kat rumah tu, sekarang ni aku dinasihatkan banyakkan bacaan al-quran dalam rumah tu.. kalo boleh, panggil orang baca yassin.. so, skrg ni lepas isyak wajib untuk baca al-quran dan yassin.. dan apa guna ada cd player, tablet, laptop, tv kalo tak digunakan untuk play ayat-ayat al-quran.. hopefully, lepas ni akan kurang dah gangguan ni..

4 comments:

  1. kalau mcm aku plak..anak2 buah belah isteri aku yg tak leh ckp lg takut kt aku...bini aku ckp dia takut kt jin aku hehehehe...

    ReplyDelete
  2. jin kepala itam... hahaha... memang ada ciri-ciri le kot tu;)

    ReplyDelete
  3. Tapi aku tinggal kat apartment. Bunyi tu datang daripada tingkat berapa? Last time cam kol 10-11mlm selalu berbunyi. Yg pintu terhempas tu takde lar n lembaga pun takde. Rasa takot tu tak la tapi rasa ingin tahu tu ada. Kawan aku asyik rasa takut jer citer pasal hantu. Dia kata apartment dia dekat giler ngan hutan bukit. So situation dia ni ada kaitan gak ke ngan makhluk ni?

    ReplyDelete
  4. saya juga mngalami masalah sama..bunyi guli, pintu terhempas..kenapa ya betul betul sama..apa kisahnya sebenarnya? Dah lama dah berlaku sejak awal alaf baru sehiiingga sekarang.. tertarik sebab ceritanya sama dan ada orang lain mengalami kisah sama

    ReplyDelete