Bila sebut citer hantu, ramai mesti ingat perkara yang seram... betul tak??? tapi sekali tu pengalaman aku dengan spesies ni jadi lawak campur seram... huhuhu... masa aku form 5, aku pergi ke sekolah dengan berbasikal.. satu tabiat buruk aku ialah aku suka pam angin tayar basikal pada waktu malam... konon sejuk skit, xde la nak berpeluh sakan pam angin tu.. macam le dah tak cukup siang kan nak buat semua tu kan... tapi itu la aku... biasanya aku sorang je dok kat porch luar buat benda ni... yang lain sibuk dengan aktiviti sendiri kat dalam umah..
malam tu, lebih kurang pukul 9, tengah-tengah dok pam angin tayar tu, aku terasa seram sejuk dan macam ada yang sedang memerhatikan aku... cari punya cari, aku nampak satu kelibat putih duduk di belakang barisan pasu bunga kertas yang lebih kurang 20 meter dari aku.. aku punya la geram time tu coz aku ingatkan bebudak laki kampung yang sebaya aku tgh mengendap aku lagi... (beberapa ari sebelum tu diorg dah kena ligan dengan mak aku)... so, dengan muka annoyed giler dan bercekak pinggang, aku berdiri merenung ke arah kelibat putih tu.. lebih kurang 5 minit kot aku buat macam tu.... last-last, si lembaga putih tu berdiri dan memusingkan badannya ke arah jalan masuk rumah aku tanpa aku nampak mukanya.. dalam ati aku time tu, aku rasa kagum gak la dengan dia (yang aku sangka budak kampung aku)... semangat betul nak ngedap aku sampai sanggup pakai baju putih dan pakai rambut palsu panjang!!! tapi tetap ada rasa pelik dengan cara dia memusingkan badan dia tu.. nampak pergerakan dia terlalu smooth dan camner dia pusing sampai aku tak nampak muka dia??? dah la tu, bila tgk dia berjalan, memang aku terasa pelik dan dalam masa sekejap je boleh hilang bila sampai di jalan masuk ke rumah aku.. bila dia dah takde, aku sambung balik buat aktiviti aku... lebih kurang seminngu atau 2 minggu la aku dok ingat dia tu budak kampung walaupun otak masih dok ligat berfikir kenapa aku rasa budak ni pelik skit... jawapannya datang lepas tu..
satu malam lepas insiden tu, aku keluar sorang-sorang ke tepi rumah untuk ambil barang yang terpelanting ke luar melalui tingkap rumah... time tu dah pukul 10 kalo tak silap aku... tengah mencangkung nak amik benda yang terpelanting tu, sekali lagi aku rasa ada yang sedang memerhatikan aku.. kali ni rasa seram sejuk dia memang over the top giler... aku pun tengok le sebelah kiri aku.. terkejut giler aku tengok ada langsuir yang sedang melayang turun ke arah aku dari pokok janggus besar yang terletak di tepi rumah aku.. apa lagi, lari macam tak cukup tanah le aku dibuatnya!!! bila masuk dalam rumah, aku terus bagitau parents aku yang aku kena kejar dengan langsuir.. mak aku kata tu bukan langsuir tapi penjaga kampung.. abah kata tok nenek sebelah dia dulu memang ada letak penjaga di kampung tu.. sebab tu kampung aku tu kurang skit kes pecah rumah atau jenayah kecil ni... jenayah besar memang takde la kan... mak aku sendiri bagitau, masa pindah masuk rumah yang baru siap dibina tu, memang dia selalu nampak bayang-bayang perempuan berambut panjang dok melintas depan tingkap bilik menjahit dia (mak aku stail menjahit tengah-tengah malam, time orang semua sedap tido).. bila abah kata yang tu penjaga kampung, mak aku buat tak tau je la.. lepas mak aku cerita tu, aku teringat kes yang bercekak pinggang tengok lembaga putih tu.. baru aku sedar tu bukan manusia sebab dia bukan berjalan tapi gliding... patut le dia kejar aku bila second time berjumpa, gamaknya geram kot aku buat macam tu kat dia.. hehehehe... menurut mak aku, kalo ada orang asing yang takde pertalian darah masuk tinggal di kampung tu dulu, memang dia akan uji orang tu.. contohnya jiran di seberang jalan.. berapa malam anak lelaki dia kena sakat???!!! dipanggilnya budak tu keluar rumah tengah-tengah malam..bila dah keluar, budak yang separuh sedar tu terkejut giler tengok lembaga putih berambut panjang dok mencangkung depan rumah dia.. demam teruk budak tu.. huhuhu
lepas insiden kedua tu, memang boleh kata setiap malam aku diusik dia.. tingkap yang dekat dengan aku mesti akan bergegar sendiri... memula pelik gak le kan tgk kat luar takde angin tapi tingkap bergegar sendiri.. tapi bila bercampur dengan bunyi tingkap diketuk, aku rasa ni mesti kerja dia dah le ni.. insiden tu buatkan sepupu aku sendiri dah takut nak datang tido kat rumah aku.. tambah plak adik aku dok jadi tukang besarkan cerita.. dah la sepupu aku ni memang lemah semangat skit time tu (tapi sekrang dah jadi reporter).. aku buat tak tau je la tapi sampai 1 tahap aku naik angin gak le (aku ni kalo naik angin memang jenis lupa diri skit.. huhuhu).. time tu aku buka tingkap luas-luas sambil warning dia jangan dok kacau aku dah.. tension weiii!!! lepas tu, memang dia stop kacau aku dengan cara tu.. aku kata ' dia stop kacau aku dengan cara tu' – maksudnya bukan dia tak kacau langsung dah tau... ada le cara lain plak dia nak usik aku.. hampeh!!
No comments:
Post a Comment