memang dah rutin aku setiap minggu untuk masak menu yang bukan nasi setiap jumaat... saja nak elak jemu makan nasi... ikut la apa yang teringin nak makan... kueteow, bihun, mee atau pasta... asalkan bukan nasi je.. Jumaat lepas, aku akan masak pasta untuk dinner... selalu pasta ni aku buat goreng atau berkuah skit.. tapi kali ni aku bakar plak... baked pasta... plus dengan potato salad... kalori aje tu tapi tekak teringin sangat nak makan.. so aku buat je la.. tu pun nasib baik bahan nak buat mushroom soup tak cukup.. kalo tak bertambah lagi lemak... hahaha...
resepi baked pasta
bahan-bahan :
½ paket pasta
1 tin sos pasta
1 tin kecil tomato puree
1 biji bawang besar – dipotong dadu
5 ulas bawang putih – dipotong dadu
1 batang carrot – dipotong dadu
2 biji tomato – dipotong dadu
1 biji lada benggala – dipotong dadu
1 tin cendawan butang – dihiris sederhana tebal
½ sudu mixed herbs
shredded mozarella cheese
sedikit garam dan serbuk lada hitam
¼ cawan air
daun bawang / parsley untuk hiasan
cara penyediaan :
- pasta dicelur sehingga lembut dan kemudian ditoskan
- tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
- masukkan semua carrot, cendawan, lada benggala, tomato, sos pasta dan tomato puree. Jika kuah terlampau pekat, baru masukkan air.
- masukkan mixed herbs, serbuk lada hitam dan garam. Masak sehingga mendidih dan untuk pastikan kepekatan yang betul, pastikan kuah tersebut lekat pada belakang senduk
- masukkan pasta yang telah ditoskan ke dalam loyang (atau casserol yang tahan oven). Padatkan pasta tersebut.
- Tuangkan kuah yang dibuat tadi ke atas pasta tersebut dan ratakan. Kemudian tabur shredded mozarella cheese dan hirisan daun bawang/parsley ke atas permukaan.
- Bakar pada suhu 190 C selama 30 minit atau sehingga cheese tersebut telah bertukar keperangan.
- Sedap dimakan ketika panas.
resepi potato salad :
4 biji ubi kentang – dipotong empat dan direbus sehingga lembut
mayonis
sedikit daun bawang – dihiris halus
sedikit kobis – dihiris halus
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit cuka ( ¼ sudu teh)
cara penyediaan :
- gaulkan semua bahan tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit (lagi lama lagi baik). In my case, 3 jam..
- sedap dimakan ketika sejuk.
No comments:
Post a Comment