Tuesday 7 May 2013

stress.....

Dah selamat (?) berlalu PRU-13… masa untuk aku menagih janji dari bahagian servis walaupun hakikatnya setiap minggu aku follow-up dengan officer berkenaan tentang status perpindahan aku ke pulau pinang… ye la, post di sana dah ada cuma menunggu pelepasan ofis sini je… dan deal aku dengan hq dan ofis di penang ialah penempatan akan dibuat selepas selesai PRU-13.. so, time to speed things up esp aku dah takde semangat nak bekerja di sini.. my passion is not doing things that I have to do right now..  my passion was my old job – physical and social development… tak membosankan dan memberi peluang untuk aku mengenali /mengamati kehidupan orang lain.. dan lebih mencabar daripada kerja sekarang yang hanya melibatkan nombor dan data…
 
Macam yang fasi cakap dulu semasa sesi on-boarding, key word untuk membuatkan kita perform dalam melaksanakan tugas ialah PASSION… bila kita tidak menyukai kerja yang dilakukan, sukar untuk kita melaksanakan tugas tersebut dan perlu mempunyai semangat yang kuat untuk terus bekerja.. namun sayangnya, aku dah takde semangat kerja di sini… emotionally semakin down apabila dah makin lama berjauhan dengan keluarga.. esp si aqif… memang setiap malam aku bercakap dengan dia melalui telefon, tetapi tak sama dengan melihat dia yang semakin membesar.. dah makin pandai cakap dan makin pandai bertanya mana mak dan adik dia menghilang…
 
Hopefully, proses perpindahan aku akan dapat diselesaikan secepat mungkin… I need to go home.. my real home.. with all my family of kenits…
 
 
 
 

2 comments:

  1. hope apa yang dirancangkan dipermudahkan...kami kat sini semua berdoa kat puan moga dapat balik Penang

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks najwa... mana tau nanti senang skit nak gi kenduri najwa.. hehehe

      Delete