Sunday, 4 November 2012

main masak-masak...

Weekend yang lepas, kami sekeluarga tak balik kampung seperti minggu-minggu yang sudah... melepak or in my case, melepek kepenatan, di rumah je... hahaha... penat sih jadi housewife whole day walapun just di hujung minggu je... especially ada 2 orang budak kenit yang tersangat le aktif.. si abang suka 'mengemas' kabinet dan freezer... si adik plak dah pandai gi cari bakul sampah di dapur – dia seronok main tarik-tarik plastik sampah le plak dah!!! penat le si mak ni nak menarik tangan dan menghalang 2 beradik ni sambil memasak dan buat kerja umah yang lain... patut letak pagar kat pintu dapur ni – supaya diorang tak boleh masuk dapur!!!! si bapak plak leka baca buku/tengok tv/tertidur/layan si adik sampai anak sorang lagi terlepas gi dapur... hmmmmm...

sabtu lepas, my parents, mother-in-law and kawan mak datang melawat kami di rumah... sebelum diorang sampai memang penat le aku ni mengemaskan umah dan memasak.. kalo umah bersepah, malu plak kat mak mentua nanti kan.. kalo mak sendiri tu, dah tau sangat keadaan umah anak dia mcm mana, ada 2 orang tukang sepah kat umah ni... hehehe... kali ni, untuk lunch aku prepare asam pedas tumis, kacang botor (or in utara dipanggil kacang pelisa) goreng pedas, ikan bakar, kerabu timun dan stew daging.. kembang hidung kejap bila ada yang puji stew daging tu sedap... maklum je la, orang tak makan daging kena masak daging... masak tanpa rasa... harap kat mr.hubby je rasa.. hehehe... last-last, mak mentua tapau satu bekas stew daging untuk dibawa balik... untuk si adik, aku sediakan bubur nasi sayur dan ikan salmon.. laju aje si makcik kenit tu makan sampai si abang pun nak tumpang sekaki.. padahal selera si abang ni biasanya dah macam selera orang dewasa... nasi dia mesti kena pedas skit, baru laju nak makan... tak sedar dia tu kecik lagi.. huhuhu..

untuk minum petang plak, aku buat puding roti karamel... dua kali buat sampai si mr.hubby dah bantai gelak tengok aku naik angin buat benda alah ni... first time tu bukan pasal tak jadi.. tapi tersilap taktik... aku nak alihkan puding dari loyang ke pinggan tapi tetiba puding tu jatuh dalam sinki plak dah... bersepai dan bercampur sabun!!!! memang hangin sungguh time tu – sia-sia aku kukus puding sampai nak dekat sejam je!!! walaupun dah nak tengah malam, aku buat lagi satu batch... alhamdullillah, kali ni boleh makan gak.. abah aku bagi thumb up bila makan puding tu... kira pass le since dia tau aku bukan pakar masak-masak ni...

biasa la, bila dah kawin dan duduk rumah sendiri baru la nak betul-betul belajar memasak sendiri.. walaupun terpaksa buka buku dan surf internet mencari resepi.. kalo duduk rumah parents dulu, harap kat mak masak ataupun belajar masak benda yang aku suka makan sendiri je... maklum je la, aku ni memilih skit bab makan... makan seafood dan sayur je.. ayam dan daging memang tak akan makan langsung!! nak masak pun jangan harap la.. kalo mak masak apa-apa berasaskan daging esp sup daging dan perut rebus, aku memang dah lari jauh coz tak tahan bau... huhuhu... tapi bila dah kawin dengan mr.hubby yang makan segalanya ni, nak tak nak terpaksa gak la aku belajar masak ayam dan daging... lagipun kesian gak kat anak-anak... takkan nak ajar diorang ikut gaya makan mak dia yang agak pelik ni kan??? tapi bab organ dalam tu memang aku surrender – aku tak boleh masak langsung... hehehe

Resepi stew daging :

500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
2 biji bawang besar ~ potong dadu
5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
2 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
2 biji kentang ~ belah 4
1 batang leek
2 helai daun bay
2 sudu tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit serbuk pati ayam Maggi yang dibancuh dengan air
Garam dan gula
Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
Minyak untuk menumis
Air secukupnya.

 
Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
2. Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan air bancuhan pati ayam dan tepung gandum, kacau rata.
3. Masukkan semula daging,air secukupnya, separuh daripada sayuran dan sedikit lada hitam, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
4. Kemudian tambahkan baki sayuran tersebut. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

gambar pinjam - lupa amik gambar stew
yang dimasak sendiri...

 Resepi puding roti karamel :

Bahan-bahan ( 1 loyang )
  • 3 sudu besar gula - jadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur - di pukul sedikit kemudian di tapis
  • 2 cawan air suam
  • 1 @ 3/4 cawan susu pekat manis/ krimer
  • sedikit esen vanilla
Cara penyediaan :

1. Dengan menggunakan loyang,sediakan gula hangus,kemudian ketepikan
2. Panaskan pengukus, sambil tu carik2kan roti, kemudian blender bersama air suam dan susu
3. Selepas itu masukkan telur yang telah ditapis dan masukkan esen vanilla
4. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukuslah sehingga masak. Lebih kurang sejam


gambar pinjam lagi - kes terlupa amik gambar lagi..

5 comments:

  1. daging stew tu mnyelerakan..mcm nk try je..daging raya ari tu ade lg kt peti ais beku mak..hehe blh rembat.nnt masuk resepi2 lain lg cik rina ya ;)

    ReplyDelete
  2. beres ja... bahan stew daging tu simple tapi amik masa lama untuk nak mereneh... paling penting kena ada bay leaves!! kalo x, rasa dah lari... hehehe

    ReplyDelete
  3. meleleh dah ni.... puding tu mcm senang je.. menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg senang sgt pun ayu.. cuma nak kena tunggu kukus tu yg lama skit.. modal nak buat pun x bnyk..

      Delete
    2. lupa plak nak bgtau yg resepi puding tu utk loyang kecik ja.. kalo loyang bsr kena double la bhn2 tu.

      Delete