8.11.2012 – HAPPY 2sd BIRTHDAY to my little kenit, Muhammad Thaqif @ Aqif... semoga jadi anak yang soleh,sentiasa terang hati dan fikiran...
rasa jap je dah umo 2 tahun budak ribut ni... apsal aku panggil dia budak ribut?? sebabnya ialah dia ni semua nak cepat.. dah la tu, buat apa pun memang cepat... berlari, memanjat, memunggah, etc.. dari saat lahir sampai sekarang!! hehehe... dia nak cepat sangat jenguk dunia sampai lahir pun tak cukup bulan.. baru 34 minggu, dah selamat bersalinkan dia... plus sikap aku gak time tu yang sebabkan aku terbersalin awal...
kisahnya masa tu, perlis sedang dilanda banjir besar... walaupun dah hampir 7 bulan pregnant, aku still meredah banjir paras betis pergi ofis.. semata-mata sebab orang SIRIM dari KL tetap nak buat audit ISO di ofis aku walaupun dah dibagitau yang perlis sedang banjir.. pengarah aku minta aku gantikan dia untuk teman orang audit sebab dia kena uruskan rumah dia yang dah dimasuki air.. di ofis tu la kitorang tengok air semakin naik.. last-last, bila dah petang, aku minta balik gak coz takut lepas ni aku tak boleh lalu dah jalan nak balik rumah!! even nissan xtrail pun dah tak boleh masuk rumah aku coz by petang, air dah naik paras paha.. by esoknya, rumah aku dah jadi pulau walaupun air masuk gak skit kat dapur.. tapi aku ni jenis obses skit bab susun atur barang kat umah ni... aku cukup tak senang duduk kalo kedudukan perabot tak kemas.. korang bayangkan la, bila dapur dah masuk air, mesti la semua almari dan meja makan kena angkat masuk dalam kan.. orang yang ada sifat mcm aku ni akan jadi stress giler... susah ati tengok perabot berselerak... so, bila air dah surut skit, aku pun pulun la mencuci dapur dan mengemas balik barang-barang.. walaupun dah dilarang oleh mak, aku tetap ubah sendiri perabot bila orang lain berhenti berehat..bayangkan nearly 7 month pregnant and angkat/tarik almari dan meja makan ke dapur balik... mau tak terberanak awal!!!
plus, on the 4th day banjir, aku dan adik aku buat keja gila – drive keta gi alor star untuk cari stok makanan selepas dapat tau jalan a.star-kangar dah dibuka balik.. turn out, info driver aku tu tak berapa betul.. walaupun jalan dah dibuka, tapi keadaan still bahaya.. air deras masih separas separuh tayar kereta masih laju mengalir atas jalanraya... masa pergi still ok, tapi bila time balik, jalan dah ditutup balik.. jenuh mencari jalan nak balik kangar... last-last jumpa gak jalan kampung yang tak dinaiki air sebelum tembus ke jalan utama yang keadaan banjir tak begitu bahaya (but still air sama pasar dengan separuh tayar kereta duma tak deras je – nasib baik keta angah tayar 17”)... kalo tak, mau tido kat jalan la kitorang mlm tu.. huhuhu.. esoknya, tetiba je air ketuban aku pecah time bangun tido... nak g check kat klinik tapi semua tutup.. nak tak nak, kena gak gi hospital.. apa lagi, kena admit masuk hospital... 4 hari tido di hospital dan kena cucuk ubat untuk tahan dari bersalin awal coz masa admit tu masih belum cukup 34 minggu.. hari keempat di hospital tu baru cukup 34 minggu.. nasib baik time tu, mr.hubby dah dapat balik kampung... hari kelima, aku sepatutnya dah boleh balik tapi awal pagi dah ada contractions walaupun tak serius sangat.. masa nurse bawa aku untuk gi bilik scan tetiba dah ada tanda bersalin.. last-last, terus masuk labour room dan tak sampai sejam, lahir la Muhammad Thaqif.. mr.hubby pun tak tau aku bersalin dah sebab dia ingatkan aku still lagi kat bilik scan (dan nurse pun tak maklum kat dia)... tup-tup nurse panggil dan terus pegang anak je... hahaha.. ribut kan?
after 2 years, aqif sekarang dah makin bijak dan turn out to be very loving brother (walaupun sikap membuli adik tetap ada) to adik... kalo tido, mesti nak tido sebelah adik... sehari tak nampak adik pun dah susah ati... apa pun, semoga aqif sentiasa menjadi penawar hati kami sekeluarga... sentiasa ceria dan sihat... aminnnn
|
his first picture... umo 9 hari..
|
|
sebulan lebih je umo tapi tido style mcm orang tua.. |
|
punya seronok naik walker sampai nak tido pun dalam walker |
|
his birthday gift dari bapak..
dia seronok sungguh dapat buku ni semalam |
happy birthday aqif.. semoga jadi anak yg soleh. :)
ReplyDelete