Monday, 20 May 2013

resepi pad ped seafood...

Aku ni bukannya jenis pandai masak… nak masak apa-apa pun, mostly kena cari resepi dulu.. kalo yang main campak-campak je tu, kira nasib le.. kekadang menjadi.. kekadang k.o.. je… nasib baik la mr.hubby bukan jenis kaki complaint.. makan je apa yang aku masak.. walaupun aku jarang sangat masak daging atau ayam… asyik seafood aje.. hehehe… macam tu gak bila gi makan luar, memang makanan yang berasaskan seafood je yg aku makan.. Pernah sekali tu, dia ajak aku gi makan kenduri di rumah kawan dia di chuping.. disebabkan semuanya lauk daging, maka tahan perut je la sementara tunggu dia abis makan… lps tu baru la dia bawa aku gi padang besar.. tau dah aku nak makan apa.. nasi pad ped seafood!!! pad ped ye kekawan.. bukan paprik.. perghhh.. bagi aku pad ped ni memang sedap…. Rasa kecur air liur bila teringatkan pad ped ni.. esp bila diletakkan daun selasih tu… heaven!!!
So,ari tu bila aku terjumpa pokok selasih yg dijual di nursery di sungai buloh tu, terus aku rembat… dulu pernah tgk tp tak tau nak masak mcm mana..  rasa rugi lak sebab dah naik harga.. dulu rm8.90 je tp sekarang dah rm12.90.. tapi disebabkan tauke tu salah letak tanda harga (still harga lama), maka hari tu aku dapat la diskaun skit – rm10.. tak kisah la asalkan aku dapat pokok tu.. dah angan-angan ni nak masak pad ped.. hehehe.. so, sini aku share resepi pad ped… boleh try kalo nak..
Pad ped seafood
Bahan-bahan
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 batang serai
  • 2 cm lengkuas
  • cili kering (10 tangkai) @ cili padi 5-7 biji (nak pedas boleh tambah lagi)
  • kacang panjang 3 batang
  • 2 helai daun limau purut
  • gula,garam
  • asam keping (jika nak rasa masam2 skit)
  • daun selasih (kalo xde pun xpe)
  • seafood of your choice (boeh ganti dengan ayam atau daging jika suka)
Cara-cara
  • bawang putih,bawang merah,serai,lengkuas,cili kering@cili padi diblend sampai halus
  • panaskan minyak. tumis bawang putih sampai naik bau. masukkan bahan yg diblen tadi
  • biar sampai naik minyak, masukkan seafood, gula,garam , asam keping (jika yg suka masam2) ikut citarasa masing2.
  • masak sampai kuah menjadi agak kering. masukkan kacang panjang yang dipotong (3@4cm pjg). biar skit layu.dan kuah sedikit kering
  • siap.. sedia utk dihidang bersama nasi putih.. bagi yang suka berkuah, boleh juga dimasak tidak terlalu kering
 
pad ped seafood....
 
 
 
 
ni la rupa pokok selasih...
 
 
 
daun selasih...
 
 
 

                hasil sampingan shopping pokok di sungai buloh
 

2 comments:

  1. puan...nak resepi popia goreng yang puan selalu buat tu...teringin pulak :D

    ReplyDelete