Monday 24 September 2012

oversea...

Peluang berkursus seminggu di luar kawasan ni aku gunakan sepenuhnya utk catch up dengan kekawan lama dan juga baca buku.. kalo kat umah, nak baca newspaper pun nak kena curi-curi.. apa ntah lagi baca buku ;) ari ni aku dapat abiskan satu buku dlm masa sejam je.. memang menarik..


sama mcm penulis, pengalaman hidup di luar negara memang amat bernilai... disebabkan peluang mengikut famili ke UK dulu la yang buatkan aku dapat improve penguasaan bahasa Inggeris aku yang almost non-existant sebelum g sana... ingat lagi masa form 1 di SRC, Ipoh.. cikgu BI yang memang kamceng dengan aku pun dah sampai tahap lempar buku latihan aku ke lantai sebab terlalu geram dengan tahap bahasa inggeris aku.. sorry ye cikgu rosminah.. huhuhu... tapi bila di UK, nak tak nak, aku terpaksa belajar guna BI.. ye la, mat salleh mana tau cakap melayu.. bukannya dia paham kalo aku g kedai dan minta kat tauke kedai "mai gula sekilo, pakcik"... hehehe...in short, pengalaman yang paling aku ingat masa di UK ;

1.  sekolah - Moor End High School... aku enroll di local public school.. dulu dikenali sebagai Moor End High School tapi sekarang dah tukar kpada Moor End Academy.. masuk year 9 time tu.. cuak giler first day gi sekolah.. dah la nak ckp BI pun tak tau time tu, nak kena plak biasakan diri dengan bebudak baru dan sistem persekolahan yang lain dari Malaysia.. kelas diorang base pada set (tahap pencapaian murid tu sendiri) dan berubah mengikut pencapaian student tu.. aku start dari set paling bawah untuk semua subjek kecuali matematik (terus dari set 6 ke set 5 - aku ingat lagi, matematik set 6 sama mcm matematik darjah 5.. kira aku pandai le skit dari  diorg yang set 6 tu.. hehehe).. dari segi subjek, quite ok la.. seronok cara belajar di sana.. tools dan approach yang digunakan tak membosankan.. tapi masalah utama aku time tu adalah students dan cikgu  yang racist.. walaupun tak semua mcm tu tapi sampai skrg masih terkesan di hati...

sekolah lama...

2.  car boot sale!!!! ni aktiviti wajib family aku setiap kali hujung minggu.. aku dan adik-beradik akan bergilir ikut abah dan mak g merayap di car boot sales... abah akan bagi sorang 2 pound utk kami shopping.. kalo aku g, aku akan cari buku dan patung.. dengan buku secondhand ni la aku mula merangkak-rangkak belajar semula BI (masa di Malaysia degil tak mau belajar!! padan muka aku!!).. mak plak akan cari hiasan rumah mcm bunga batu, pinggan mangkuk dan abah plak cari buku.. walaupun barang secondhand tapi still elok lagi tau!!!! ada 2 tempat yang memang best untuk aktiviti menghabiskan duit ni - di halifax dan di leeds..kul 
6.30 pagi dah gerak g sana coz nak jadi antara orang yang terawal sampai dan dapat beli barang yang   paling best!!!

suasana car boot sale... rindu weh..

3.   makan angin - family aku memang tak lepaskan peluang berjalan sepanjang berada di UK.. london bagi aku tak begitu terkesan di hati aku berbanding 2 tempat ni - lake district dan snowdonia.. maybe sebab aku ni nature's lover kot (hahaha..perasan benar!!!)... kaki mcm ditarik-tarik untuk nak gi ke sana lagi tapi poket masih tak membenarkan... huhuhu... apa yang best ek psl 2 tempat ni? hmm..susah nak explain dalam perkataan.. tempatnya sungguh cantik... serene and so beautiful!!! kalo aku ada duit, rasa macam nak beli rumah sebiji kat situ dan tinggal terus kat sana... 


lake district . . peaceful and serene

4.  rumah misteri - masa memula sampai di Huddersfield, kami sekeluarga menumpang selama seminggu di rumah kawan abah yang sedang buat PhD di sana... selepas seminggu baru dapat cari rumah sewa.. rumah jenis kluster teres 2 tingkat ni terletak atas bukit.. pemandangannya memang cantik dan sewa rumah plak agak murah... rumah yang fully furnished ni cuma ada 2 bilik tido dan 1 bilik air di tingkat atas.. tingkat bawah ada ruang tamu dan dapur.. basement plak separuh siap dan ada 1 bilik yang terkunci.. for the first few weeks memang aman je.. tapi since aku still tak dapat nak adapt dengan perubahan masa tu, aku la yang paling lewat tido... dapat la dengar bunyi orang naik tangga dan berjalan ke bilik kami adik beradik... then melalut bila 'dia' mai melompat atas katil single aku.. tak pasal2 aku kena berhimpit dengan adik2 aku atas katil double tu.. hadoii.. parents aku memang buat tak tau / tak percaya bila aku bagitau kat diorang sampai la ada 'acara kemuncak' yang 'dia' buat tu buatkan parents aku cari rumah lain dan pindah dalam masa 48 jam... huhuhu.. lepas pindah dan sampai time nak balik malaysia pun, rumah tu still kosong.. 

banyak lagi nak kongsi pasal pengalaman di UK tapi next time la kot.. mata dah mula kuyu since dah 1 am.. masa untuk zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.......

5 comments:

  1. Hehehe..citer lah lagi pasal hantu kt rumah sewa tu hehe

    ReplyDelete
  2. saya ada koleksi buku roza! kalau baca dari awal lagi best! :)
    hantu rumah tu memang menyeramkan!!

    ReplyDelete
  3. dah beli buku yg travelog cinta abadi.. yg lagi 1 tu xde la... huhuhu

    ReplyDelete
  4. citer seram tu will be continued soon.. hehehe

    ReplyDelete
  5. cik rina antara yg selalu sy berangan dari kecik ialah nk g car boot sale...x grand lgsung kan impian sy hehe..masa baca buku Roza otak pon laju je berangan kihkih..

    ReplyDelete