Sunday, 9 December 2012

turn mr.hubby plak yang kena sakat...

10 Disember 2012 :

kejadian kali ni berlaku pada mr.hubby.. masa tu dah pukul 2 @ 3 pagi... kisahnya, selepas tiba dari kampung, mcm biasa, mr.hubby akan naik atas dulu untuk bersihkan diri sementara aku plak mengemas barang-barang yang dibawa balik dari kampung.. bebudak 2 orang tu plak memang dah out for the night.. selepas dia turun ke bawah balik, turn aku plak naik ke tingkat atas... bersihkan diri, siapkan baju nak pakai ke ofis esok, etc.. lepas selesai semua, aku pun turun ke bawah balik..

elok je ngadap tv, mr.hubby tanya aku “apa yang awak buat kat atas tadi? Bising betul..” … bila aku tanya dia bunyi apa yang bising sangat, mr.hubby kata macam bunyi aku pindah barang.. heret barang sana sini... aikk..bila masa plak aku pindah barang.. rasanya paling bising pun setakat aku letak beg baju dan buka almari baju je la.. bila aku jwb macam tu, dia ingatkan orang sebelah.. tapi aku kata sepanjang aku duduk di atas tadi, memang aku tak dengar bunyi apa langsung.. memang sunyi sepi je.. sampaikan bunyi tv kat bawah pun aku tak dengar... lagipun, orang sebelah aku mana ada kat umah (ikut wife dia yang dah balik berpantang kat umah parents dia kot) dan yang sebelah lagi dah sedap tido gamaknya sebab umah diorang pun gelap aje.. time tu, mr.hubby dah terdiam.. tak terkata apa..

dalam ati, aku gelak je.. ye la selalu aku je yang kena sakat... tapi kali ni turn dia plak kena... baru dia tau betapa bisingnya bunyi benda diheret sana sini kat atas tu.. hehehe....

setakat ni, aku perasan gangguan ni akan berlaku pada hari isnin... hari pertama kami berada di rumah selepas menghabiskan weekend di kampung... gamaknya, dia tak suka kot bila kami balik ke rumah tu semula.. ataupun mengingatkan ada penghuni lain di rumah tu selain daripada kami 4 beranak..

No comments:

Post a Comment