Tuesday, 30 October 2012

takde faedah betul la korang ni...

Semasa hari raya aidiladha (raya kedua) yang lepas, aku ke Watson di Kangar untuk beli ubat selsema.. kalo sesapa yang familiar dengan kedai ni, tentu korang tau kan ada kedai nombor ekor dekat situ.. dari dulu lagi, kalo lalu depan kedai nombor ekor tu, aku akan beralih tengok orang yang sedang beratur beli nombor ekor.. saja nak tengok ada tak orang melayu/islam yang tumpang beratur sama.. selalunya, at least mesti ada sorang.. dah la tu, rambut kat kepala pun dah nak berubah colour jadi putih dah pun.. yang muda-muda plak, selalu pakai helmet full-face.. agak-agak apsal dia pakai macam tu??? konon tak mau orang nampak muka dia la tu kan... masa hari raya tu, bukan setakat sorang, tetapi ada 4-5 orang gak yang bangsa melayu/islam beratur sama... rasa mcm nak berhenti amik gambar time tu tapi tak pasal2 jap gi aku kena sekeh plak.. so, aku cuma mampu mengutuk dalam ati dan geleng kepala je la..
semasa aku kerja di kangar dulu dan terdedah dengan program pembasmian kemiskinan, aku boleh cam ada gak peserta aku yang terdiri daripada orang kurang berkemampuan ni turut aktif beratur di kedai yang satu tu.. aku harap duit bantuan tu tak digunakan untuk beli benda yang tak berfaedah tu.. sedih tengok orang yang hidup susah tapi menghabiskan duit untuk beli benda yang merugikan macam tu.. kalo korang beli benda makan lagi kenyang kan... tapi arwah tok pernah kata kat aku, kebanyakkan orang-orang dulu (zaman 60an dan 70an), kurang arif bab agama ni.. tak macam zaman sekarang (nak amal ke tak, itu hal lain).. diorang tak tau bahawa judi tu haram..sebab tu ramai orang tua yang beli nombor ekor.. aku pun pernah terbaca dalam diari abah (diari pertengahan 70an kalo tak silap aku la) yang tok sedara aku pernah buat kenduri kesyukuran sebab menang nombor.. bunyi macam kelakar tapi tu la hakikatnya.. tapi sekarang dia dah tak join dah main nombor ekor ni...
sekadar gambar hiasan..
takde kena mengena dengan kedai di atas

anyway, sekadar renungan bersama :
Judi diharamkan oleh Islam dan sebarang bentuk penglibatan dengan unsur judi dalam apa-apa aktiviti muamalah perlu dihentikan segera. Ini kerana harta yang diperolehi daripada sumber judi adalah haram tidak kira bagaimana bentuk perjudian tersebut. Antara sebab pengharaman judi adalah kerana terdapat unsur penindasan, penipuan, kebergantungan kepada nasib, mencetus permusuhan dan boleh menjejaskan ekonomi individu, masyarakat dan Negara. Dalil pengharaman judi adalah;
  • Surah al-Baqarah : 219
“Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dab beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada menfaatnya”.
  • Surah al-Maidah : 90-91
    “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”
  • Hadis ;
    “Sesiapa yang bermain judi sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Taala” Riwayat :Ahmad, Malik, Abu Daud dan Ibnu Majah.

No comments:

Post a Comment