Congrats to my staff yang berjaya mengenggam segulung ijazah pada bebaru ni... setelah bnyk CR yang abis untuk mengejar kelas dan exam di UUM, akhirnya berjaya gak pakai jubah biru tu... congrats again!!! kebetulan plak officer dan anak buah pun sesama produk UUM... memang tak sah kalo tak sembang psl topik seram di UUM.. tak kira la pengalaman sendiri atau urban legend yang selalu di dengar di UUM.. cerita paling hot dulu mestilah kes budak bertuah yang bila dia bangun dari tido, tengok2 ada cik ponti merenung dia di sebelah dia.. sadis la cik ponti ni.. dan satu lagi penumpang misteri bas bukit kachi.. huhuhu.. kali ni aku nak share skit benda seram yang aku jumpa di UUM..
Kisah 1 :
Semasa sem 2, aku merupakan antara batch students yang pertama kena pindah ke asrama Bukit Kachi 2.. sebelum pindah pun dah dengar macam-macam cerita dari driver bas uum... tapi cerita yang paling famous ialah pasal perabot dalam bilik asrama (yang masa tu belum berpenghuni) yang dah siap diletakkan dalam bilik tapi 'dipindahkan semula ke luar'... nampak sangat ada yang tak suka orang nak pindah masuk tempat dia kan... huhuhu.. anyway, blok asrama aku ni bersebelahan dengan hutan dan bilik aku di tingkat 2.. ntah apa malangnya, dari sem awal sampai abis study pun, mmg aku sentiasa dapat bilik sorang... kekadang ada roomate tapi dia jenis suka lepak bilik kawan dia.. last2, terus pindah tido sana.. tinggal le aku sorang-sorang dalam bilik.. aku plak bukan jenis yang reti nak ajak kwn lain teman aku tido.. tapi kekawan aku suka datang lepak kat bilik aku sebab takde nak risau roomate terganggu dengan kekecohan kitorg dan sebab bilik aku bnyk stok makanan... hehehe.. masa final exam , si dayah dan ina raub merupakan antara tetamu tetap bilik aku.. sampai tengah malam kitorg study sekali tapi time nak tido, masing-masing nak balik tido kat bilik sendiri sebab kesiankan roomate yang takut nak tido sorang-sorang... satu malam, si ina raub tak join skali sesi study kami.. so, bila nak balik tu, dayah terpaksa la balik sorang-sorang... sebab kononnya nak short-cut, dia berjalan merentas gelanggang yang terletak di tengah-tengah blok asrama... time tu dah mmg tengah malam betul... dalam 1 pagi ada le kot... katanya, masa tengah berjalan tu, dia rasa ada benda yang terbang atas kepala dia.. dia apa lagi, lari tak cukup tanah la balik ke bilik dia... huhuhu.. lepas tu dia taubat tak mau balik dah lewat mcm tu..
Kisah 2 :
macam aku sebut tadi, aku stay sorang-sorang dalam bilik... kalo kekawan aku tak datang, aku study je la sorang-sorang... malas nak merayap sorang-sorang memalam... masa last subjek during my last sem, asrama tu dah memang sunyi skit sbb ada dah bebudak yang balik kampung... time tu, aku tengah pulun baca buku.. kebetulan meja study plak sebelah tingkap... tapi atas langkah keselamatan, aku tak le buka tingkap tu... siap tutup rapat dengan langsir lagi... dah banyak sgt dengar cerita psl ada yang datang menjenguk ikut tingkap.. tak kira la yang saja nak tanya khabar atau yang dtg jual kuih.. hehehe... getting on with my story, masa tengah pulun study tu, tetiba terdengar suara mengilai kat luar... memula dengar mcm dekat je.. so, aku buat tak tau je la coz orang tua kata kalo bunyi mcm dekat tu maknanya benda tu dok ada jauh dari kita tapi kalo bunyi jauh, benda tu plak memang ada dekat dah dengan kita... lama gak bunyi mcm tu sampai aku dok menyumpah dalam ati... ganggu aku betul la!! tapi tetiba bunyi tu dengar makin jauh plak... macam tau2 je aku baru lepas menyumpah dia... last2, aku naik tido atas katil, tarik selimut sampai ujung kepala... tapi sebab masih dok dengar gak bunyi tu, aku amik bantal tekap kat telinga.. tak tahan dengar bunyi mengilai tu.. last2, bila sedar balik dah pagi... nasib baik la dia tak temankan aku tido dalam bilik tu.. huhuhu..
