Tuesday, 25 December 2012

jalan-jalan cari lok ching...

Isnin yang lepas, aku amik cuti lagi... pengasuh 2 beradik ni bercuti dan berkenduri di kampung dia... dan takkan aku nak bawa bebudak ni gi ofis lagi kan?? letih nak main kejar-kejar dalam ofis dan tengok bilik aku berselerak lagi... jadinya mr.hubby suruh aku stay kat kampung je sementara dia balik ke penang.. dia memang tak dapat nak bercuti sekali since deadline tengah berlambak sampai kena tido kat ofis.. dan takde la dia nak risau tinggalkan aku dan bebudak ni kat umah malam-malam..

so, petang isnin tu, mak aku ajak gi mencari belacan di kuala perlis.. punya la dia nak beli kat satu tempat tu je sampai adik aku aka driver keta start mengomel... ye la, nak gi beli kat tempat tu tapi dia dah lupa tempat tu kat mana since dah lama sangat tak pi... nak harap kat aku dan adik – mana le kitorang tau tempat mana dia nak gi.. yang si driver tu pun satu hal gak.. maklum aje la orang tu jarang masuk dapur, bab memilih bahan masak memang tak berapa nak pandai sangat.. esp bab belacan ni.. last-last, mak beli je belacan kat tempat yang aku selalu beli... bagi aku ok je belacan dia tu.. lepas sesi memborong belacan (stok berapa bulan pun aku tak tau ni), kami gi membeli lok ching lak.. untuk sape yang tak tau amenda nya benda ni, ni la makanan yang berlambak di tepi jalan kat kuala perlis tu.. time petang je, berasap le kat tepi-tepi jalan tu angkara orang membakar lok ching.. ramai orang melepak amik angin petang sambil makan-makan... kalo dulu hanya ada gerai, sekarang dah advanced skit coz meja makan turut disediakan dan menu makanan dah pun bertambah.. bukan setakat lok ching, ada gak laksa, som tam dan makanan goreng-goreng..





lok ching ni ada macam-macam jenis.. sosej daging, sosej ayam, isi ikan, seafood, etc.. yang best sebab sosej lok ching ni besar gedabak.. makan 1 pun dah boleh kenyang (bagi yang perut kecik le.. aku sorang pun sekali beli mesti lebih dari 5 batang..).. sebatang RM1.50.. sedap makan panas-panas dan cicah dengan sos pedas siam tu.. tambah plak pekena jangung bakar..memang heaven!!! tapi masa aku memula tengok orang bakar jagung tu, aku rasa pelik gak le.. first time tengok jagung bakar disapu mayonis.. kalo madu tu biasa le.. tapi bila dah makan, memang sedap...



walaupun banyak gerai yang menjual benda yang sama kat situ, aku cuma prefer gi satu gerai ni je.. sebabnya, pilihan banyak dan cepat berbanding gerai lain walaupun dia la antara yang paling ramai pelanggan.. paling lewat pun, dalam setengah jam dah leh dapat lok ching yang dah siap dibakar.. ada satu gerai tu, dah la pengotor (geli isi perut tengok cara dia membasuh bekas minuman), lambat plak bakar walaupun pelanggan cuma 2 orang je... si tukang bakar siap boleh minum-minum sambil bersembang dengan kawan dia walhal si pelanggan dah tercangak menunggu dia untuk bakar lok ching tu.. memang customer service out!!!

selalu aku gi dengan mr.hubby... kalo sempat, setiap kali balik kampung, mesti dia ajak aku gi kuala perlis untuk beli lok ching.. sekali beli mesti abis at least RM20.. kenduri kat umah aje walaupun kat gerai menjual lok ching tu ada disediakan meja makan... tak kuasa nak makan kat luar dengan bebudak kenit 2 orang ni.. esp si abang yang sememangnya tak reti duduk diam.. so far, kelas table etiquette for si abang still tak berjaya lagi... takde kesan lagi.. hmmm... kena tunggu lagi setahun dua lagi la untuk aku dan mr.hubby nak makan kat luar..

2 comments:

  1. cik rina kate ayu xhalal...sbb ad unsur-2 kandungan ba alif ba ya...tp xsure la..kot sekrang dh dpt sijil halal....biase la kekdang bile maju org dengki dok bt cite..kite tak pasti plak kesahihannye..hehehe....

    ReplyDelete
  2. Tq sis , mhon copy gmbr mknan tu ya sis ..

    ReplyDelete