"Dato' K"
Nak tau sapa mamat ni? Ni la 'Dato' K' – 'suami' siti nurhaliza... jangan lak terkejut tengok Dato' K tetiba berubah rupa...hahaha... sebenarnya, aku pun dah tak ingat nama lelaki ni... tetiba terjumpa gambar dia masa mencari gambar si kenit tadi... aku jumpa lelaki ni masa buat siasatan permohonan bantuan rumah beberapa tahun lepas...
kisahnya, semasa turun padang buat siasatan permohonan program bantuan rumah dulu, aku dan staf telah pergi ke satu rumah ni untuk siasat permohonan dia.. semasa di rumah akak tu, dia minta tolong tengokkan rumah adik dia di sebelah... menurut akak ni, adik lelaki dia ni kurang betul skit sebab tu duduk asing... sebabnya bila angin dia datang, dia akan rosakkan rumah... abis dia tanggalkan dinding/lantai kayu, cermin.. bila tengok rumah kayu di sebelah tu dari luar, memang teruk pun... lantai berlubang, tingkap tak bercermin... bila driver pi ketuk pintu rumah, adik lelaki yang dikatakan kurang betul ni menjawab dan ajak masuk... memula memang cakap elok... dia minta tolong betulkan rumah dia la, cerita ada yang tak siapkan kerja betulkan rumah dia.. tapi semasa driver gi check kat dapur/bilik air dan tinggal aku dan 2 orang staf perempuan, angin dia mula datang... dia mula cerita yang dia sebenarnya suami Siti Nurhaliza, Dato' K... ala penyanyi terkenal tu la... jenuh dok tahan gelak bila dengar pengakuan dia tu... lepas tu bila dia makin merepek, kitorang pun slowly minta diri... sat gi kot jadi lain plak kan? Elok kitorang nak beredar, dia pun sibuk nak keluar rumah gak... katanya nak pi dating dengan wife dia – siti nurhaliza...
setiap kali teringatkan kisah ni atau lalu jalan ke kuala perlis, memang aku akan tersenyum sendiri... lawak bila teringatkan Dato' K kuala perlis tanpa misai tebal... hehehe...
keadaan rumah 'Dato K'
|
hahahhahahahaa..baca tajuk pun sy dh gelak!!! terus teringat cerita ni. rugi saya xde masa tu..
ReplyDeletesaya pi dgn sapa ntah masa tu?? dengan bai kot?
ReplyDeleteaah...kite g ngan ida sekali time tu cik rina....hehehe.... lawak betui...
ReplyDeletehehe lawak2
ReplyDeletesampai sekarang, kalo lalu jalan kat umah dia tu, saya mesti teringat kat kisah tu... husband pun bantai gelak bila dengar citer dato k ni... hehehe
ReplyDelete