Sunday, 12 May 2013

soto... bila terlebih rajin....

weekend ni boring skit sebab mr.hubby and si abang kenit tak datang melawat kami 2 beranak di sini... mr.hubby sibuk dengan keja yang bertimbun dan motivasi tgh tinggi skit selepas dibasuh dek bos dia last week.. hehehe... even anak dia pun dia hantar balik kampung jap untuk mudahkan dia bertapa di ofis weekend ni..
 
so, untuk menghilangkan boring, ari sabtu tu aku buat rajin masak soto... adik aku kata terlebih rajin le plak akak dia ni... hahaha... everything from scratch... begedil, kuah dan sambal kicap semua aku buat sendiri... cuma nasi soto je yang instant... sebenarnya, buat soto ni senang je tapi leceh skit... lain le kalo korang beli begedil yang frozen tu.. tu memang senang.. tapi aku tak suka beli yang frozen sebab payah nak dapat begedil yang takde isi ayam atau daging.. so, that's why aku prefer buat sendiri je...lagipun aku anggap kerja melecek ubi kentang untuk dibuat tu sebagai sesi melepas stress keja... alangkah bestnya kalo aku boleh tenyeh keja2 di ofis tu mcm mana aku tenyeh ubi kentang tu sampai jadi mash potato.. hahaha...
 
anyway, adik aku memula tu dia ragu2 gak nak makan soto.. sebab selalunya kalo masakan aku yg ada ayam ni, mmg bab rasa tu kurang skit... tapi bila dah makan soto tu, dia kata ok.. lebih kurang dengan soto derma's corner yang di perlis tu (sape yang duduk di perlis tu tau la mana nak cari tempat ni)... malamnya plak, langkah kanan untuk bai dan husband... diorang datang nak main dengan si bambam... katanya makin bambam lagi si bambam ni... ye ke? mau taknya kalo kuat makan... apa yang orang besar makan, semua dia nak makan...
 
 
 
 
sini aku share resepi soto versi aku...
 
Soto
Bahan-bahan Kuah Soto;
  • ayam - kuantiti ikut citarasa masing2
  • 2 Sup Bunjut ADABI
  • 2 kiub ayam
  • bawang merah, bawang putih, halia - ditumis
  • sedikit garam dan serbuk lada hitam 
  • air - ikut kuantiti kuah yang diingini (1 atau 2 liter)
  • Nasi impit - rebus je yg plastik
  • Untuk hiasan - suhun(digoreng) bawang goreng, daun bawang, daun sup
Bahan-bahan Sambal Kicap;
  • 20 batang cili padi 
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap manis
Cara-cara;
  • Buka sup bunjut dan kisar/tumbuk isinya. Utk memberikan lebih rasa. Kalau tak suka tak payah le bukak tp nanti rase cam kuah sup ayam je.
  • Tumis b.merah, b.putih, halia dan sup bunjut yang telah dikisar tadi sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan le air, ayam dan kiub ayam. Masukkan sedikit garam, serbuk lada hitam. Masak hingga mendidih dan ayam betul2 masak.
  • Kuah soto siap. 
  • Bagi yang nak isi ayam untuk dimakan bersama soto, rebus ayam sebelum digoreng dgn sedikit gaulan kunyit/garam. Selepas goreng, carikkan ayam. Ayam carik siap.
  • Untuk kicap pula, goreng semua cili dan bawang putih selama 8 hingga 10 minit (jangan sampai le hangit plak). Pastikan tutup belanga dengan penutup periuk semasa menggoreng kalo tak mau rasa mcm mana pedihnya kena cili yang meletup ketika digoreng. Selepas sejuk, kisar semua cili dan bawang putih yang digoreng tadi bersama kicap. Siap.

Begedil
Bahan-bahan Begedil;
  • 5 biji kentang (saiz sederhana besar)
  • daun sup dicincang halus
  • 5 sudu besar bawang goreng
  • satu sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji telur (di pukul)
Cara-cara;
  • kentang dipotong dan direbus hingga empuk.
  • setelah empuk, tumbuk atau lenyekkan kentang hingga hancur.
  • setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
  • gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
  • akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng. Siap.
tadaa..... siap sudah soto

 
     

5 comments:

  1. hahaha..lawak la cik rina..lenyek jgn xlenyek..hahaha..sy dh rase,,, dan ianye mmg superb"!!! mcm nk reratah bergedil tu tp maluu..hakhakhak...

    ReplyDelete
  2. lain kali takyah buat malu2 bai.. kalo rasa sedap, tambah je.. kalo tak sedap, basuh pinggan tu dediam je.. hehehe

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. seb bek la cik rina dah nk pindah...kalau tak..kompom bt lahap kat umh cik rina...hahaha

    ReplyDelete
  5. xpe.. tolong perabih... nak buang membazir lak. .hehehe

    ReplyDelete