Sunday, 7 October 2012

rumah....

Ntah mcm mana semasa drive ke ofis pagi ni, timbul idea nak rekod perkara-perkara 'misteri nusantara' yang berlaku di rumah sendiri.. Saja untuk nak tengok rekod tarikh dan jenis gangguan... senang skit nak tgk pola kejadian...ye la, kejadian pelik ni bukan jadi setiap hari, sekali sekala tapi dah namanya pun paranormal, memang naik bulu roma gak bila berlaku.. patutnya benda ni dah dibuat sejak pertama kali berlaku.. tapi tak pernah terlintas plak dalam kepala otak nak buat kan... huhuhu... anyway, apa yang ditulis ni takde maksud untuk nak mengadakan cerita atau mensensasikan perkara ni ye.. ini cuma untuk rekod aku sendiri je ye.. harap maklum...


4 September 2012 :
malam tu mr.hubby balik lambat dari ofis... stay back untuk siapkan kerja... tinggal le aku dengan kenit 2 orang kat rumah... sedang aku tidokan si adik (si abang lak duduk di carseat), tetiba ada bunyi perabot diheret di tingkat atas.. si abang dok menunjuk ke arah tangga yang kebetulan lampu tangga plak terbakar.. apa yang dia nampak aku pun tak tau... tapi aku try alih perhatian si abang dengan ajar dia sebut perkataan di ruang tamu rumah tu..


6 September 2012 :
sakan betul dia menumbuk memalam gni ek... time senja tadi aku rasa memang jiran aku yang sakan dok menumbuk sambal belacan.. tapi bila dah kul 10 malam, takkan dia nak menumbuk sambal belacan lagi di tingkat atas umah aku lak kan... dah la senja tu ada bunyi perabot diheret lagi... nak assume jiran sebelah umah yang lagi sorang ubah perabot time senja pun tak boleh sebab jiran sebelah memang takde di rumah..


7 September 2012 :
ari ni family aku datang rumah... sebelum balik, mak kata dia takde rasa yang pelik tentang rumah tu.. biasa la, bila perkara supernatural ni, semua orang ada sixth sense.. cuma antara nak paham/sedar atau tak je.. memang betul pun apa yang mak kata tu.. masalahnya kejadian ni tak sentiasa berlaku.. sekali sekala je... sebab tu takde rasa pelik sangat rumah ni... just ada masa tertentu je yang buatkan rasa agak kurang selesa duduk dalam rumah ni.. mungkin sebab dia ni hanya menyinggah??

anyway, lebih kurang pukul 9 malam lebih, sedang mr.hubby tidokan adik dalam buaian, aku dan si abang plak tengah layan main-main di ruang tamu... tengah-tengah main tu, si abang terhenti dan asyik tunjuk ke arah tingkat atas tangga (yang masih belum berganti lampu yang terbakar) sambil sebut “tu...tu..tu”... mr.hubby terbeliak biji mata tengok perangai anak dia mcm tu... aku sekali lagi try alih perhatian si abang dengan mengajar dia tengok buku... then lebih kurang sejam kemudian, turn aku plak tidokan si abang... tengah tangguk dia dalam buaian, dia beralih sekali lagi ke arah tangga sambil menunjuk... mata dia seolah-olah mengikut pergerakan orang turun naik tangga... padahal takde orang pun di tangga... si abang memang payah nak tido malam tu... elok ja dia pejam mata, dia akan terkejut.. lepas tu mesti nak tengok ke arah tangga.. last2, mr.hubby naik ke tingkat atas... sembahyang dan terus baca al-quran... si abang walaupun masih payah nak tido, at least dia tak lagi menunjuk ke arah tangga..



4 comments:

  1. hmmm scary jgk..sian budak2 kecik diganggu cmtu kan..pindah je la cik rina

    ReplyDelete
  2. tengok keadaan mcm mana la zu.. so far, xde la nak kacau teruk2.. buat x tau dulu (setakat yang boleh tahan).. nak pindah skrg pun mcm x berbaloi.. kot nanti nak kena pindah pi negeri lain lak.. tunggu tgk sampai ujung thn ni dulu..

    ReplyDelete
  3. aktif betul benda alah tu! try la panggil ustaz n buat baca yassin..

    ReplyDelete
  4. dok usaha sendiri dulu.. sbb ada kemungkinn nak kena pindah x lama lg.. so bertahan je la dulu..

    ReplyDelete