Sunday, 19 May 2013

resepi keowteow sup ikan bilis...

Aku memang cukup suka makan makanan yang berkuah.. esp sup.. tapi sebenarnya aku suka masak sendiri berbanding makan di kedai sebab dah memang confirm takkan ada ayam atau daging dalam sup tu.. kalo di kedai tu, walaupun dah dibagitau jangan masukkan ayam/daging, mesti diorang masukkan gak.. last2, aku tolak ke tepi je sebab dah tak lalu makan.. tu tak kira bab berminyak lagi.. rugi je duit...
Masa di ofis lama dulu, kalo lepas balik dari outstation yang jejauh tu, aku kurang selera skit makan nasi.. so, mesti aku akan masak keowteow sup atau laksa.. bila dah makan tu baru rasa fresh skit sebab dapat makan benda yang simple dan berkuah.. no fastfood or greasy food anymore (hehehe.. ni la akibatnya kalo time outstation dok  hentam mkn fast food je)..  and plus abah pun suka gak mkn benda2 berkuah ni.. so, memang tak rugi masak.. tapi dengan abah, aku kena siapkan fishball, fish cake dan tofu yang digoreng dan dihiris halus sebagai condiments.. tak termasuk sambal, daun sup, tauge dan cili padi… tapi bila aku masak untuk aku dan yun je di sini, aku abaikan je segala condiments di atas tu.. memang buat yang betul2 simple but tastes good.. hehehe.. dasar pemalas!!!
Anyway, kat sini aku share resepi keowteow sup ikan bilis tu.. boleh cuba.. mana tau kena dengan selera kan…
Resepi Keowteow sup ikan bilis
Bahan-bahan :
1 bungkus keowteow (mee/bihun pun ok gak)
4 ulas bawang merah – ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
2cm halia (lebih pun ok) – ditumbuk
Segenggam Ikan bilis – blender kering hingga hancur
Serbuk Lada hitam
Sedikit Kulit kayu manis dan bunga lawang
Garam
2 biji ubi kentang – dipotong kasar
1 batang carrot - dipotong kasar
1 biji tomato - dipotong kasar
fishball
Daun sup
Sedikit Minyak masak
Air (kuantiti yang diingini – lebih kurang 2 liter)
*aku juga masukkan sedikit sos ikan – bagi extra rasa… hehehe…
Cara-cara;
  • celur keowtoew dan toskan.
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
  • Masukkan lada hitam dan ikan bilis yang telah diblender. Kacau hingga sebati.
  • Masukkan air, fishball, ubi kentang, carrot dan tomato. Jangan lupa masukkan juga kulit kayu manis dan bunga lawang.
  • Masukkan sedikit garam dan perasa. Biarkan hingga mendidih  sebelum masukkan daun sup. Siap.
  • Sedap dimakan bersama keowteow ketika masih panas.. lagi sedap kalo ada sambal kicap.. hehehe..
 
 

No comments:

Post a Comment