Masa aku tengah mencari-cari hotel/homestay yang best di cameron highland (planning nak gi holiday kat sana early after abis cuti sekolah), aku terjumpa satu thread pasal hotel-hotel yang 'interesting' kat malaysia ni... kalo baca citer forumers kat thread ni memang 'interesting' pun... macam-macam story yang diorang share, ada yang macam betul dan ada yang macam 'ado' je...
tapi ada satu resort kat melaka tu memang dari experienced aku memang quite horror.. aku dah tak ingat nama dia tapi masa gi tu half of the resort tu dijadikan hostel untuk students kolej swasta.. tapi time tu aku baru nak gi survey (nasib baik bukan walk-in nak sewa bilik).. gi plak dengan bos aku.. konon nak cari hotel yang paling dekat dengan tempat pameran yang akan berlangsung tak lama lagi.. biasa la, kena jadi urusetia penginapan untuk semua peserta dan pegawai yang mewakili negeri aku– terpaksa la berhempas-pulas cari bilik yang dekat dengan lokasi selepas hotel yang dah dibook awal-awal tu tetiba plak cancel resevation kami at the last minute.. bos aku ni plak lebih utamakan hotel milik syarikat bumiputera.. lepas jenuh naik turun hotel yang kena dengan citarasa dia tapi dah fully booked, bos aku ajak gi satu resort kat ayer keroh ni.. katanya dia pernah stay kat resort ni tapi lama dulu la.. tak tau operate lagi ke tak.. masa sampai kat main gate tu, memang resort tu still operate lagi tapi nampak lengang je... masa sembang dengan receptionist kat kaunter tu, dia kata most of the rooms dah dijadikan hostel untuk students.. tapi kalo kami nak, boleh guna satu blok yang some of the rooms tu tengah renovate.. bos request nak tengok dulu bilik kat blok tu.. memang kena jalan jauh skit dari lobi... masuk aje blok tu, aku rasa tempat tu suram dan kelam je.. maybe sebab lighting tak elok kot.. tapi bila start berjalan ke koridor dan masuk bilik-bilik yang ada kat blok tu, aku memang rasa lain macam dah.. seram sejuk giler, plus rasa sesak nafas.. kat satu bilik tu, siap rasa ada yang memerhatikan kami je.. aku tengok bos aku cool je tapi dalam hati aku dok ngomel gak kat bos aku ni... biar betul dia nak stay kat sini nanti... aku takut nanti ada yang takleh tido je kang... lepas puas check, kami terus gi balik ke lobi.. time tu, rasa bebas sesangat – rasa macam baru keluar dari tempat yang sesak dan melemaskan!!! bos aku booking gak bilik kat situ tapi masa dalam keta, dia suruh aku cari hotel lain... katanya resort ni sebagai back-up je.. nasib baik lepas bincang/pujuk balik hotel asal tu, dapat balik reservation yang buat dulu tu.. kalo ditakdirkan kami kena stay kat resort tu, memang aku sanggup sewa bilik hotel 5 star dengan duit aku sendiri daripada tido situ...
anyway, masa thread tu gak aku dapat tips ni dari hotelier... just have a look, dunno how true it is... Here's some believes of the hoteliers (aku amik ayat dia bulat-bulat ni):
- Every single hotel, there shall be at least a permanent room which should be left vacant at all times. No matter how full the hotel is, they are not to sell that room(s) to any guest. It was said that special room was "reserved" for those "special visitors".
Sometimes those "special visitors" might go to other rooms also, so here's some tips on how to protect yourself: Before entering your room, always knock on the door first, even if you know the room is vacant. After you enter the room, if you felt very cold suddenly and have "goose bumps", leave the room quietly immediately and go to reception to request to change room. Most of the time the receptionist will understand what's happening.
After you enter the room, immediately switch on all of the lights, and open the curtain to let the sun light in.
Before you go to bed, arrange your shoes so that one of them is upside down (apsal plak????).
Always leave at least a lamp on while you're sleeping, preferably the toilet's lamp.
If you're staying alone and they have give you a twin bed, do not sleep with the other bed vacant, try to put your things like luggage on the other bed before you sleep
Another tip to protect yourself...
- When you enter your hotel room, look for the Bible (Oversea), Holy Al-Quran (Islamic Country). Most hotel place the Bible (Oversea), Holy Al-Quran (Islamic Country) inside a drawer.
- However, if upon entering, you see the Bible (Oversea), Holy Al-Quran (Islamic Country) on the table, DON'T STAY IN THAT ROOM! It means "special visitors" are there.
- If you see the Bible (Oversea), Holy Al-Quran (Islamic Country) opened up on the table, LEAVE THAT ROOM IMMEDIATELY and request a change of room!!! It means the "special visitor" is really creating trouble in that room!!
tu just tips dari orang yang mengaku berpengalaman bekerja di hotel.. katanya tips tu adalah secret codes yang diamalkan oleh kebanyakan hotel.. tahap kebolehpercayaan??? tepuk dada tanya selera masing-masing... bagi aku, agama dan iman kita adalah pendinding yang terbaik...