Kisah 3 :
bagi ex-uum, mesti korang ingat bas mara putih buruk yang students naik untuk keluar ke changlun/jitra/a.setar...masa awal2 dulu, bas ni jenis yang takde aircond.. kena buka tingkap kalo tak nak rasa macam dok dlm oven!! biasanya aku naik bas ni dekat depan DK1.. lepas tu bas ni akan round semua kolej untuk amik penumpang... sekali tu, time tengahari rembang, lepas abis amik penumpang kat kolej yang dekat dgn padang golf tu, bas ni macam biasa akan lalu tepi padang golf dan juga hutan kecil... masa lalu hutan ni, aku ternampak sorang pompuan berbaju putih duduk atas dahan pokok sambil menyisir rambut dia.. tergamam jap aku dibuatnya... aku cuba jengah balik ke arah tu sambil pikir 'manusia ke hantu ni?'... tapi walaupun aku nampak dahan tu, bayang pompuan tu dah takde atas dahan tu... kalo ikut logik pun, mana ada budak pompuan nak buat keja gila duduk atas pokok dengan baju mengerbang macam tu... memang terer betul budak tu kalo dapat panjat pokok yang tinggi tu dengan baju macam tu.. huhuhu..
Kisah 4 :
Ni bukan pengalaman aku tapi sepupu aku yang kebetulan senior aku di UUM... dia dulu stay di kolej pewaja (kalo tak silap aku la).. kisahnya, satu malam tu dua orang kawan dia decide untuk nak tido di bilik dia yang terletak di tingkat atas skali..so diorang berempat (termasuk dengan roomate sepupu) pun kembarkan dua katil single tu untuk nak tido... ni kes ada yang tak mau ngalah tido atas lantai le ni gamaknya.. hehehe.. elok je tutup lampu dan tarik selimut, sepupu aku dah terasa ada yang tak kena... dia rasa mcm ada yg memerhatikan diorg tido.. tapi sebab dia ni jenis kuat semangat, dia buat tak tau la... tapi kwn2 dia plak pun rasa benda yang sama.. then ada yang ternampak ada pompuan hodoh bertenggek di hujung kaki diorg.. siap bau busuk mcm bangkai lagi... apa lagi, masing2 lari lintang pukang la.. tak pasal2 kena tumpang tido kat bilik orang lain... bila dia balik ke bilik pagi tu, bau busuk tu still ada skit lagi sebelum beransur hilang terus.. disebabkan dia jenis kuat semangat, dia tetap selamba duduk di bilik tu sampai abis sem.. kekwn dia plak ada yang demam seminggu lps insiden tu.. huhuhu...
thanks bos ;))
ReplyDeletememang scary baca entry hantu hantu kat uum niii...meremang bulu roma!!
banyak lagi citer hantu uum...saya x- uum pun penah terkena ngan bus uum yang takda pemandu n penumpang tu....lari tak cukup tanah ngan member....ada gak saksi kejadian....hehehe
ReplyDeleteuum mmg horror skit kan.. tp rasanya semua u kat msia ni ada horror story msg2.. x sah rasanya kalo xde spesies ni kat dlm kwsn u..
DeleteHai..saya pun ex uum. Mmgla bg saya uum unvsti yg vey scary. Duk tengahhutan la katakan.
ReplyDeleteagree...sy ex uum gak
ReplyDeleteGrrr such a terrifying story you got right there!
ReplyDeletedah byk sgt kes cmni..sy resident kachi highlands dn byk jugak encounter kes2 histeria..
ReplyDelete