Betul ke tindakan kami? Ntah la... aku rasa apa yang kami buat ni memang patut pun... apa pun demi kebaikan dia... tapi sayangnya, bila hati dan otak dia dah banyak dipengaruhi oleh orang belah sana, dia sendiri dah tak boleh nampak kebaikan dan niat ikhlas keluarga sendiri... buta sebab cinta atau buta sebab sihir, aku sendiri tak pasti.. tapi yang pastinya, kami 'hilang' seorang anggota keluarga sebab C.I.N.T.A. …. bukan kami sengaja tak mau terima perempuan itu sebagai ahli keluarga... tapi sebagai manusia biasa yang inginkan yang terbaik untuk orang yang kita sayangi, mestilah aku dan famili berharap dia dapat bertemu jodoh dengan orang yang lebih beradab sopan atau sekurang-kurangnya mahu berusaha ke arah yang lebih baik.. namun jika teguran yang diberi secara lembut dan baik oleh bakal ibu mertua seringkali dijawab dengan kasar dan ibunya pula menyokong tindakan kurang ajar anaknya itu, adakah itu satu petanda yang baik untuk adik sebagai seorang suami? sebagai seorang anak lelaki kepada ibu yang mengandungkannnya? Bagaimana dia hendak mengawal si isteri nanti jika pada peringkat ini pun sudah nampak belangnya sebagai queen control... hingga anak yang rapat dan hormat pada ibu bapa sendiri kini berani melawan dan menuduh ibu sendiri sebagai melawan takdir tuhan kerana tidak mahu menerima jodohnya yang telah ditentukan oleh tuhan??? aneh sungguh perangai dia kini...
apa pun, kami tidak pernah membuang dia dari famili.. pintu rumah ini sentiasa terbuka untuk dia.. dia sentiasa dialukan untuk pulang ke rumah... terserah pada diri dia sendiri sama ada masih mahu pulang menjenguk famili sendiri atau tidak.. hanya dari kejauhan aku ucapkan selamat pengantin baru... semoga dia sentiasa dilindungi dari kesusahan dan ketidakikhlasan hati manusia...
tersentuh n sedih bace ayat yang perenggan last tu cik rina...hebat lg dugaan cik rina dari ape yg sy lalui....semoge dia akan sedar n berubah ke arah yg lebih baik..insyaAllah...
ReplyDelete